Produk ai Love Gold

Ar Rahnu Jalan Pinang KLCC


Ar Rahnu Jalan Pinang KLCC mulai hari ini 10 Ogos 2011 akan menghentikan untuk seketika proses overlapping surat pajak kerana masalah dalaman bank tersebut.

Menurut sumber yang dipercayai kerana terlalu besar bilangan jumlah pemajak di bank tersebut dan akibat kenaikan melampau harga emas dunia, ramai pemajak yang mengkontrakan surat pajak mereka bagi meraih keuntungan segera.

Oleh demikian rezab wang untuk pajakan sudah berkurang banyak dan bank terpaksa menangguhkan dahulu kaedah kontra surat pajak ini sehingga ke suatu masa yang ditetapkan/ diberitahu kelak.

No comments:

Post a Comment