Party Items n Toys for your love one

Membeli Surat Pajak dan Emas Terpakai

Saya memahami tidak ramai yang memiliki sejumlah wang untuk terus menjadi agen emas ai Love Gold . Oleh yang sedemikian jadilah sub agen dengan group ai Love Gold dengan mendapat potongan RM bagi setiap gram emas yang dibeli dan mendapat RM bagi setiap gram yang dibeli oleh pihak lain dari nilai semasa belian emas. call/ sms segera.

Harga jualan lebih rendah dari harga pasaran bagi rantai tangan dan rantai leher emas 999 24k, gold bar GCP (999), pam suisse (999.9) dan 1 dinar 999.9 24k begitu juga belian semula lebih tinggi dari harga pasaran.

Emas Sebagai Pelindung Nilai

Tenang... Mungkin ini kalimat yang selalu di pegang oleh pelabur, baik yang baru hendak mula ataupun pelabur skala besar. Ramai yang mengatakan tidak ada instrument pelaburan yang dapat melindungi nilai pelaburan anda sebaik emas. Mungkin bagi anda yang bukan pencinta dan pengagum emas walaupun perkataan ini dianggap keterlaluan, tapi tiada salahnya anda mentafsir sendiri ulasan singkat kenapa emas paling layak di gunakan sebagai pelindung nilai.

Tidak Ada Counterparty Risk Dalam Emas.
Ketika Anda memegang Emas, Anda memegang Tangible Asset yang tidak tergantung pada orang lain. Tangible Asset dalam genggaman Anda ini menjadi semakin penting pada saat krisis kewangan melanda. Tanyakan pada orang yang menyimpan duit mereka di Lehman Brothers (Amerika) misalnya. Juga pada orang yang mengalami krisis kewangan yang serius di negaranya, maka Anda akan tahu betapa pentingnya Tangible Asset berupa Emas ini.


Konsistensi Daya Beli
Katakanlah harga Emas turun menjadi US$ 500/troy oz dua tahun lagi, pastilah harga komoditi yang lain seperti gandum, minyak, dsb juga ikut turun. Statistik berabad-abad (dalam Islam sudah terbukti lebih dari 14 abad) menunjukkan adanya salingkaitan yang nyata antara harga Emas dengan harga komoditi-komoditi yang menjadi keperluan manusia. Jadi seandainya harga Emas turun, Anda juga tidak mengalami penurunan dalam kemakmuran Anda, karana Anda akan tetap dapat membeli barang-barang keperluan Anda dengan jumlah Emas yang sama.


Tidak Bergantung Pada Keputusan Pemerintah
Beza dengan wang Kertas yang nilainya bergantung pada keputusan pemerintah dan birokrat negara masing-masing, Emas nilainya sama sekali tidak bergantung dengan mereka. Dengan memegang Emas, Anda tidak perlu merasa risau terhadap Pemerintah Anda tentang bunga dan sejenisnya.

Asset Yang Berada Di Luar Sistem Perbankan
Dengan Emas Anda berkesempatan untuk memiliki aset yang di luar pengaruh sistem perbankan sama sekali!!!. Kita tahu bahawa perbankan di seluruh dunia tanpa terkecuali negara maju sekalipun selalu dihantui krisis dari masa ke semasa. Tetapi dengan Emas Anda akan terbebas dari pusaran krisis perbankan yang selalunya muncul dengan kerap dan di mana saja. Paling tidak ada akan selamat dari manusia seperti George Soros (George the jungle hahaha)

0 comments:

Post a Comment