Party Items n Toys for your love one

Membeli Surat Pajak dan Emas Terpakai

Saya memahami tidak ramai yang memiliki sejumlah wang untuk terus menjadi agen emas ai Love Gold . Oleh yang sedemikian jadilah sub agen dengan group ai Love Gold dengan mendapat potongan RM bagi setiap gram emas yang dibeli dan mendapat RM bagi setiap gram yang dibeli oleh pihak lain dari nilai semasa belian emas. call/ sms segera.

Harga jualan lebih rendah dari harga pasaran bagi rantai tangan dan rantai leher emas 999 24k, gold bar GCP (999), pam suisse (999.9) dan 1 dinar 999.9 24k begitu juga belian semula lebih tinggi dari harga pasaran.

Showing posts with label Pelaburan. Show all posts
Showing posts with label Pelaburan. Show all posts

Ready To Rumble


Setelah mengambil masa yang agak panjang, hari ini harga emas meloncat agak tinggi setelah berada pada tahap terendah 2 kali pada tahun ini mencecah USD 1550.00 / ounce.

Jadi player semua bersedia untuk mengutip untung anda...


0 comments

Petunjuk Harga Semasa


Jadual diatas adalah petunjuk harga emas semasa. Sehingga hari ini harga emas tidak berganjak jauh bersekitar 1,650.00 USD per ounce. 

Jika anda perhatikan jadual yang diberikan diatas sekitar awal bulan Januari adalah harga terbaik untuk belian manakala hujung februari adalah waktu sesuai untuk mendapatkan untung segera.

Jika begitu pada awal januari juga adalah waktu yang sesuai untuk membuat pajakan ke ar Rahnu walau apapun kaedah yang anda ingin panggil. 30/70? 35/65? apa apa laa yang anda fikir sesuai...


Namun jika anda buat kaedah pajak ini pada tahun lepas sekitar bulan September tahun 2011 bahananya bayaran bulanan adnda perlu tanggung untuk tempoh jangka masa panjang. Kalau anda pajakkan di Agro Bank makan anda perlu bersedia untuk bayar semua jumlah pajakan anda berakhir bulan Jun depan kerana maksimum pajakan yang dibenarkan adalah 11 bulan sahaja.

Jika anda pajak di Bank Rakyat anda cuma perlu bayar bulanan sahaja kerana maksimum adalah 3 tahun. Anda lebih bernasib baik berbanding sesiapa yang memajakkan di tempat-tempat lain. Silap haribulan Emas anda akan dilelong jika anda gagal tebus sebelum tahun / tempoh pajakan anda berakhir...

Jadi nasihat saya jangan terlalu cepat mengikut kata penjual emas yang menyuruh buat pelaburan cara pajak ini. Belajar dahulu dari yang tahu dan berhati-harilah...




0 comments

Pemilihan Waktu Pelaburan

Salam Kepada semua pembaca budiman

Pemilihan untuk melabur adalah perlu mengambil kira beberapa perkara utama :-
  1. Ilmu pelaburan
  2. Kesesuaian masa (penting bila melibatkan pelaburan 30/70 atau 65/35. Biasa dengar bukan kerana ia adalah kaedah yang semakin kerap orang lakukan.
Jika anda salah pilih masa untuk melabur jika menggunakan kaedah 30/70 atau 65/35 maka anda akan menanggung bebanan bayaran pinjaman dan upah simpan di arrahnu.

Sekirannya pelaburan anda adalah tidak melibatkan arrahnu maka anda selamat dan tidak perlu risau bebanan dari barang dilelong oleh arrahnu.

Kaedah common adalah beli dan simpan.

Bersambung

0 comments

Pajakan Emas 916


Sejak kontra surat pajak di Bank Rakyat untuk emas 999 di berhentikan di sesetengah bank rakyat di KL,        maka wujud pula kaedah kontra surat pajak untuk emas 916. 

Aduhai kalau laa sesiapa yang baru terpanggil untuk turut serta, saya ingin maklumkan sila hentikan sahaja niat tersebut.

Kerana apa?

RUGI!!!

Rugi macam mana? nanti saya terangkan...

Kaedah yang dicadangkan oleh penjual emas tidak beretika, bermoral dan kepala otak fikir nak untung adalah pajakkan emas 916 tapi pastikan jangan beli emas 916 yang ada batu atau berlorek banyak sangat tapi perlu carikan emas 916 yang solid untuk dijadikan sebagai pelaburan.

Woow bunyi macam best tapi kita berbalik kepada asas persoalan. Bagaimana dengan keuntungan yang bakal diperolehi?

Kita berbalik kepada asas pelaburan emas. Ia mesti terkait dengan persoalan spread. Apa dia spread emas? Spread ialah beza beli dan jual emas bukan?

Anda tahu atau tidak spread bagi emas 916 berapa %?

20% - 30%! banyak tu bang! akak! makcik! pakcik!

Kalau kenaikan emas 20% - 30% setahun, pelaburan anda macam mana? Upah simpan di Ar Rahnu siapa nak bayarkan?

Jawapannya dapat angin keluar asap laa.

Jadi sebarkan kepada semua jika ada peniaga seperti ini pulaukan sahaja mereka. Sudah tentu samada mereka ini kurang ilmu atau kaki sapu. full stop!

0 comments

Kelebihan Ar Rahnu Bank Rakyat


Salam berhujung minggu.

Kali ini saya ingin berkongsikan sedikit ilmu bagaimana hendak memaksimakan pelaburan emas anda!

Seperti sedia maklum emas terdiri dari pelbagai kategori 999.9, 999, 950, 916 dll.

Kebiasaannya adalah emas 999.9, 999 atau 916. Sekarang rasanya ramai yang sudah tahu sistem manipulasi pajakan emas. Sebelumnya pemain emas lebih terarah ke Gold Bar.

Tapi sejak bulan Mei lepas Emas Bar dah kena BAR dari semua bank... aduhai. Kenapa kena bar ye? Kemungkinan besar Persatuan Peniaga Emas membuat aduan kepada Bank Negara, emas mereka tidak laku sangat sebab mahal. Kemudian dalam masa sama timbul rantai emas 999 pelaburan pula. Orang sebutkan juga emas 10.

Sistem pajakan emas adalah sama untuk semua Ar Rahnu. Kepada sesiapa yang biasa membuat pajakan pelaburan atau pernah tentu sudah maklum kelebihan ini kerana jika emas disimpan sahaja setahun kenaikan adalah 20% - 30% keuntungan tapi emas anda perlu dijual (emas takde lagi dalam tangan) jika pelaburan pajakan ini emas anda tetap kekal dengan anda malah anda dapat extra sama 20%-30% keuntungan! detail kiraan saya akan postkan kemudian.

TAPI jika dengan kelebihan turun naik harga emas yang ditawarkan Bank Rakyat (BR) anda sebenarnya boleh dapat tambahan keuntungan sekitar 10%-20% lagi! Ia dinamakan Kontra surat Pajak atau Renew Surat Pajak anda!

Jadi total keuntungan setahun (Biasanya tak sampai setahun, 7 -9 bulan sahaja!) [kaedah nya macam mana? call saya untuk maklumat lanjut atau tunggu posting saya lain kali] menjadi 40% setahun! Jika anda melabur RM100,000 emas anda mendapat pulangan RM 40,000 extra tidak sampai setahun! Best kan?!!

Apapun perlu ilmu dan ini bukan pelaburan merapu bak kata Dato Ustazah Siti Nor Bakyah.. Anda Buat Anda Dapat :)

0 comments

Pajakan 30% + 70% / 35% + 65%

Salam hormat kepada semua peminat blog saya.

Hujung minggu ini saya telah dihujani banyak panggilan telefon berkaitan skim pelaburan emas sebegini yang bertanyakan adakah ia dibolehkan atau tidak?

Jawapan saya ada 2

Boleh dan Tidak Boleh

Jawapan lebih panjang lebar saya bukanlah orang yang layak untuk memperkatakannya tetapi berdasarkan pembacaan, saya cuba terangkan mengikut rujukan orang yang arif.

Jawapan boleh / dibenarkan adalah merujuk kepada kaedah perniagaan yang diamalkan itu sendiri yang mana emas yang hendak dibeli itu dibayar sejumlah amaun wang pendahuluan 10% / 20% / 30% / 35% dahulu dan selebihnya dibayar secara ansuran. Seperti mana di kedai-kedai belian emas dilakukan dengan mengunakan kad kredit atau secara bayaran ansuran. Kaedah ini tersebar luas diamalkan oleh peniaga emas.

Rujukan kaedah perniagaan sebegini ini adalah merujuk kepada warta kerajaan jilid 38 no 15. Mengikut warta ini belian tersebut perlulah dinyatakan detail dalam resit Berat barang, kandungan ketumpatan emas tersebut, harga logam tersebut / gm, kos upah (pembuatan), harga keseluruhan, tanda tangan penjual + alamat syarikat dan tarikh belian barulah jual beli ini diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Jika tidak ada maka ia tidak sah dari segi undang-undang.

Jawapan yang tidak boleh pula adalah berdasarkan kaedah muamalat kewangan islam yang mana ia menghukumkan ia adalah riba kerana syarat pembelian emas ini adalah tidak boleh bertangguh atau bayaran secara ansuran. Maknanya kalau nak beli juga kaedah yang boleh digunakan adalah :-



  • Anda mengumpul duit anda secara berdikit-dikit, bila dah cukup bayar cash atau


  • membuat loan bank cara islam untuk membeli emas (harus)

Rujukan hukum halal dan haram ini saya petik dari laman sesawang Ustaz Zaharuddin (seorang pakar kewangan Islam). sini

Untuk makluman semua dalam presentation yang saya adakan TIDAK pernah saya sebutkan kaedah belian secara ansuran ini (30% / 35%) kecuali kaedah beli pajak beli pajak semula dan pinjaman sahaja yang saya terangkan. Mungkin ada salah faham berkenaan maklumat yang saya sendiri terima dari yang bertanya saya mohon banyak-banyak kemaafan.

Namun begitu sebahagian ulamak menghukum pelaburan ini hanya terpakai untuk gold bar sahaja dan tidak pada barang kemas mengikut sebahagian ustaz yang menjalankan Ar Rahnu ini. Apa pun cubalah anda bertanya lagi kepada yang lebih arif dan jika saya ada nyatakan sebarang kesalahan diharapkan dapat menghubungi saya untuk pembetulan.

Kepada yang telah buat kaedah ansuran emas bar tersebut cubalah menebus kembali emas-emas tersebut dengan cara membuat loan dari kaedah islam. Jika urusan tersebut telah lama berlaku anda tidak perlu risau kerana jika anda tebus semula emas anda, anda masih lagi mendapat keuntungan dari kenaikan harga emas tersebut pada tika ini.

Apapun pilihan anda, jika ada perasaan was-was mengenai pelaburan 30%-70% atau 35% + 65% ini atau sebagainya maka seeloknya tinggalkanlah urusan tersebut.

0 comments

Kontrakan Surat Pajak

Hai hai hai hai...

Hari ini 20April 2011 saya dah kontrakan surat pajak saya dengan keuntungan kenaikan dari RM 153/gm dan harga Ar Rahnu bank rakyat terkini RM 171.49/gm.

Susah ke nak buat kontrakan surat pajak tersebut?

Taklah senang super senang!!! dan saya mendapat beza keuntungan RM18.49/gm!!! berapa banyak pula rantaian surat pajak saya tersebut dan nilai jumlah berat emas yang saya miliki untuk rantaian ini?

Apa pun yang utamanya saya telah mendapat keuntungan yang berganda untuk tempoh 2 bulan sahaja!!!

Kaedahnya? cth

*Awal Pajak Arrahnu Bank Rakyat

Dulu nilai pajakan saya 202.45 gm (rm153/gm -marhun)
= RM30,974.85 - 70% pinjaman = RM 21,682.40

Upah simpan 2 bulan = RM162.61 x 2 bulan = RM 325.24

[Rm 100.00 upah RM 0.75 so (21,685.40/100)x .75 = sebulan] <---charge dari Ar Rahnu

*Latest kontra surat pajak pertama saya

Kini nilai pajakan saya 202.45 gm (rm171.49/gm -marhun)

= RM34,718.15 - 70% pinjaman = RM 24,302.71

Keuntungan saya?

RM 24,302.71 - RM 21,682.40 (pinjaman pajak awal) - RM 325.24 (upah simpan awal)

= RM 2,295.07 ini baru keuntungan surat pajak pertama sahaja ada 5 steps lagi surat pajak saya untuk circle yang ini.

Hu hu hu

So duit ni nak buat apa? beli balik emas masa harga menurun untuk fasa kedua circle emas tahun ini...

Sekarang anda faham macam mana nak buat duit?


  1. Follow arahan saya melalui blog saya

  2. Call saya untuk bertanya andai masih tidak faham

  3. Ada wang beli emas dari saya (murah dari pasaran + ada diskaun lagi)

  4. Pajakkan ke Ar Rahnu

  5. Nak beli dengan harga lagi murah? Jadi agen / stokis saya

  6. Berniaga emas
Berikutnya kita tunggu harga menurun semula yaa... analisa teknikal dari saya bakal menyusul

Tungguuuu...

0 comments

Tanya Diri Anda...

Jika anda sedang mencari satu bentuk pelaburan untuk kebaikan dan jaminan masa depan anda, saya boleh katakan pencarian anda berakhir ketika anda membaca blog saya ini.
Ya, anda boleh dapatkan jawapannya melalui laman web saya ini. Mungkin sebelum ini anda merasakan pelaburan hartanah menguntungkan tetapi anda tahukah, betapa strategiknya dan bernilainya hartanah yang ingin anda laburkan itu. Yup kalau saya Alhamdulillah saya telah menceburi bidang hartanah sebelum ini dan beberapa buah rumah saya berada dilokasi yang baik dengan pulangan sewa yang baik...

Sekali lagi saya tanya. "Adakah anda pasti pelaburan hartanah yang anda buat betul-betul mampu mendatangkan hasil pada masa depan?"

Tiada siapa yang tahu apa yang bakal terjadi kepada tanah. Sekelip mata berlaku bencana alam sekali zappp jatuh teruk merudum nilainya.

Lihat saja apa yang terjadi di Bukit Antarabangsa.

Baiklah, jika nasib anda baik tiada bencana alam dan anda beli rumah atau rumah kedai untuk jana pendapatan. Tetapi ada ke orang nak sewa atau beli property anda jika ianya tak strategik? Nilai pulangan rumah yang baik dan % mampu sewa sehingga 90% penyewa adalah dengan nilai sewaan RM400 -RM 800 sebulan. Untuk ini nilai rumah kos rendah laa yang terbaik. Kenapa? Untuk nilai RM50k bulanan untuk 25 tahun adalah sekitar RM150 jee tapi nilai sewaan RM600 jadi anda untung RM450 /month. Tapi jika rumah RM200k? bulanan RM1200/month sewa paling tinggi RM700 baki sapa nak cover? kecuali lokasi rumah strategik...boleh laa up hingga RM2000/month .

Bertambah teruk jauh pula dari pengangkutan awam. Huh.. kalau bagi sewa pada saya, jawapannya, "NO!" Apa? Beli kat tempat strategik?

Ok! Saya dengar anda jawab tu. Tetapi mampukah anda membeli di kawasan strategik bak kata anda itu?

Kalau tiada RM600,000.00 sekarang anda jangan berangan. Pinjam bank boleh tetapi anda still kena bayar 10% downpayment. Itu pun kalau pinjaman anda diluluskan. Bukan hendak merendahkan kemampuan kewangan anda, cuma pelaburan hartanah dan property ini memerlukan modal yang besar serta taktik yang betul. Jika tidak ianya akan hangus begitu sahaja seperti apa yang berlaku kepada kawan saya iaitu dengan membeli property berlokasi di Bukit Beruntung (yang tak beruntung) Duit habis bayar bank je, pelaburan tiada hasil. Hendak jual pun tiada siapa yang nak beli... :( Mungkin anda kata, "Boleh main saham.... Dapat Juta-Juta lagi! " fuh taknak mengalah...

Oooo! Main saham mungkin anda rasa satu pelaburan terbaik dan alternatif kepada anda. Dengan ketidak tentuan keadaan negara timur tengah sekarang pasaran saham terdedah banyak kepada spekulasi, so at anytime anda boleh jatuh bangkrup! Jadi apakah bentuk pelaburan yang baik dan selamat?

Akhirnya tinggal ASB, ASW, ASN dan pelbagai lagi AS... semata-mata dengan mengenepikan pelaburan Fixed Deposit dan segala bentuk simpanan tetap bank serta unit amanah seperti Public Mutual yang kenakan CAJ yang MAHAL kepada para pelabur setiap kali pembelian dibuat.

Tetapi untuk pelaburan ASB, adakah anda sanggup untuk setiap tahun hanya menunggu hujung tahun untuk mendapat pulangan?. Itu pun dengan kadar keuntungan yang rendah.

Jika anda simpan RM1,000.00 dari Januari hingga ke Januari tahun depannya dan seterusnya, saya boleh beri anggaran keuntungan yang bakal anda dapat adalah dalam lingkungan RM80-RM90 sahaja SETAHUN. Sedikit bukan? Dah lah tunggu sampai setahun. Jadi berapa lama yang anda perlu tunggu untuk kumpul keuntungan lebih banyak? Renungkanlah sendiri...


Habis Tu Kalau Semua Pelaburan Tak Bagus, Tak Untung, Tak Selamat Dan Tak Sesuai. Apa Yang Saya Nak Labur? Saya Nak Juga Ada Pelaburan Untuk Masa Depan Saya Dan Keluarga! Sabar, sabar. Saya tahu anda sudah tak boleh sabar lagi untuk mengetahui apakah bentuk pelaburan yang menguntungkan dan selamat serta sesuai untuk anda. Saya juga tabik pada anda kerana ada niat dan cita-cita untuk membuat pelaburan berbentuk simpanan demi masa depan anda dan keluarga dan yang paling penting anda tidak terjerumus ke dalam skim cepat kaya. Dan Pelaburan Yang Saya Ceritakan Ini Adalah:

Simbol Kekayaan Sebenar.


Nilai Yang Sentiasa Meningkat Dari Tahun Ke Tahun.


Penyimpan Nilai Yang Unggul Jangka Masa Panjang (Tiada Susut Nilai).


Diterima Dan Diakui Seluruh Dunia.


Tak Boleh Dispekulasi.(G.Soros Tak Boleh Senang-Senang Main Kotor)



ialah EMAS...


Walaupun sebegitu berniaga, adalah lebih baik bagi anda iaitu dengan menjadi sub agen saya...


0 comments

Ar Rahnu



Ok ok saya akan kemukakan kaedah untuk menaikkan % keuntungan tambahan wang anda melalui kaedah pajakan. Fuh ramai betul minta saya tunjukkan caranya. SMS la, email laa call laa tapi takde hal saya akan ajarkan anda. Tak perlu keluar duit sesen pon, tapi kalau nak bagi. boleh juga RM10 pun takpe saya terima nanti saya sedekahkan pula wang anda ke pihak yang memerlukan.

2 tempat yang biasa saya lakukan pajakan ni iaitu di Bank Rakyat dan Agro Bank. Upah simpan adalah sama bagi kedua-dua bank ini. Cuma dari segi tempoh :-

  • Agro Bank adalah 6 bulan + 3 Bulan + 2 bulan

  • Bank Rakyat Maksimum 3 tahun dengan 6 + 6 + 6 + 6 + 6 + 6 bulan
Katalah anda memiliki sejumlah wang RM 10,000. Anda beli emas dengan wang ini dan simpan sehingga hujung tahun maka bila anda jual emas ini anda mendapat hanya 26% sahaja keuntungan dari jualan. Tapi emas anda hilang malahan kalau emas pusaka lagi laa sedihkan.

Teknik yang akan saya tunjukkan ini, emas pusaka anda / emas awal anda masih tetap selamat di tangan anda dan masih mendapat pulangan minimum 16% keuntungan... Bestkan?!

Detail kiraan saya akan poskan kemudian ya sorry laa masa terhad nak mengarang. Kalau nak senang call saya kita set appointment saya akan ajarkan secara detail tapi kumpul laa kawan2 3 4 orang atleast yee :)

Bak kata moto siri kegemaran anak saya, Barney " Sharing is Caring" :)

0 comments

Mengunakan buku akaun bank, PASSBOOK

Kebelakangan ini terlalu ramai yang menelefon saya bertanyakan tentang pelaburan emas passbook ini. Bagi saya tidak kesahla kerana apa sahaja kaedah pelaburan yang melibatkan emas ni maka sudah memadai daripada langsung tidak melabur dalam emas, rugi beb. Wang fiat kita semakin hari semakin susut nilainya.

Oleh yang demikian saya sediakan ringkasan berkenaan Pelaburan Emas Passbook sebagai guide kepada anda semua.

Terdapat 2 buah bank yang menawarkan pelaburan sedemikian iaitu Public Bank dan Maybank
Selain daripada membuat pelaburan emas melalui emas fizikal, pelabur di Malaysia boleh
membuat pelaburan emas dengan cara membuka akaun simpanan emas.

Terdapat 2 bank yang menawarkan kemudahan akaun simpanan emas iaitu :

1. Maybank : Gold Saving Passbook Account (GSPA)
2. Public Bank : Gold Investment Account (GIA)

Buku akaun simpanan emas Maybank dan Public Bank

Dengan membuka akaun simpanan ini pelabur tidak mendapat emas fizikal, sebaliknya
nilai belian emas akan direkodkan di dalam akaun simpanan emas berkenaan. Harga emas pula adalah berdasarkan kepada harga emas semasa.

AKAUN PUBLIC BANK GOLD INVESTMENT ACCOUNT (GIA).

Anda boleh membuka akaun ini di mana-mana cawangan Public Bank di seluruh Malaysia.
Untuk mengetahui Public Bank yang berhampiran tempat anda, sila lawati sini

Anda juga boleh membeli dan menjual emas sepanjang waktu beroperasi Public bank. Kos membuka akaun simpanan GIA adalah kecil. Anda cuma perlu membeli minimum 20 gram emas sahaja sebagai permulaan. Jika nak tambah pelaburan emas anda, minima ialah 5 gram dan dalam gandaan 1 gram. Selain itu spread cuma 3.89%.

Harga Harian Emas GIA

Kenaikan atau penurunan harga emas boleh dilihat pada paparan di sini.

Selling Price = Harga emas yang dijual oleh bank kepada pelabur
Buying Price = Harga belian semula bank daripada pelabur

Saya sendiri telah membuka akaun Public Bank GIA di Public bank Kampung Baru Kuala Lumpur. Jadi saya ingin berkongsi maklumat dengan anda tentang akaun Public Bank GIA ini secara terperinci.

Untuk membuka akaun Public Bank GIA, anda diminta membuka akaun akaun simpanan (saving) dengan Public Bank jika masih tidak ada lagi.

Terdapat 2 jenis akaun simpanan yang boleh anda pilih iaitu: -

1. Akaun simpanan biasa (Basic- deposit RM20)

2. Akaun simpanan Al-Wadiah-i (deposit RM250)

(yang ini lepas buka akaun boleh keluarkan wang semula jika nak guna, takde masalah, pakai guna buat tambang teksi nak balik rumah hehehe)

Selepas buka salah satu daripada akaun simpanan di atas, baru boleh buka GIA. Kalau anda dah ada akaun simpanan Public Bank, maka anda boleh terus membuka akaun GIA.

MAYBANK GOLD SAVING PASSBOOK ACCOUNT (GSPA)

Maybank juga menawarkan akaun simpanan pelaburan emas. Sama seperti GIA, GSPA ini
hanya melibatkan pembelian emas melalui buku. Namun GSPA menawarkan kemudahan
mengeluarkan emas fizikal di dalam bentuk 10gram, 20 gram dan 50 gram di cawangan
tertentu. Namun akan dikenakan bayaran bagi pengangkutan dan insuren berdasarkan jumlah emas fizikal tersebut ( Aduhai keluar duit lain laa pulak, Nak buat fulus duit pula loose. Mana bank nak rugi) ).

SYARAT-SYARAT MEMBUKA AKAUN:

1. Pelaburan minimum ialah 5 gram
2. Boleh buka akaun individu atau kongsi sehingga 4 orang
3. Spread 4.1%
HARGA EMAS MAYBANK GSPA


Harga emas GSPA boleh di pantau di laman web Maybank2u.com disini

KOMEN SAYA:

  1. Dari segi spread, Public Bank GIA adalah lebih rendah berbanding Maybank GSPA.2. Public Bank GIA tidak ada penukaran emas fizikal, maka ustaz Zaharudin menghukumkannya HARAM dan anda sememangnya rugi. rujuk sini
  2. GSPA menawarkan kemudahan mengeluarkan simpanan dalam bentuk jongkong emas sedangkan Public Bank GIA tidak menawarkan pengeluaran di dalam bentuk emas fizikal. Namun bayaran akan dikenakan keatas penukaran ini untuk insuren dan penangkutan.
  3. Kelemahan yang ketara untuk pelaburan emas melalui akaun simpanan emas ialah anda tidak mendapat emas fizikal. Jadi anda tidak boleh memajak emas sekiranya memerlukan wang. Selain itu anda juga tidak boleh menjual emas jika belum mendapat keuntungan, jika tidak anda akan rugi jika menjual pada harga lebih rendah daripada harga belian. Masa jual dan beli hanya waktu pejabat (Weekend offday) Isnin bolehlaa...(Ayat Sargent Brahim dalam cerita Ali baba dan 40 orang penyamun)
  4. Namun simpanan emas anda selamat kerana tidak menyimpan emas secara fizikal so tak laa takut emas anda hilang

Akhir kata penutup bicara...

Kesimpulannya... tepuk dada tanya selera

Credit kepada laman web http://jutawanemas.com

0 comments

Persediaan Untuk Melabur

Salam hormat.


Terima kasih kepada yang bertanya bagaimana cara buat wang dengan emas ni dan bagaimana cara meningkatkan nilai emas anda. Apapun anda perlu bersedia dari segi antaranya ilmu dan tentunya wang.

Namun jika tiada wang dan anda sanggup meminjam juga tidak bermasalah andai anda mampu untuk membuat bayaran bulanan. Bagi saya kalau nak berhutang buatlah hutang menjana keuntungan tidak kira jangka pendek, sederhana atau panjang.

Bagi saya semua orang berhutang antaranya beli rumah (jangka masa panjang sangat baik), tanah, kereta (jangka panjang turun nilai, kos tinggi), perabut (saya tidak kearah ini kerana anak saya sangat lasak ), Emas (saya buat juga awal dahulu kaedah ni) dan seterusnya lain2.

Apapun pilihan anda saya akan ketengahkan kaedah emas.

Untuk menjadikan emas sebagai pelaburan anda perlu memahami perkara-perkara asas seperti dibawah:

  • Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Ia memang akan menguntungkan pelabur. Tempoh masa untuk pelaburan emas disarankan sekurang-kurangnya 1 tahun ke atas. Kesabaran penting kerana ia melibatkan proses menunggu harga emas naik dan turun. (Ada kaedah daily juga nanti saya ketengahkan)
  • Di dalam pelaburan emas, anda perlu menggunakan konsep mulakan sekarang. Beli emas dulu kemudian tunggu (buy first then wait), bukannya tunggu masa yang sesuai untuk bermula. (kaedah ini kalau untuk hardcore seperti saya)
  • Sebagai komoditi, harga emas sentiasa ada turun naiknya tetapi di dalam jangka masa panjang harganya akan meningkat naik. Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan. Jika anda mahu menjana pendapatan setiap bulan maka pelaburan emas bukanlah jawapannya. Jawapannya ialah perniagaan emas. Ya! Anda kena melabur sambil berniaga emas. (Tidak pun jadi sub agen ailovegold)
  • Pelaburan emas yang sebenar bukanlah dengan cara menyertai skim-skim pelaburan emas. Anda akan temui beberapa syarikat yang menawarkan pulangan lumayan jika anda melabur emas dengan syarikat mereka (contohnya memberikan pulangan tetap 2%-3% sebulan). Ini kerana risikonya adalah tinggi. Sudah banyak syarikat yang menawarkan pelaburan emas telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia atau cabut lari.
  • Semakin banyak ilmu yang anda perolehi maka menjana pendapatan dengan emas akan menjadi lebih mudah. Justeru anda perlu rajin membaca laman-laman web yang berkenaan emas. Saya lampirkan contoh laman web berkaitan. Lagi mudah baca blog2 emas yang selalu diupdatekan walaupun kadang2 cerita sedikit tersasar macam saya hehehe...
i. Kitco (www.kitco.com)
ii. The Bullion Desk (www.thebulliondesk.com)
iii. Goldsilver.com (www.goldsilver.com)
iv. Mineweb (www.mineweb.com)
v. Casey Research (www.caseyresearch.com)
vii. Bullionvault Gold News (http://goldnews.bullionvault.com/)
viii. World Gold Council (http://www.gold.org/)

0 comments

Perbandingan Pelaburan


Seperti yang saya paparkan adalah realiti semasa jenis pelaburan yang terdapat di Malaysia yang mungkin popular dikalangan bumiputera.

Satu lagi saya tertinggal adalah simpanan tabung haji yang mana perbandingan telah saya postkan pada sebelum ini sila lihat sini. Nak dipendekkan cerita 4% je setahun.

Peluang hartanah nampaknya baik dan agak tinggi tetapi panjang ceritanya dan urusannya. (lambat) tapi memang berbaloi-baloi dan ini juga saya telah lakukan tambahan dengan teknik manipulasi Overdraf Bank (OD). Teknik ini budak KL sebut sebagai 'makan luar dan dalam' dan saya tidak akan sentuh pada waktu ini kerana pada tahun 2010 lepas sekitar ogos telah diberhentikan penggunaannya.

Emas secara purata adalah 26.73% setahun dan pula ada teknik yang saya buat menjadikan sehingga 43% setahun maksimum dan belum lagi termasuk keuntungan dari jual beli yang saya buat.

Jadikan tahun ini azam untuk menyimpan emas dan semestinya boleh hubungi saya untuk mendapatkannya dengan harga lebih murah dari harga pasaran dan belian semula lebih tinggi dari harga pasaran. Menarik??

0 comments

Ortodoks

Terdapat pelbagai kaedah untuk pelaburan emas ini. Jika mengikut amalan ortodoks, pelaburan yang biasa dilakukan adalah BELI KEMUDIAN SIMPAN LAMA-LAMA, HARGA NAIK JUAL.

Ini adalah kebiasaan yang dilakukan oleh rata2 orang ramai apabila ditanya. Walaupun sedemikian kaedah ini masih lagi baik berbanding melabur melalui cara gold passbook seperti yang ditawarkan oleh maybank dan public bank mengikut pendapat saya laa kerana kaedah ortodoks tersebut secara tidak langsung anda memiliki emas fizikal tersebut (sesak2 boleh di pajak atau buat tukaran barter untuk barang senilainya) tetapi kalau passbook?

Haa tunggu laa bila bank buka baru boleh nak tebus itupun ada syarat tertentu misalnya perlu berbaki 3 gm laa apa laa kalau tidak tak boleh... aduhaii kalau segram = RM 165 x 3 = RM dekat 500 tu rugi laa tak boleh nak guna. Sabtu Ahad holiday isnin bolehlaa (ayat cerita P Ramlee)

Orang tua-tua simpan barang kemas untuk masa depan, orang muda sekarang?

Bukan taknak simpan tapi duit dah tak cukup nak wat cammano... Emas kalau dipakai walaupun sebeban di tengkok dan lengan tak kena zakat tau... Tapi awas kalau simpan dalam almari genap setahun tunaikan laa hak zakat tu... minimum berat emas kena zakat 85 gram yee just for info.

0 comments