Waktu cuti-cuti begini setelah sepagian mengurus rumah barulah saya berkesempatan untuk menjengah alam siber ini. Seperti biasa berita utama dunialah yang saya cari selepas berita harga emas.
Cerita menganai emas ini sememangnya menarik perhatian seluruh dunia dari zaman purbakala sehinggalah kehari ini malahan berita mutakhir adalah nilai wang fiat semasa berlaku krisis seperti di Tunisia, Mesir dan lain2 negara lagi yang mana emas jugalah yang bernilai untuk mendapatkan keperluan harian.
Presiden Tunisia lari ke France bawa apa? Zine El Abidine Ben Ali si pemimpin pengkhianat negara Tunisia ini melarikan diri dengan jet peribadi bersama-sama 1.5 tan emas!!! Bagaimana pula famili Husni Mubarak yang tak mubarrak ni? juga melarikan diri dengan 72 beg pakaian besar juga bersama jet peribadi keluar negara. Bawa apa tu? takkan bawa mee segera!!! fikir-fikirkan lah... Negara sendiri bergolak tapi pemimpin?
Saya berdoa agar negara tercinta Malaysia tidak jadi sebegitu. So semua pemimpin pilihan rakyat dan pemimpin kakitangan kerajaan berhentilah menjadi korup! Ingat-ingat lah balasan dari Allah nanti. Sesungguhnya dunia ini hanya sementara seperti sabda Rasulullah s.a.w "Dunia ini hanya Ibarat berhenti berteduh melepaskan lelah di bawah pohon sebelum meneruskan perjalanan yang sangat jauh"
Kepada sesiapa yang masih lagi menaruh harapan menjadi seorang yang kaya-raya pula berusahalah dengan jujur dan tunaikanlah hak kepada yang memerlukan setelah memiliki secubit kekayaan dengan berzakat, derma dan sebagainya.
Untuk menjadi kaya dengan menyimpan emas pula seperti pelaburan emas??? Perlu diingat emas adalah pelaburan jangka panjang bukan sekelip mata untuk mendapat pulangan 100% dalam setahun ini adalah MUSTAHIL!!! sekurang-kurangnya yang pasti adalah dalam 5 tahun pulangan simpanan anda menjadi 250%.
Kesempatan kenegara luar adalah menjadi satu nikmat kerana kepelbagaian masyarakat dunia membolehkan kita lebih peka. Pergilah kenegara yang lebih mundur berbanding negara anda supaya anda lebih bersyukur... Singapura walaupun maju tetapi kehidupan meraka umpama robot dan tinggal di rumah bertingkat yang agak sesak manakala Indonesia pula rata-rata rumah bertanah juga bersesak-sesak namun mereka bersungguh mencari rezeki yang halal, kalau anda telah kesana pasti anda setuju dengan saya.
Di Bandung misalnya jika anda berkesempatan ke Jalan Ahmad Yani, jalan ini terkenal dengan sebuah toko bernama Toko Tiga iaitu menjual jeans dengan harga yang lebih murah berbanding di seluruh Factory Outlet disana. Tapi disini juga terkenal peniaga emas jalanan yang jumlah kedai kecil seperti gambar di bawah berjumlah ratusan buah banyaknya malahan belian emas semula adalah lebih tinggi dari kedai yang tersergam indah!!!
Apa pun suka saya tekankan jika anda mahu cepat kaya (CEPAT KAYA) caranya adalah dengan berniaga. Tidak kiralah berniaga apa tapi disebabkan minat anda pada emas maka berniagalah emas. Bagaimana caranya? jadilah sub agen saya. :) Jika anda menyimpan emas pulangan adalah minimum 26% setahun, tetapi dengan berniaga? beratus-ratus % pulangannya. INGAT berniagalahlah yang menjadikan 9/10 pendapatan anda!!!
0 comments:
Post a Comment