Party Items n Toys for your love one

Membeli Surat Pajak dan Emas Terpakai

Saya memahami tidak ramai yang memiliki sejumlah wang untuk terus menjadi agen emas ai Love Gold . Oleh yang sedemikian jadilah sub agen dengan group ai Love Gold dengan mendapat potongan RM bagi setiap gram emas yang dibeli dan mendapat RM bagi setiap gram yang dibeli oleh pihak lain dari nilai semasa belian emas. call/ sms segera.

Harga jualan lebih rendah dari harga pasaran bagi rantai tangan dan rantai leher emas 999 24k, gold bar GCP (999), pam suisse (999.9) dan 1 dinar 999.9 24k begitu juga belian semula lebih tinggi dari harga pasaran.

Kenaikan Harga Emas




Dalam masa terdekat semua negara di dunia akan menghadapi ancaman inflasi impak daripada harga minyak dunia yang meningkat secara mendadak. Apa itu inflasi? Inflasi adalah suatu keadaan di mana harga barang secara umum mengalami kenaikan dan berlangsung dalam waktu yang lama terus menerus. Harga barang yang ada mengalami kenaikan nilai dari waktu sebelumnya dan berlaku di mana-mana dan dalam rentang waktu yang cukup lama.
Hari ini negara kita telah mengalami kenaikan harga gula RM0.20 dan impaknya akan tampak dalam sedikit waktu lagi. Kemungkinan besar harga makanan, minuman dan kuih muih akan turut merasai gelombang inflasi ini. Semua ini kita tidak dapat menghalangnya dari berlaku, justeru itu masyarakat sendiri perlu mengambil inisiatif untuk mula mengamalkan cara hidup berjimat cermat dan menjadi pengguna berhemah.
Kenaikan minyak dunia juga telah menjadi isu kepada harga minyak petrol ron97 mengalami kenaikan harga. Jadi apa yang bakal berlaku semua penduduk dunia perlu menghadapinya. Persediaan mental dan fizikal perlu kita atur bagi melalui ini semua. Mengenai subsidi negara, setiap warganegara menikmatinya. Namun oleh kerana kekangan ekonomi yang tidak konsisten semua ini perlu diakui oleh warga Malaysia bahawa kita perlu mula hidup berdikari dan jangan hanya mengharap bantuan semata-mata.

Impak kenaikan minyak adalah pencetus utama kepada perubahan struktur ekonomi isi rumah setiap negara. Oleh itu langkah drastik perlu kita ambil mulai sekarang, contohnya mula mengamalkan sikap berjimat cermat dengan berjimat cermat kita dapat mengatasi masalah perbelanjaan secara berlebihan. Selain itu kita juga perlu mula amalkan sikap suka menabung kerana dengan menabung akan menjamin masa depan kita lebih baik dan dapat melalui waktu kritiakal yang datang secara tiba-tiba. Sebagai pengguna dan masyarakat yang berhemah kita perlu mula mengatur langkah dan strategi dalam menghadapi gelombang inflasi yang melanda dunia pada hari ini.

Kenaikan harga gula ini adalah permulan kenaikan kepada rantaian semua yang berasaskan gula. Kenaikan ini adalah tidak selari dengan gaji yang diterima oleh pekerja akibatnya akan berlaku krisis dalam mengaturcarakan semula perjalan harian kehidupan. Sudah pastinya banyak yang akan terjejas.

Pada pendapat saya harga minyak yang melambung diseluruh dunia sekarang tidak menjejaskan harga minyak di Malaysia adalah kerana pilihanraya umum belum dijalankan... Jika tidak, sudah pasti ia perlu dinaikkan. Jika ini berlaku semua perkara dalam kehidupan turut terlibat dengan kenaikan harga minyak tersebut dengan kata lain semua barang dan perkhidmatan akan mengalami kenaikan... Seterusnya Harga Emas Akan Terus Meningkat secara tersiratnya. :)

0 comments:

Post a Comment