Party Items n Toys for your love one

Membeli Surat Pajak dan Emas Terpakai

Saya memahami tidak ramai yang memiliki sejumlah wang untuk terus menjadi agen emas ai Love Gold . Oleh yang sedemikian jadilah sub agen dengan group ai Love Gold dengan mendapat potongan RM bagi setiap gram emas yang dibeli dan mendapat RM bagi setiap gram yang dibeli oleh pihak lain dari nilai semasa belian emas. call/ sms segera.

Harga jualan lebih rendah dari harga pasaran bagi rantai tangan dan rantai leher emas 999 24k, gold bar GCP (999), pam suisse (999.9) dan 1 dinar 999.9 24k begitu juga belian semula lebih tinggi dari harga pasaran.

Duit Raya, Harga Emas & Tol...



Selamat bertemu kembali kepada semua...

Setelah puas beraya kini tiba masanya kita kembali kepada kehidupan normal kita seharian...

Pergi kerja balik kerja. Apa pun pada hari raya ini rata-rata sejumlah besar duit akan bertukar tangan. Tentu anda setuju dengan saya bukan.

Kepada orang yang memiliki lebihan sedikit wang akan menghadiahkan sejumlah wang kepada orang tertentu dan sudah tentunya kanak2 tidak ketinggalan manakala bagi yang telah mengeluarkan wang pula mendapat kenalan dan mengeratkan silaturahim sesama kita.

Bagi kanak2 yang telah memperolehi wang ajarkanlah supaya menabung atau jika mencukupi tukarkanlah kepada 1,5 atau 10 Dinar sebagai ganti wang kertas tersebut. Cantik bukan?

Keadaan diluar sana adalah masih tidak meyakinkan lagi. Penganggur di negara uncle Sam semakin bertambah, manakala negara eropah juga tidak kalah... Portugal sudah senak, Greece dalam ICU, lain2 bakal menyusul...

Adakah jika kegawatan ini terjadi negara Malaysia tercinta kita ini tidak akan tergugat? Jangan dengar kata media perdana sahaja bulat2, anda fikir sendiri dan cari juga dari sumber2 lain...



Bagaimana harga emas minggu depan? 5 September -9 september 2011? Mengikut trend isu semasa dan keadaan ekonomi US dan eropah saya menjangkakan kenaikan kepada harga emas!

Dapat beraya di Kampung sememangnya menyeronokkan kerana dapat bertemu saudara mara yang jauh dan hidup dalam suasana kampung tetapi masalahnya adalah perjalanan dan konsesi tol Malaysia!
kita bayar tol untuk memudahkan perjalanan tetapi sebaliknya kesesakan teruk pula yang dihadapi tanpa ada rasa bertanggung jawab untuk mengurangkan nilai tol kepada jumlah diskaun lebih besar misalnya 50% - 70% sebagai ganti rugi kesesakan yang dialami oleh rakyat Malaysia! Tol tetap akan naik walaupun apapun terjadi!

0 comments:

Post a Comment