Party Items n Toys for your love one

Membeli Surat Pajak dan Emas Terpakai

Saya memahami tidak ramai yang memiliki sejumlah wang untuk terus menjadi agen emas ai Love Gold . Oleh yang sedemikian jadilah sub agen dengan group ai Love Gold dengan mendapat potongan RM bagi setiap gram emas yang dibeli dan mendapat RM bagi setiap gram yang dibeli oleh pihak lain dari nilai semasa belian emas. call/ sms segera.

Harga jualan lebih rendah dari harga pasaran bagi rantai tangan dan rantai leher emas 999 24k, gold bar GCP (999), pam suisse (999.9) dan 1 dinar 999.9 24k begitu juga belian semula lebih tinggi dari harga pasaran.

Harga Emas Jatuh!

Kenapa harga emas jatuh ketika ini? ini antara jawapannya...

Pengukuhan nilai dolar AS antara punca penyusutan hampir 20 peratus

ALIRAN kenaikan jangka panjang emas terhenti selepas mencapai kemuncaknya tiga minggu lalu dengan kejatuhan hampir 20 peratus daripada paras tertinggi yang dicatat pada 6 September lalu.

Kontrak semasa emas semalam terus mengalami penyusutan dengan kejatuhan 5.8 peratus kepada AS$1,561.69 seauns kejatuhan harian terbesar sejak Oktober 2008.
Penganalisis berkata, kejatuhan mendadak harga logam berharga itu sejak kebelakangan ini adalah berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS), penjualan oleh dana lindung nilai untuk mendapat tunai bagi menampung kerugian di pasaran lain serta ketidaktentuan terhadap daya tarikan emas sebagai instrumen pelaburan selamat.

Bagi kontrak semasa perak, yang mana harganya lebih berkait rapat dengan pertumbuhan ekonomi susulan kegunaan dalam industri, mencapai paras terendah sejak Januari dan susut 45 peratus daripada paras tertinggi yang dicatat pada April. Ahli Ekonomi Kanan Penyelidikan UOB, Alvin Liew, berkata sebelum ini tunai digunakan untuk melabur dalam komoditi khususnya emas dan perak.

Bagaimanapun, katanya emas kini bukan lagi instrumen menarik untuk melindungi pelaburan daripada inflasi susulan masalah hutang Eropah dan jangkaan inflasi Amerika Syarikat (AS).

Kedua-dua masalah itu menyaksikan dana mengalir kembali ke AS, yang mana menyaksikan peningkatan semula nilai dolar.

Namun begitu, dalam jangka panjang, emas masih memiliki nilainya yang tersendiri dan harganya akan meningkat dalam tempoh akan datang, jelasnya.


0 comments:

Post a Comment