HARGA saham di Bursa Malaysia mencatat penurunan buat hari kedua berturut-turut pada penutup semalam apabila pelabur mengurangkan pegangan berikutan kebimbangan yang meningkat terhadap ekonomi dunia yang semakin lemah.
Kerugian terbesar dicatatkan oleh Petronas Chemicals, yang menyumbang kira-kira 6.471 peratus daripada jumlah wajaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), mengheret turun indeks petunjuk pasaran 2.48 mata lebih rendah untuk ditutup pada 1,410.64.
Seorang penganalisis berkata tiada berita perkembangan korporat tempatan, dan menyukarkan pelabur, terutama pelabur asing, untuk membuat keputusan pelaburan.
Beliau berkata sentimen lemah di seluruh dunia membimbangkan pelabur, menyebabkan mereka keluar dan mendapatkan aset yang kurang berisiko seperti emas dan dolar Amerika Syarikat.
0 comments:
Post a Comment