KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Sekarang adalah masa yang sesuai untuk semua pihak membeli emas dengan harga yang masih rendah selepas kejatuhan terbesarnya pada 15 April, kata pengerusi eksekutif kumpulan Public Gold Datuk Louis Ng.
"Sekarang dengan harga yang merudum, ia menjadikan emas lebih mampu milik untuk semua, terutamanya pembeli baharu, yang mahu menyimpan emas untuk perlindungan harta," katanya dalam satu kenyataan.
Pada 15 April, harga emas susut US$140 kepada US$1,395 satu auns, satu kejatuhan terbesar semenjak 1993, mengejutkan ramai pelabur veteran.
Semenjak itu, harga telah memulih sedikit, dan semalam ia ditutup pada US$1,408 satu auns, susut US$16.50.
Permintaan untuk emas telah meningkat kukuh semenjak 2000, dengan kebanyakan daripadanya berikutan negara-negara membangun menggunakan kekayaan baharu mereka untuk memenuhkan rizab mereka dengan emas.
Pada masa sekarang, adalah dinasihatkan rakyat Malaysia untuk membeli emas sebagai simpanan masa depan sebelum harga meningkat semula, kata kenyataan itu. Refer
0 comments:
Post a Comment