Party Items n Toys for your love one

Membeli Surat Pajak dan Emas Terpakai

Saya memahami tidak ramai yang memiliki sejumlah wang untuk terus menjadi agen emas ai Love Gold . Oleh yang sedemikian jadilah sub agen dengan group ai Love Gold dengan mendapat potongan RM bagi setiap gram emas yang dibeli dan mendapat RM bagi setiap gram yang dibeli oleh pihak lain dari nilai semasa belian emas. call/ sms segera.

Harga jualan lebih rendah dari harga pasaran bagi rantai tangan dan rantai leher emas 999 24k, gold bar GCP (999), pam suisse (999.9) dan 1 dinar 999.9 24k begitu juga belian semula lebih tinggi dari harga pasaran.

Had Siling Hutang Untuk Amerika

Merujuk kepada hutang kerajaan Amerika. Ia memberikan signal kepada dunia bahawa ia mempengaruhi dalam banyak bidang atau negara.

Terutamanya bercakap mengenai Emas.

Pada hari selasa nanti adalah hari akhir penentuan siling bagi hutang Amerika menjadi USD 14.3 trillion dan pada hari tersebut jika tidak ada keputusan juga mengenainya makan US Treasury akan kehabisan wang untuk membayar semua tanggungannya.

Apa pun harga emas akan bergantung kepada keputusan tersebut. Mr Obama menyatakan bahawa masih ada masa bagi ke dua pihak (Demokratik dan Republikan) untuk bersama menyetujui cadangan berapa banyak untuk pengurangan perbelanjaan. Ia menyentuh kenaikan cukai dan pengurangan perbelanjaan tetapi pihak Republikan hanya akan mengundi untuk pelan pengurangan perbelanjaan sahaja.

Perbelanjaan US terlalu besar terutamanya dalam bidang ketenteraan dan masih menanggung beban antaranya di Bumi Afghanistan dan Iraq.

Bagi pemahaman saya agak sukar menentukan harga emas pada minggu mendatang namun merujuk kepada pakar-pakar eropah menjangkakan pada bulan Ogos ini jika harga 1 troy emas kekal atas USD 1,600.00 maka paras selamat adalah USD 1,580.00. Jadi pada minggu depan jika harga emas berdekatan dengan harga USD 1,580.00 makan besar kemungkinan ia akan terus jatuh sehingga USD 1,550.00. Namun begitu masih ada limit kejatuhan harganya.

Tetapi pada pandangan pakar bernama Jimmy Tintle seorang penganalisa di Transworld Futures menyatakan berkemungkinan pada 30-45 hari mendatang harga emas akan turun sekitar USD 1,475.00. Pandangan beliau agak optimistik berbanding pandangan pakar yang lain kerana menurut Ira Epstein pula dari Epstein dari Division dari kumpulan The Linn Inc mengatakan pada bulan Ogos selalunya menunjukkan harga pasaran menaik dan selalunya juga harga emas akan menjadi lebih tinggi!

Merujuk kenyataan tersebut saya lebih bersetuju dengan beliau berdasarkan pengalaman lepas-lepas terhadap harga emas ini.


0 comments:

Post a Comment