Party Items n Toys for your love one

Membeli Surat Pajak dan Emas Terpakai

Saya memahami tidak ramai yang memiliki sejumlah wang untuk terus menjadi agen emas ai Love Gold . Oleh yang sedemikian jadilah sub agen dengan group ai Love Gold dengan mendapat potongan RM bagi setiap gram emas yang dibeli dan mendapat RM bagi setiap gram yang dibeli oleh pihak lain dari nilai semasa belian emas. call/ sms segera.

Harga jualan lebih rendah dari harga pasaran bagi rantai tangan dan rantai leher emas 999 24k, gold bar GCP (999), pam suisse (999.9) dan 1 dinar 999.9 24k begitu juga belian semula lebih tinggi dari harga pasaran.

Malaysia Lokasi Pelaburan Emas Pilihan

Kuala Lumpur: Malaysia adalah lokasi pilihan terbaik bagi pelabur yang ingin membuat pelaburan tunai, ekuiti, hartanah dan emas berikutan persekitaran kewangan Malaysia yang kukuh.
Pengarah Urusan firma penasihat pelaburan dan pengurusan dana Marc Faber Ltd Marc Faber berkata, sistem kewangan negara diuruskan secara berhemah dan lebih stabil walaupun pernah berdepan dengan krisis kewangan.
Katanya, bagi pasaran saham negara biarpun ia kelihatan tidak berapa menarik buat masa ini, namun secara relatif pasaran Bursa Saham Kuala Lumpur adalah antara yang stabil di dunia, disokong ekonomi negara yang berimbang.
“Berbanding negara maju seperti Amerika Syarikat (AS), kita dapat lihat sistem kewangan mereka secara terangan menghalalkan bank mengambil risiko memperjudikan deposit pelabur dengan berdagang dalam perniagaan derivatif. Manakala Malaysia, rata-rata bank tempatan begitu menitikberatkan aliran kewangan mereka yang dilaburkan ke arah lebih positif (bukan perjudian).
“Tiada risiko besar di Malaysia pada masa ini dan jika diberi pilihan saya memilih pasaran Malaysia berbanding AS, sebagai destinasi pelaburan saya,” katanya pada sidang media sempena ceramah pelaburan bertajuk ‘Strategi Pelaburan-Di manakah Wangnya?’ anjuran Malaysian Industrial Development Finance Bhd (MIDF) di Kuala Lumpur, semalam.

2 comments

Syiling Emas Bank Negara


Syiling emas Muzium Negara Malaysia mula dijual awal september sempena Jubli Emas Muzium Negara (Dibuka pada 31 Ogos 1963,50 tahun) dijual pada harga RM200.00 untuk 1 set di Muzium & Galeri Seni Negara.. Dapatkan segera, cuma 750 set sahaja dicetak

0 comments

Harga emas dijangka cecah AS1,800 seaun



Didorong permintaan kukuh pasaran terbesar di China, India

Harga emas dijangka meningkat mencecah AS$1,800 seaun tahun ini, naik lapan peratus daripada harga semasanya selepas berlegar dalam paras AS$1,600 hingga AS$1,700 sejak 2011, kata ahli urus niaga emas tempatan.

Unjuran peningkatan itu, kata mereka bersandarkan permintaan kukuh emas sebagai alat pelaburan jangka panjang dan pelindung inflasi, khususnya dari pasaran pengguna terbesar logam berharga itu iaitu di China dan India. 

Harga emas meningkat kira-kira tujuh peratus tahun lalu, iaitu kenaikan untuk tahun ke-12 berturut-turut. 


Aliran kenaikan itu antara yang paling lama berlaku bagi harga komoditi.

Emas mencecah rekod tertinggi sekitar AS$1,920 pada September 2011, apabila krisis hutang Eropah yang semakin buruk ketika itu mencetuskan belian besar-besaran.

Pengurus Pemasaran Poh Kong Holdings Bhd, Elizabeth Choon (gambar), berkata emas tetap menjadi antara alat pelaburan diminati dalam kalangan pelabur yang mahukan pulangan jangka panjang.

Pelabur termasuk di Malaysia, katanya, dijangka terus membeli jongkong dan siling emas sebagai satu bentuk opsyen pelaburan di samping membeli barang kemas untuk mendapatkan pulangan simpanan nilai akan datang. 

Pelaburan jangka panjang

“Pelaburan emas adalah satu bentuk pelaburan jangka panjang. Memandangkan permintaan pasaran global terhadap emas lebih tinggi daripada bekalan, harganya dijangka menjadi lebih tinggi pada masa akan datang, termasuk tahun ini,” katanya ketika ditemui BH, baru-baru ini.

Poh Kong, peruncit barangan kemas dan produk emas senaraian awam terbesar di negara ini menghasilkan produk jenama sendiri menerusi kilang pengeluaran miliknya.

Antara jenama barangan kemas miliknya ialah Tranz, Anggun, Auspicious, Happy Love. Poh Kong juga mengeluarkan jongkong emas Bunga Raya.

Choon bagaimanapun berkata, pelabur yang berhasrat menjadikan emas sebagai opsyen pelaburan mesti melakukan kajian mendalam terhadap peranan logam berharga itu serta meneliti pergerakan harganya dari semasa ke semasa.

“Jika anda tidak mengetahui bagaimana pelaburan ini boleh menghasilkan pulangan, lebih baik jangan berbuat demikian,” katanya.


lagi

0 comments

Gold Discovery Channel






0 comments

Harga Emas Terendah


KUALA LUMPUR, 24 April (Bernama) -- Sekarang adalah masa yang sesuai untuk semua pihak membeli emas dengan harga yang masih rendah selepas kejatuhan terbesarnya pada 15 April, kata pengerusi eksekutif kumpulan Public Gold Datuk Louis Ng.
"Sekarang dengan harga yang merudum, ia menjadikan emas lebih mampu milik untuk semua, terutamanya pembeli baharu, yang mahu menyimpan emas untuk perlindungan harta," katanya dalam satu kenyataan.
Pada 15 April, harga emas susut US$140 kepada US$1,395 satu auns, satu kejatuhan terbesar semenjak 1993, mengejutkan ramai pelabur veteran.
Semenjak itu, harga telah memulih sedikit, dan semalam ia ditutup pada US$1,408 satu auns, susut US$16.50.
Permintaan untuk emas telah meningkat kukuh semenjak 2000, dengan kebanyakan daripadanya berikutan negara-negara membangun menggunakan kekayaan baharu mereka untuk memenuhkan rizab mereka dengan emas.
Pada masa sekarang, adalah dinasihatkan rakyat Malaysia untuk membeli emas sebagai simpanan masa depan sebelum harga meningkat semula, kata kenyataan itu. Refer

0 comments

Harga Emas Merudum!



Jika mengikut analisa terkebelakang nampak seperti situasi harga emas akan berulang kembali...

Bilakang titik puncak kejatuhan ini? bersedia membeli untuk kembali mengaum aummmm...


0 comments

Womens Day Promotion


Penerangan Promosi

Dengan pembelian minimum untuk sebarang kombinasi 100gm Public Gold i-Series, anda berpeluang untuk menikmati keistimewaan seperti di bawah:

1.Menjadi Public Gold Authorized Dealer
2.Menikmati rebat 1%

0 comments

Japan dan US akan bantu lonjakkan harga emas?



Selamat menyambut tahun baru 2013 kepada semua.

Penutup tahun 2012 dan permulaan 2013 masih lagi tidak memberikan umphhh kepada penyimpan emas.

Harga emas berkisar di paras hampir sama dengan naik turun sekitar purata 5  - 10 ringgit / gm sahaja.

Jika mengikut trend tahun-tahun kebelakangan sepatutnya emas telah naik dengan baik tetapi sebaliknya yang berlaku. Kenaikan selalunya apabila banyak negara dengan Uncle Sam sebagai ketua melibatkan diri dalam perang maka harga emas hitam (Minyak ) akan naik jadi emas juga akan turut serta.

Ketidakketentuan ekonomi dunia juga sepatutnya mengukuhkan lagi harga emas namun sebaliknya yang berlaku.

Adakah ini akan berlarutan sehingga lepas Chinese New Year? Harapnya tidak

0 comments

Public Gold Statement Upon BNM



0 comments