Party Items n Toys for your love one

Membeli Surat Pajak dan Emas Terpakai

Saya memahami tidak ramai yang memiliki sejumlah wang untuk terus menjadi agen emas ai Love Gold . Oleh yang sedemikian jadilah sub agen dengan group ai Love Gold dengan mendapat potongan RM bagi setiap gram emas yang dibeli dan mendapat RM bagi setiap gram yang dibeli oleh pihak lain dari nilai semasa belian emas. call/ sms segera.

Harga jualan lebih rendah dari harga pasaran bagi rantai tangan dan rantai leher emas 999 24k, gold bar GCP (999), pam suisse (999.9) dan 1 dinar 999.9 24k begitu juga belian semula lebih tinggi dari harga pasaran.

Emas dijangka cecah RM503 satu gram menjelang 2020



STANDARD Chartered Bank mengunjurkan harga emas bakal mencecah AS$5,000 seauns atau kira-kira AS$160 (RM503) satu gram menjelang 2020, disokong permintaan kukuh dari China dan India. 

Ketua Penyelidik Global Komoditinya, Hsi Han Pin berkata ada kaitan ketara antara pendapatan isi rumah di China dan India dengan harga emas kerana sebarang peningkatan pendapatan boleh guna di dua negara pembeli emas utama dunia itu akan mendorong peningkatan permintaan bagi logam berharga berkenaan.
Beliau berkata, langkah bank pusat seluruh dunia mengumpul emas bagi mempelbagaikan rizab masing-masing juga membantu melonjakkan harga logam berharga itu untuk terus kekal tinggi.
“Kebimbangan terhadap krisis hutang Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi Amerika Syarikat (AS) akan terus menggalakkan pelabur dan bank pusat membeli emas,” katanya pada siri taklimat penyelidikan global 2012 di Kuala Lumpur semalam. 

Hsi menambah, harga emas juga akan disokong persekitaran kadar faedah sebenar yang negatif apabila banyak bank pusat dijangkakan menurunkan kadar faedah atau mengekalkannya pada paras terendah untuk menyokong pertumbuhan ekonomi negara masing-masing. 

Sepanjang 2011, harga emas meningkat 10 peratus dengan mencecah paras tertinggi dalam sejarah pada AS$1,920.30 seauns atau AS$61 (RM194) satu gram September lalu berikutan kebimbangan krisis hutang di Eropah dan pertumbuhan perlahan ekonomi AS. Baca lagi



0 comments

Public Gold Insentif




Bahagian Pemasaran Public Gold ingin mengumumkan BERITA BAIK kepada anda semua !!!

Public Gold telah menyediakan DUA PAKEJ untuk Program Insentif Jualan: Kereta Idaman Saya (Pakej I & Pakej II) kepada Master Dealer !!!

Pakej I menawarkan subsidi sehigga RM110,000.00 manakalaPakej II menawarkan sehingga RM50,000.00 untuk kereta idaman anda.

Beraksilah sekarang untuk melayakkan diri anda untuk WANG PERCUMA ini !!!

Bersama dengan email ini, berlampir huraian serta terma-terma untuk pakej ternyata di atas.

Jika terdapat sebarang pertanyaan, sila hubungi Bahagian Pemasaran pada 04 - 643 9999 atau Cawangan Public Gold terdekat anda.

0 comments

Emas tahun 2011





Kenaikan harga emas pada tahun 2011 adalah sejumlah 44.52%!

Apa yang perlu dibuat adalah perhatikan harga emas terendah dan jual pada harga emas tertinggi.
 Merujuk kepada jadual diatas harga emas terendah adalah pada bulan Januari pertengahan dan tertinggi jatuh pada bulan Ogos. Jadi hanya mengambil masa 8 bulan sahaja sudah boleh peroleh keuntungan 44.52%!! belum lagi diambil kira pelaburan pajakan emas. Pertambahan 20% adalah mudah untuk menjadikan keseluruhan 64.52% bagi tempoh 8 bulan sahaja!

0 comments