Harga hari ini mencecah pada USD 1,490 dan gagal di USD1,498, tapi kemudiannya kembali ke harga tertinggi USD 1,504.36 untuk mencapai resistance dan akhirnya berhenti ke harga terendah USD1,488.85. Akhirnya ia stabil di harga USD 1,488. Esok (Selasa) di US jika harga emas lebih rendah dari harga USD 1,488 saya berpendapat ia akan terus menurun untuk tempoh 2 minggu hingga maksimum 6 minggu mendatang.
Kenapa harga menjunam ya??? Antara faktor terbesar ialah George Soros!
Ingat nama ni tak? nama yang mula kita kenali ketika Mantan PM selalu menyebut namanya yang menjatuhkan ekonomi Malaysia. Tapi bagaimana?
Si Soros ini telah melepaskan pegangan saham untuk suku pertama tahun ini sebaliknya melabur dalam 2 pelombong emas terbesar dunia iaitu Barrick Gold (ABX) dan Goldcorp (GG).Sahamnya menokok dalam Barrick ke 8,500 dan Goldcorp ke 7,600 saham.
Sebaliknya Mamat ni mengurangkan pegangan dalam saham SPDR Gold (GLD) ke 49,400 dan NovaGold (NG) ke 3.5 juta dari 12.91 juta. Soros juga menempatkan diri dalam posisi dalam Freeport McMoRan Copper & Gold (FCX) jadi 301,300 saham dan menambah ke Great Basin Gold (GBG) menjadi 6 juta saham. sini dan sini
Tak habis-habis laa mamat nih! kes morality Bos International Monotary Fund (IMF) En. Dominique Strauss-Kahn pun tengah panas membara disebabkan tuduhan yang dikenakan di New York atas kes sexual assault resulting in charges including attempted rape, sexual abuse, forcible touching, and unlawful imprisonment. (sori bahasa inggeris sebab tak sedap untuk disebut dalam malay word) Lagi malu nak sebut kalau sodomy + pelacur murahan macam dalam YouTube yang tersebar luas tu.
Kalau fitnah lagilah amat bahaya, bukan sahaja boleh menjatuhkan individu malah negara boleh hancur dan apalah sangat setakat harga emas nih! Itulah sebabnya fitnah dihukum sebagai Dosa Besar. Ingat-ingatlah balasan di hayat lain nanti yee...
0 comments:
Post a Comment