Party Items n Toys for your love one

Membeli Surat Pajak dan Emas Terpakai

Saya memahami tidak ramai yang memiliki sejumlah wang untuk terus menjadi agen emas ai Love Gold . Oleh yang sedemikian jadilah sub agen dengan group ai Love Gold dengan mendapat potongan RM bagi setiap gram emas yang dibeli dan mendapat RM bagi setiap gram yang dibeli oleh pihak lain dari nilai semasa belian emas. call/ sms segera.

Harga jualan lebih rendah dari harga pasaran bagi rantai tangan dan rantai leher emas 999 24k, gold bar GCP (999), pam suisse (999.9) dan 1 dinar 999.9 24k begitu juga belian semula lebih tinggi dari harga pasaran.

Harga Emas dan Minyak

Pada masa emas dan perak digunakan sebagai matawang, barang yang boleh dibeli dengan 1 dirham perak akan kekal begitu 10 atau 50 tahun lagi, bahkan ratusan tahun. Pada zaman moden ini, usahkan 50 tahun, dalam masa lima tahun, kita sudah dapat melihat kenaikan harga barang yang ketara.


Sebalik kenaikan harga barang yang dialami, perkara yang terjadi kepada kita sebenarnya ialah duit kertas yang digunakan mengalami susut nilai. RM10 yang kita pegang 10 tahun lepas tidak sama dengan RM10 sekarang, nilainya semakin berkurangan.Mereka yang mencadangkan amalan hutang tanpa riba dengan cara, RM500 yang dipinjamkan kepada peminjam dan disuruh dibayar balik RM500 beberapa tahun kemudiaannya tanpa dikenakan apa-apa nilai tambahan akan mendapati ketidakadilan berlaku kepada dirinya sendiri. RM500 yang dipinjamkan dahulu apabila dipulangkan mempunyai nilai yang kurang. Barang yang boleh dibeli dengan duit RM500 beberapa tahun lepas sudah tidak dapat dibeli pada harga yang sama, kerana harganya sudah meningkat. Dengan kata lain, kuasa beli yang ada semakin berkurang.


Mungkin ada yang berkata, jika diperkenalkan semula dinar emas, belum tentu harga barang tidak naik. Faktor lain termasuklah kes peniaga menyorokkan barangkan untuk mewujudkan kekurangan bekalan, sekaligus boleh menaikkan harga barang. Hal ini memang betul. Untuk seketika, cuba kita imbas kembali lima tahun kebelakangan ini. Sedar atau tidak, setiap tahun kita mengalamai lebih daripada dua kali kenaikan harga minyak. Kesannya pula, setiap kali harga minyak naik, harga barang turut naik. Kesan domino kenaikan harga minyak memang sukar untuk dibendung. Persoalannya, mengapa begitu kerap minyak mengalami kenaikan harga? Kekurangan bekalan bukanlah faktor utama. Perang di Iraq yang berlaku beberapa tahun lepas sememangnya ada menjejaskan bekalan minyak dunia.


Walau bagaimanapun, hal itu merupakan faktor sementara dan bukan faktor penyumbang kepada kenaikan harga minyak pada setiap tahun. Untuk lima tahun kebelakangan ini, faktor utama yang menyumbangkan kenaikan harga minyak ialah kejatuhan nilai matawang dolar AS dalam kegiatan eksploitasi peniaga dalam pasaran minyak untuk mengaut untung.


Ekonomi AS semenjak beberapa tahun lepas, mengalami penguncupan. Banyak faktor yang menyumbangkan kelembapan ekonomi AS. Serangan 11 September telah membuka tirai penguncupan ekonomi negara kuasa besar dunia. Hal ini diikuti perang di Iraq, bencana besar alam seperti taufan Wilma, dan kebakaran hutan yang membawa kerugian berbilion dolar, krisis gadai janji subprima, jenayah urus tadbir korporat yang melibatkan syarikat-syarikat gergasi seperti worldcom, arthur anderson, enron dan lain-lain.


Kesan daripada kejadian yang berlaku itu ialah penarikan besar-besaran modal pelabur luar (terutamanya pelabur Arab) ke negara lain, jumlah pengangguran yang semakin meningkat, peningkatan hutang korporat dan hutang lapuk, serta peningkatan defisit belanjawan negara AS yang keterlaluan.


Ekonomi yang lemah berkait rapat dengan kedudukan mata wang sesebuah negara. Matawang yang lemah boleh memberikan kesan kepada ekonomi negara. Ekonomi yang lemah boleh menyumbangkan kesusutan nilai mata wang. Kedua-duanya boleh memberikan kesan antara satu sama lain. Diperingkat global, permasalahan yang timbul adalah kerana urusan jual beli minyak dilakukan dalam mata wang dolar AS. Oleh sebab matawang tersebut susut nilai, lebih banyak dolar AS yang diperlukan berbanding dengan waktu sebelumnya untuk mendapatkan kuantiti minyak yang sama. Akibat kegiatan penyangak, perniagaan minyak turut menyumbangkan kenaikan harga minyak global. Mereka, kerap kali berusaha menyebarkan khabar angin kononnya harga minyak akan naik melambung dalam tempoh beberapa bulan lagi. Kemudian akan keluarlah pelbagai analisis dan versi cerita yang menarik untuk menyokon kesahihan khabar angin ini. Oleh sebab termakan dengan hujah-hujah khabar angin tersebut, pasaran minyak pun akan menjadi lebih agresif.


Dengan mudah, harga pasaran kemudiannya boleh naik mendadak. Kononnya, lebih baik membeli minyak dalam kuantiti yang banyak sekarang dengan harga yang 'agak tinggi' sedikit berbanding dengan membeli minyak yang mahal pada masa akan datang. Penyangak-penyangak ini dengan mudah berjaya mencipta untung atas angin melalui eksploitasi pasaran hadapan minyak dalam masa yang singkat. Berlainan situasinya jika kita menjalankan jual beli minyak dengan menggunakan emas dan perak. Tidak timbul situasi kita perlu mengambil peduli kelembapan ekonomi AS. Mungkin satu tong minyak boleh ditetapkan bersamaan 10 dinar emas yang mempunyai 4.25 gram sedinar.


Sebagai langkah untuk mengelakkan spekulasi pasaran minyak, sudah tiba masanya perdagangan minyak antarabangsa dilakukan secara terus tanpa perlu banyak melibatkan peniaga atau 'orang tengah'. Negara pengeluar seperti Malaysia menjual minyak terus kepada negara yang ingin membeli minyak, misalnya nation to nation trade. Setiap pembelian pula dicadangkan menggunakan emas atau perak sebagai medium pembayaran.


Pergantungan kepada dolar AS dalam urusan jual beli minyak telah banyak membuka ruang kepada eksploitasi. Jika dolar AS diabaikan dan digantikan dengan matawang yang lain seperti Euro atau Yen, perkara yang sama akan berulang. Pihak tertentu mengaut keuntungan berbilion dolar, tetapi penduduk dunia merana menanggung kehidupan bertambah miskin.


Penggunaan emas dalam jual beli minyak boleh menjamin harga minyak yang lebih stabil. tiada lagi alasan untuk penyangan perdagangan minyak membuat ramalan kenaian harga minyak dengan hujah-hujah seperti kelembapan ekonomi AS, nilai dolar AS yang semakin lemah, ketidaktentuan pasaran saham dunia atau sebagainya, untuk 'bermain' dengan harga minyak.


Kesimpulannya nilai Dolar ini menjadi bernilai adalah kerana ianya masih berterusan digunakan oleh seluruh dunia termasuk negara Islam. Jadi nilai dolar ini tidak akan kekal lama dan PASTI akan jatuh tidak berapa lama lagi...

0 comments:

Post a Comment