Salam pada semua yang meminati logam emas dan perak.
Berikut adalah analisa teknikal dari saya untuk minggu hadapan sebagai panduan anda dalam penentuan pembelian atau pelaburan anda.
Harga emas berkemungkinan akan lebih kukuh pada minggu mendatang manakala Silver pula masih dalam keadaan mudah berubah-rubah dan mengikut data ekonomi seluruh dunia permintaan kepenggunaannya dalam industri adalah menurun.
Pakar analisa teknikal di Barclays Capital menyatakan jika harga emas melepasi tahap USD 1,460, maka berkemungkinan ia akan menurun ke USD 1,410, sebaliknya bagi silver pula jika ia menurun bawah USD 32.30, maka ia akan terus merudum ke USD 29.40-USD 30. Jika ini berlaku maka bersedialah untuk membeli SIlver kerana ia bakal mencecah harga term baru terendah. Ingat kenaikan Silver julatnya adalah tinggi tapi turun juga tinggi yaa.
Menurut rekod-rekod lepas seperti dinyatakan oleh Pengarah Ira Epstein dari Group The Linn Epstain bulan Jun adalah bukan bulan yang disukai oleh emas dan perak tetapi sebaliknya tidak kepada barangan kemas 916.
Apa pun kemungkinan emas akan meningkat naik pada minggu depan adalah tinggi. Tambahan hutang Greece semakin menunjukkan tahap kritikal dan jika Greece tidak menjual asetnya maka kemungkinan untuk Greece membayar hutangnya ke IMF akan menjadi persoalan.
Sepanyol juga diambang kejatuhan namun apapun pemerhati masih menunggu hasil pilihanraya nya. Pengkaji merencanakan parti pemerintah (Socialist) akan kecundang iaitu dari undian 9 dari 13 negerinya akan tumbang kerana parti pemerintahnya tidak berjiwa rakyat dan bukan parti berkebajikan. Hutangnya sejumlah USD 165 billion! Naya laa parti baru yang memerintah nanti untuk menyelesaikan masalah yang menimpa.
Seperti mana sama dengan negara Malaysia parti pemerintah tidak peka keperitan hidup rakyat yang mana akan menaikan harga petrol bagi menambahkan beban kepada seluruh rakyat dan yang terbahana sekali adalah yang tinggal dikota. Di suruh berjimat? sekarang ni belum naik harga petrol pun sememangnya dah berjimat cermat!! Apa kata tarik dulu subsidi yang diberikan kepada IPP yang mana boleh menjimatkan sejumlah 19 billion setahun wang negara! subsidi ini hanyalah untuk 4 5 kerat kroni sahaja sedangkan rakyat sejumlah 27 juta! wake up PM!!! Pengampu Media tolong jangan mengampu terlalu lebih kerana anda juga terlibat sama dalam kenaikan ini yaa, Ingat!
Untuk makluman, pengguna di Negara China telahpun melebihi pengguna negara India dalam penggunaan emas ini dan ini pastinya akan memberika nilai syiling baru harga bagi emas nanti.
0 comments:
Post a Comment