Kenapa harga boleh jadi begini ya? Sedangkan kerajaan umumkan bahawa semua kenaikan bagi minyak ron95, gas dan minyak masak tidak dinaikkan?
Jawapannya adalah pasaran saham tidak yakin dengan pengumuman ini. Saya ulang lagi bukan rakyat tetapi pasaran saham tidak yakin dengan pengumuman ini. Part ini tidak dinaikkan adalah kerana Belum Pilihanraya lagi jika lepas pilihanraya nanti maka tunggulah PASTI ia akan dinaikkan! Jika dinaikkan sekarang, Undi Parti Pemerintah akan merosot dengan mendadak.
Berita kabinet yang meluluskan harga elektrik dinaikkan pula menampakkan adalah teramat berat sebelah dan menyedihkan kerana IPP sejumlah 19 syarikat masih diberi subsidi sejumlah RM 22 Billion! sebaliknya rakyat diminta membayar harga kenaikkan elektrik pula!
Inilah antara sebabnya harga emas terus melambung tinggi! kepada yang memiliki emas pula sekarang adalah masa yang terbaik untuk kontrakan surat pajak anda dan mendapat pulangan tambahan kemudian dengan duit itu anda beli lagi emas. Kepada yang teringin menjual pula sekarang adalah masanya.
Projection Minggu Depan 30 Mei 3 Mei
Pasaran dunia sekarang lebih berhati-hati (risau) akan keadaan fisikal negara Greece. Berkemungkinan besar next funding dari IMF dan eropah tidak akan diteruskan, maksudnya Greece akan tumbang untuk dilapah beramai-ramai...
Pelabur dunia juga meramalkan harga emas akan menurun sedikit minggu depan berikutan krisis hutang negara eropah.
Bagaimana ini berlaku? selalunya jika negara-negara yang bergantung kepada dolar mengalami krisis kewangan maka secara automatisnya jumlah dolar akan dinaikkan dan ini akan memberikan tekanan kepada harga emas. Walaupun begitu kaedah ini tidak akan bertahan lama kerana kerapuhan nilai dolar itu sendiri yang dagangkan. Jangka masa panjang dolar PASTI akan hancur!
Negara China juga sudah mula memperlahankan ekonomi mereka.
Bagi yang belum memiliki emas bersegeralah menyimpannya.
0 comments:
Post a Comment