Party Items n Toys for your love one

Membeli Surat Pajak dan Emas Terpakai

Saya memahami tidak ramai yang memiliki sejumlah wang untuk terus menjadi agen emas ai Love Gold . Oleh yang sedemikian jadilah sub agen dengan group ai Love Gold dengan mendapat potongan RM bagi setiap gram emas yang dibeli dan mendapat RM bagi setiap gram yang dibeli oleh pihak lain dari nilai semasa belian emas. call/ sms segera.

Harga jualan lebih rendah dari harga pasaran bagi rantai tangan dan rantai leher emas 999 24k, gold bar GCP (999), pam suisse (999.9) dan 1 dinar 999.9 24k begitu juga belian semula lebih tinggi dari harga pasaran.

Saje terfikir pasal emas nih!!!

Sorry bahasa jalanan...

yupp... belian emas x merugikan sebab emas tu store value. kat sini aku nak betulkan pendapat yang kata harga emas akan naik... & kalau jual leh untung... salah persepsi ni sebab hakikat nyer harga emas x naik / turun..... sebab harga emas x terpengaruh ngan inflasi/ speculation.

Tapi dengan keadaan ekonomi dunia seperti sekarang inilah yag menyebabkan peningkatan harga emas yang mana membolehkan keuntungan diperolehi dalam sekitar 27% kenaikan setiap tahun. Ini adalah amat baik beikutan wang fiat yang langsung tidak menunjukkan kenaikan terutama di malaysia malah semakin hari semakin susut nilai!!!

emas cuma store value against other comodity. Contoh.. sekarang harga 1 gram emas lebih kurang 150... pada zaman ni, dgn 1 gram emas tu kita leh beli 3 kampit beras siam wangi (1 kampit -10kg dlm RM50.00).... 10 tahun akan datang, mungkin masa tu 1 gram emas, 1500/-... memang kenaikan 10 kali ganda... tapi HAKIKAT NYER, masa tu 1 gram emas tu tetap leh beli 3 kampit beras. kenapa??? sebab harga beras tu open to speculation & inflation. Masa tu mungkin sekampit beras leh cecah sampai 500 sekampit!!! Lagi satu contoh... kalau dulu, dengan 1 keping dinar emas, boleh beli kambing seekor, masa sekarang, dengan 1 keping Dinar Emas tu jugak boleh dapat seekor kambing!!!

Balik pada isu keruntuhan financial market. Actually keruntuhan financial market ini mmg dah di jangka sejak nilai matawang tidak lagi di sandarkan pada rezab emas. Hal ini berlaku sejak 1988, kalau x silap aku di mana US telah mempelopori langkah mencetak kertas. Sejak itu, mana2 Federal Reserve cuma print kertas yg di terima pakai semua pihak sebagai satu instrumen yg mempunyai kuasa membeli. Nilai kertas ini disandarkan pada kedudukan ekinomi sesebuah negara. Sebab tu nilai Korea Won jatuh merudum masa krisis kewangan 97.

sumer org speculate kata economic cycle dunia ni akan berlaku setiap 10 tahun. Tapi kalau kiter lihat kebelakang, katakan kalau kiter amik 1997 sebagai point of reference, kita akan dapati SEBENARNYER economic cycle ni mengambil masa 14 tahun utk complete 1 Cycle di mana setiap 7 tahun akan berubah... Seperti dalam riwayat Nabi Yusoff AS menafsir mimpi di mana 7 tahun makmur dan 7 tahun kemarau....

di sebabkan 1997 adalah tahun kemelesetan ekonomi yg paling hampir ngan kita, elok laaa kita jadikan tu sebagai our point of reference. kalau kita imbau 7 tahun kebelakang 1997 iaitu antara 1989-1996, waktu ini adalah waktu yg cukup makmur buat semua org. Kita imbau lagi 7 tahun ke belakang dan kita akan melalui era 1982-1988. Aku rasa, bagi yg berumur lebih dari 30 akan ingat lagi dalam period ni sumer org susah nak carik makan.... begitulah seterusnyer kalau kiter imbau terus2an ke belakang....

Looking forward, 1997-2003, masa ni leh laaa kita anggap sebagai zaman recession. (recession merujuk kepada kejatuhan ekonomi sesebuah negara melebihi 2 Suku kewangan) So, maknanyer bermula dari 2004 hingga 2010, kita sebenarnyer dalam keadaan makmur... So assumption kata 2011 ekonomi akan jatuh lebih teruk tu, ader kemungkinan akan berlaku!!!

oleh itu sebagai persediaan, kumpul laa emas setakat termampu... JANGAN bukak akaun emas kat Maybank atau Public Bank. Sebab kalau bukak akaun emas, tiada emas fizikal, cuma nilai nyer sahaja... Pastikan beli emas 999 dalam bentuk syiling seperti Public Gold coin atau wafer, ader dalam sukatan 20gm, 50gm, 100gm & 1kg.

Kalau x dapat emas, Tanah juga satu komoditi yg berguna... cuma aper2 hal pun, Sediakan payung sebelum hujan... kalau ader wang beribu kat bank pun tak guna nyer kalau nilai matawang tu jatuh... Masa zaman the Great Depression, org guna duit utk di bakar sebagai bahan pemanas badan di musim sejuk!!!!

Masalah di Malaysia mengenai emas adalah owner kedai emas x bersikap adil... Emas 999 susah nak jual kalau kita pegi kedai emas. Tokey emas cuma berani offer 60% dari harga market emas... siap kata kena tolak cukai laaa... konon x laku laaa... Come on laaaa.... korang ni sajer jer nak untung lebih!!!

Emas 999 adalah 99.99% pure gold... kalau kedai emas amik, depa akan cairkan campur ngan bahan lengai utk wat jewelery... tu yg jadik emas 913 dan segala bagai... makna nyer 91.3% saja emas, 8.7% adalah bahan lengai... makna nyer kalau tokey emas dapat emas 999, biler cairkan, baper banyak lebihan yg dier ader lepas campur bahan lengai tu??? x kan macam tu pun nak bayar 60% from actual gold value??? dah lah nak bayar 60% jer... siap nak tolak cukai lagi.... dah untung lagi mau untung ??? kalau kat India, emas 999 harga x jatuh walau satu sen pun!!! tu delimma kalau nak simpan emas nih!!!

0 comments:

Post a Comment