Party Items n Toys for your love one

Membeli Surat Pajak dan Emas Terpakai

Saya memahami tidak ramai yang memiliki sejumlah wang untuk terus menjadi agen emas ai Love Gold . Oleh yang sedemikian jadilah sub agen dengan group ai Love Gold dengan mendapat potongan RM bagi setiap gram emas yang dibeli dan mendapat RM bagi setiap gram yang dibeli oleh pihak lain dari nilai semasa belian emas. call/ sms segera.

Harga jualan lebih rendah dari harga pasaran bagi rantai tangan dan rantai leher emas 999 24k, gold bar GCP (999), pam suisse (999.9) dan 1 dinar 999.9 24k begitu juga belian semula lebih tinggi dari harga pasaran.

Ekonomi ekonomi ekonomi... aduhai. Bersediakah kita?

Pemandangan satu pasaraya dikota London setelah dijarah penduduk sekitar

Bursa Malaysia sedang mengalami susut RM91 bilion dalam tempoh lapan hari lalu.

Kedudukan panik kini sedang melanda seluruh dunia khasnya Eropah dan Amerika.

Kota London, England berdepan dengan krisis dan huruhara dengan rusuhan merebak ke seluruh kota lain sekarang yang bermula dengan protes kecil Sabtu lalu apabila seorang remaja kulit hitam ditembak mati.

Sementara itu Indeks FTSE London sudah jatuh RM245 bilion sejak seminggu lalu manakala Indeks Dow Jones di Amerika Syarikat jatuh 4.1 peratus dalam masa 10 hari, kejatuhan terbesar sejak tahun 2008.

Ekoran itu, mata wang Euro di Eropah jatuh dengan mendadak dan hampir lumpuh.

Pasaran saham Asia juga merudum sejak beberapa hari ini termasuk di Tokyo, Taipei, Shanghai dan juga Sydney.

"Apabila kemelesetan berlaku kepada gergasi ekonomi dunia iaitu Amerika, ia akan membawa kemelesetan ke seluruh dunia," kata Dr Dzulkefly anggota Parlimen Kuala Selangor.

Menurut beliau, suasana ini akan mencetus satu krisis kewangan dan kemelut ekonomi yang telah masuk ke kemelesetan kedua sejak 2008 (double-dip recession).

Ini bakal ditambah-buruk lagi apabila harga komoditi makanan beras, gandum, gula terus meningkat akibat permintaan yang tinggi dan bekalan yang merosot akibat ketidaktentuan cuaca semasa.

Namun tekanan inflasi yang sudah hampir ke paras 4 peratus sekarang ini dengan CPI (Indek harga pengguna) bulan Jun mencecah paras 3.5 peratus. Program rasionalisasi subsidi dalam perkara asas keperluan bahan bakar - minyak, diesel dan gas, sangat tidak membantu Najib dalam memenangi sokongan rakyat teramai, sementara monopoli dan pengepungan pasaran terus berlaku akibat permit diberikan kepada kroni tertentu!

Jadi nasihat saya pada semua tahun ini jangan terlalu ghairah berbelanja untuk raya aidilfitri tapi lebih berjimat cermat dan cuba berbelanja kepada keperluan penting sahaja. Simpan stok makanan semasa mampu beli seperti beras gula dan gandum kerana harga barang pasti akan melambung tinggi semasa Inflasi dunia nanti.

Malaysia macam mana? adakah akan terlibat?

Jawapannya pasti akan terbahana kecuali kerajaan jual baki rezab emas negara 34 tan tu kemudian kata Malaysia tidak terjejas!!! OMG! Wake Up People!

0 comments:

Post a Comment