Party Items n Toys for your love one

Membeli Surat Pajak dan Emas Terpakai

Saya memahami tidak ramai yang memiliki sejumlah wang untuk terus menjadi agen emas ai Love Gold . Oleh yang sedemikian jadilah sub agen dengan group ai Love Gold dengan mendapat potongan RM bagi setiap gram emas yang dibeli dan mendapat RM bagi setiap gram yang dibeli oleh pihak lain dari nilai semasa belian emas. call/ sms segera.

Harga jualan lebih rendah dari harga pasaran bagi rantai tangan dan rantai leher emas 999 24k, gold bar GCP (999), pam suisse (999.9) dan 1 dinar 999.9 24k begitu juga belian semula lebih tinggi dari harga pasaran.

Keuntungan Jangka Pendek

Kelmarin saya dah jual 4 keping emas bar 20gm 999.9

Disini keuntungan saya adalah berganda ( 2 x). Ermm macam mana lak tu ye?

Ok saya sebagai ejen saya dapat diskaun 1.5% dari setiap harga belian saya iaitu semasa saya beli emas ni katakan harganya RM 2550/ 20gm x 4 keping = RM 10 200 - komisen 1.5% (RM 153)= Saya hanya perlu bayar 10 347. Belian pada bulan February 2010.

Harga semasa saya jual pula adalah sebanyak RM 2749 x 4 keping = RM 10 996.

Ingat saya beli awal-awal tadi berapa?

RM 10 200 harga beli
RM 10 996 harga jual

Untung = RM796 + komisen RM 153 = RM 949 untuk tempoh jangka 5 bulan sahaja. ok ke banyak ni?

Kita lihat semula harga belian asal RM 10 200. Berbalik pada keuntungan tadi kita jadikan dalam bentuk peratusan pula :-

RM 949/ RM 10 200 x 100% = 9.3% untuk 5 bulan.

Wow lebih tinggi dari ASB macam ni. ASB kena tunggu 12 bulan saya baru 4-5 bulan je. Kalau katakan 10 bulan pula kita darabkan 2 = 18.6% betul tak? dan mungkin akan lebih lagi..

Ini belum lagi saya pajakkan di Ar Rahnu.. rasanya capai 30% ++

Ada laa pula soalan kenapa saya jual awal? kenapa tak tunggu cukup hujung tahun?

Saya jawab ini antara strategi saya dan sudah tentu ada sebabnya kenapa... nak tahu call laa saya kita boleh cerita panjang...

0 comments

Skim Pelaburan Yang Menjanjikan Pulangan Bulanan

Semalam pagi-pagi lagi saya sudah dihubungi seorang kawan yang juga seorang Imam dari Masjid Kg Baru Kuala Lumpur.


Ermm bersolat di Masjid Kg Baru sememangnya menyeronokkan. Setiap solat fardhu pasti tidak kurang dari 6 saf penuh. Ruangan solat juga di imarakkan dengan ceramah agama atau tazkirah sebelum solat fardu berlangsung.


Saya sudah tentunya salah seorang pengunjung setia solat Jumaat di sana dan sesekali solat zohor pula. Masjidnya memang berorientasikan maklumat terkini sebagai contoh disini terdapat Mesin Derma Elektronik (kreditkad/ debit), Terdapat kedai-kedai dalam kawasan masjid. Ermm memang best suasananya sungguh up todate berbanding masjid kat rumah saya di Kajang. Suram kelam dan lembab kerana pentadbirnya gila kedudukan dan jawatan tapi tanggungjawab tak pernah nak dilaksanakan!!!

Berbalik kepada Imam tadi kata nak ajak saya jumpa 'kawan' (agen tipu) dia untuk perkenalkan skim emas pelaburan dengan pulangan setiap bulan dengan sekian-sekian jumlahnya.

Adoii ada lagi kes ini macam, ingat dah takde dan ada juga juga yang melabur besar untuk apa? Cepat Kaya laa apa lagi!!! Macam biasa laa dah kena tipu duit beribu dah habis baru nak menyesal dan duit tu pula adalah pinjaman dari institusi berdaftar maka masalah tak selesai juga kerana hutang belum habis bayar huhuhu nasih tak pinjam along kalau tak naya laa hang!!!. Ada ke kalau kita beli barang tapi tak dapat barang lepastu dapat untuk keuntungan setiap bulan??? kalau barang murah2 takpe laa ni EMAS bang!! kurang lebih kena labur RM 5000.00 adui banyak duit tu!!!

Kena ingat laa mana boleh beri keuntungan segera selain merompak atau menipu???!! Nak masuk MLM kang takut terlepas cakap yang bohong 'kununnya' barangan dijual bagus In The World. So nak lariskan jualan dan nak kaya cepat supaya boleh naik jadi Silver ke, Diamond ke, macam-macam lagi laa title yang mana keuntungan atas hasil keringat orang bawahan 'Downline' (prinsip MLM). Kalau 'Downline' rajin buat kerja yang diatas sekadar maintain jee point bulanan dah boleh jadi JUTAWAN!!. Tapi halalkah cara ni???

Jadi kesimpulan yang mudah bagi yang tidak pandai nak berniaga tapi nak berniaga maka jual laa emas macam saya hehehe... tak payah explain panjang semua tau apa itu emas!!!

0 comments

Kenaikan Harga Emas Semasa Sehingga 5.6.2010

Ermm agak lama saya tidak menulis di ruangan blog saya ni kerana kesuntukan masa untuk diperuntukan.

Kebelakangan ni dunia agak tidak stabil dengan masalah Greece kemudianya yang terbaru Israel menggunakan 'keiblisannya untuk membunuh sesuka hati'. Memang mereka bangsa yang tidak berhati perut.

Akibat ketidak stabilan dunia dengan Negara Sepanyol akan berkemungkinan akan menyusul merudum, secara relatifnya berita baik bagi pelabur emas. Harga emas mula menampakkan peningkatannya setelah agak lama (4-5 bulan) yang berposisikan hampir PAR atau tidak bergerak-gerak.

Impak kepada ini adalah survival bagi pelabur Hard Core yang memajakkan emas mereka dibank-bank atau Ar Rahnu. Kenapa? Tak balik modal lagi malah ditambah pula perlu menjelaskan bayaran upah simpan. Masa semakin suntuk untuk menebus kembali emas yang dipajak.

Apa yang perlu dibuat? Saya akan melanjutkan tempoh pajakan emas2 saya yang berada di bank selama 3 bulan lagi. Memandangkan hari raya aidilfitri sudah dekat, harga emas pasti akan naik lagi.

Sebelum raya pasti saya boleh buat keuntungan lagi...

0 comments