Party Items n Toys for your love one

Membeli Surat Pajak dan Emas Terpakai

Saya memahami tidak ramai yang memiliki sejumlah wang untuk terus menjadi agen emas ai Love Gold . Oleh yang sedemikian jadilah sub agen dengan group ai Love Gold dengan mendapat potongan RM bagi setiap gram emas yang dibeli dan mendapat RM bagi setiap gram yang dibeli oleh pihak lain dari nilai semasa belian emas. call/ sms segera.

Harga jualan lebih rendah dari harga pasaran bagi rantai tangan dan rantai leher emas 999 24k, gold bar GCP (999), pam suisse (999.9) dan 1 dinar 999.9 24k begitu juga belian semula lebih tinggi dari harga pasaran.

Harga Emas Terendah /Lower Peak


Gold Price
Close Today : 1368.10
Change : 7.70 or 0.6%

Silver Price Close Today : 28.910
Change : 0.592 cents or 2.1%

Gold Silver Ratio

Today : 47.32
Change : -0.717 or -1.5%

Silver Gold Ratio Today : 0.02113
Change : 0.000316 or 1.5%

S&P 500 : 1,295.02
Change : 1.78 or 0.1%

Dow In GOLD$ : $178.87
Change : $ (0.23) or -0.1%

Dow in GOLD oz : 8.653
Change : -0.011 or -0.1%

Dow in SILVER oz : 409.48
Change : 1.67 or 0.4%

Dow Industrial : 11,837.93
Change : 50.55 or 0.4%

US Dollar Index : 79.00
Change : -3.334 or -4.0%

Jadual diatas dipetik dari gold.org

Hari ini harga emas dan perak telah mencecah aras paling bawah Bollinger Band (nanti saya terangkan apa itu Bollinger Band ni poneng skit laa )

Ini adalah bahasa teknikal yang mana ia mengukur turun naik emas terhadap pasaran. Jika graf menaik maka bands juga menyebar / spread. Begitu juga vice versa kerana Bollinger bands adalah terdiri dari 2 standard deviations untuk 20 DMA keatas dan 20 DMA kebawah.

Ah sudah ada DMA lak pulak tambah pening laa anda semua kan, takpe saya saje nak cerita bagi anda ilmu sedikit sebanyak. DMA ini anda boleh rujuk pada graph yang saya lampirkan diatas yang mana ia adalah mean untuk Bollinger Band yang di smoothkan. Garis curveture merah dan biru.

Untuk pengetahuan anda kebiasaannya pada rujukan inilah harga emas ditetapkan dan sedikit tambahan bagi syarikat yang menjual emas secara harga harian seperti GCP atau Public Gold. Kalau harga emas kedai? Lagi laa mereka untuk berganda2 kerana harga mereka mungkin seminggu sekali baru bertukar, tambahan pula ada lak penolakan/ penambahan kos upah menjadikan ia spread 20%- 35% fuh!! Saya nak buka kedai emas juga lah macam nih hehehe…

Ok balik semula ke pada teknikal, emas kekal dibawah 50 DMA (USD 1,383), dan Silver diatas 50 DMA (2849c). Pasaran juga tidak beberapa bersemangat. Comex ( Pasaran Emas) pula menutup ke tahap USD 1,368.10 spike tertinggi tadi sekitar awal pagi semasa pembukaan di New York dan menunjukkan resistant menaik disana. Macam manapun setelah menurun ke paras USD 1,363.80. Pada awal januari lebih kurang 7 hb lepas emas menurun USD 1,355 dan sehingga akhir minggu lepas graph menunjukkan spike Double Bottom.

Bahasa lainnya emas sedang menurun sekarang dan tercari-cari resistant untuk naik semula dan kemudian bye bye harga terendah. Maksudnya sekarang ni tempoh yang terendah untuk harga emas sebelum melonjak ke harga baru memandangkan perayaan Chinese New Year dah dekat, ia akan start kick off. 2 minggu tempoh dari harga Double Bottom adalah mencukupi untuk pembetulan harga emas terendah. Saya merencanakan 7hb + 14 hari = 21hb = Jumaat adalah hari terendah. Tapi ini jangkaan sahaja mungkin 80% je tepat. Garis lurus merah graph 1.

Sebaliknya bagi peminat silver macam saya harganya telah melompat melepasi syiling 2906c hari ini tapi berkelompok dan masih bawah 29 mata. Namun Relative Strength Indicator (RSI) menunjuk masih neutral, sementara MACD menunjukkan kejatuhan. Pendapat saya harga silver akan ada 2 ke 3 kali lagi untuk turun naik sebelum mencapai sasaran resistant terakhir, kemudian akan naik semula ke bulan…

Dollar Index menurun ke 33.4 lebih dari titik asas (0.43%) ke 79.003, mungkin akan cecah 78.50. Jangan terpeeranjat Dollar akan naik semula esok

Euro pula sedikit ada baik hehe purata pada (1.3329) dan tutup 1.3380. Dow pula menokak ke 50.55 menjadi 11,837.93 dan S&P naik 1.78 ke 1,295.02 kalau anda main saham ini macam menarik tetapi hati2 kerana ia juga sedang mencari arasnya untuk digapai sebelum tenggelam hehehe agaknye laa sebab Eropah pon sekarang ni tengah sesak nak karam. Dalam list Sepanyol dah capai 37% Inflasi, Portugal dah join geng sesak… Iceland? Dah lingkup lama dah sekarang tengah lelong, anda nak beli boleh laa letak harga Iceland lepas tu leh jadi raja zaman moden sebab Iceland anda punya hahaha

Apa pun rujukan saya adalah untuk kadaran jangka masa pendek dan ada melaburlah mengikut primaray trend dan emas adalah primary trend dan sedang menaik sebenarnya. Takperlu tunggu sangat pasal harga ni asal beli je dulu. analisa saya adalah tidak terlalu detail dan 100% tepat tapi boleh laa kalau nak jadikan panduan.


0 comments:

Post a Comment