Merujuk kepada komen-komen pakar emas seluruh dunia, harga emas berkemungkinan besar akan mengalami kenaikan lagi minggu depan 22-26 Ogos 2011
Ini berlaku kerana orang ramai mencari simpanan safe-haven untuk wang/ harta mereka kerana kerisauan keatas sistem bank eropah yang mengalami kegoncangan buat masa ini.
Pada minggu hadapan International Monetary Fund (IMF), Kesatuan Eropah dan Bank Cetral Eropah akan melawat Greece bagi menilai progres keberkesanan pinjaman yang telah diberikan dan penilaian ini akan menentukan pakej pinjaman kedua untuk Greek berikutnya.
Saya ingin sentuh sedikit disini iaitu adalah ramai di kalangan kita yang membeli emas tidak tahu kenapa mereka beli emas ni. Ini adalah sesuatu simtom klasik yang menyebabkan bubble dalam emas ni. Jadi berkemungkinan emas mereka akan berada dalam kawasan merbahaya.Apa maksudnya? Buat masa terdekat adalah nampak seolah-olah emas meningkat melangit sehingga mencapai harga USD 2,400 /ounce tahun hadapan! kerana pelabur mencari sandaran bagi menghadapi masalah ekonomi dunia ini.
Namun berkemungkinan besar harga emas akan turun/ dalam pembetulan harga sehingga 8% iaitu mencapai harga USD 1,725.00/ounce bulan depan dan kemudian akan naik semula. Ini adalah masa terbaik untuk pembeli yang masih berkira-kira untuk membeli emas sebagai pelaburan. Penyataan ini adalah merujuk kepada Jeffry Rhodes seorang ketua dan pakar dalam barang benilai tinggi ini.
0 comments:
Post a Comment