Membeli Surat Pajak dan Emas Terpakai
Harga jualan lebih rendah dari harga pasaran bagi rantai tangan dan rantai leher emas 999 24k, gold bar GCP (999), pam suisse (999.9) dan 1 dinar 999.9 24k begitu juga belian semula lebih tinggi dari harga pasaran.
Emas Sebagai Pelindung Nilai
Posted by Khairil Izwan Ahmad ArshadTidak Ada Counterparty Risk Dalam Emas.
Ketika Anda memegang Emas, Anda memegang Tangible Asset yang tidak tergantung pada orang lain. Tangible Asset dalam genggaman Anda ini menjadi semakin penting pada saat krisis kewangan melanda. Tanyakan pada orang yang menyimpan duit mereka di Lehman Brothers (Amerika) misalnya. Juga pada orang yang mengalami krisis kewangan yang serius di negaranya, maka Anda akan tahu betapa pentingnya Tangible Asset berupa Emas ini.
Konsistensi Daya Beli
Katakanlah harga Emas turun menjadi US$ 500/troy oz dua tahun lagi, pastilah harga komoditi yang lain seperti gandum, minyak, dsb juga ikut turun. Statistik berabad-abad (dalam Islam sudah terbukti lebih dari 14 abad) menunjukkan adanya salingkaitan yang nyata antara harga Emas dengan harga komoditi-komoditi yang menjadi keperluan manusia. Jadi seandainya harga Emas turun, Anda juga tidak mengalami penurunan dalam kemakmuran Anda, karana Anda akan tetap dapat membeli barang-barang keperluan Anda dengan jumlah Emas yang sama.
Tidak Bergantung Pada Keputusan Pemerintah
Beza dengan wang Kertas yang nilainya bergantung pada keputusan pemerintah dan birokrat negara masing-masing, Emas nilainya sama sekali tidak bergantung dengan mereka. Dengan memegang Emas, Anda tidak perlu merasa risau terhadap Pemerintah Anda tentang bunga dan sejenisnya.
Asset Yang Berada Di Luar Sistem Perbankan
Dengan Emas Anda berkesempatan untuk memiliki aset yang di luar pengaruh sistem perbankan sama sekali!!!. Kita tahu bahawa perbankan di seluruh dunia tanpa terkecuali negara maju sekalipun selalu dihantui krisis dari masa ke semasa. Tetapi dengan Emas Anda akan terbebas dari pusaran krisis perbankan yang selalunya muncul dengan kerap dan di mana saja. Paling tidak ada akan selamat dari manusia seperti George Soros (George the jungle hahaha)
Labels: Artikel 0 comments
Majlis Pelancaran Public Silver dan Public Jewellery
Posted by Khairil Izwan Ahmad ArshadTarikh : 28 Februari 2010 (Ahad)
Masa : 2.00 petang - 6.00 petang
Tempat : Dewan Sri Seroja, Jalan Diplomatik 2, Presint 15, Presint Diplomatik, Putrajaya
Bayaran: FREE, makanan dan minuman disediakan.
Produk terbaru ini adalah produk barang kemas yang mana akan dijual pada harga emas semasa tanpa upah "workmanship". Peragaan barang kemas ini akan diperagakan oleh Duta Public Jewellery iaitu Diana Danielle
Memandangkan tempat duduk adalah terhad, anda perlu membuat tempahan untuk hadir ke majlis pelancaran ini.
--
Untuk tempahan sila hubungi:
--
- Katrina/Carmen: 03-5634 8999.
- Denise/ Cyrene: 04-2619 999.
- Cheryl / Kay: 04-6449 999
Labels: News 0 comments
Canadian Olympic gold coins 'to be part of permanent display'
Posted by Khairil Izwan Ahmad ArshadA collection of commemorative coins - including some gold items - designed in celebration of the 2010 Winter Olympics in Vancouver, Canada are set to go on permanent display in Switzerland.
---
The coins - which include the entire Vancouver 2010 circulation collection, as well as the Gold Maple Leaf bullion coin designed specifically for the event - were presented by Royal Canadian Mint chief executive officer and president Ian Bennett to Jacques Rogge, president of the International Olympic Committee.
---
All the coins presented during the special ceremony will be showcased at the Olympic Museum in Lausanne, Switzerland on a permanent basis.
---
"We are honoured to be a part of the historic Olympic Museum and it is our hope that people from around the world will treasure these elegant reminders of the mint's celebration of an exceptional moment in Canadian sporting history," Mr Bennett commented.
---
According to the Swiss tourism department, the museum is the largest information centre in the world relating to the Olympic games.
---
From May to September, it is open every day, while in the off-peak months from October to April, the facility is closed on Mondays.
Labels: News 0 comments
The most expensive gold coin in the world
Posted by Khairil Izwan Ahmad ArshadLabels: Artikel 0 comments
How much gold is there in the world?
Posted by Khairil Izwan Ahmad ArshadLabels: Q n A 0 comments
How does mining impact the government revenue of countries where gold is mined?
Posted by Khairil Izwan Ahmad Arshad---
Broadening the domestic tax base by bringing other activities within the scope of taxation, while desirable, is often administratively impracticable. Additional revenue from mining royalties and taxes can therefore be particularly beneficial. Occasionally governments take a direct stake in mining developments. This is the case for Mali, for example, where the government has 20% ownership of gold mines
Labels: Q n A 0 comments
How can I tell if my jewellery is real gold?
Posted by Khairil Izwan Ahmad Arshad---
Bawa barang kemas anda atau emas anda ke lokasi kedai emas terdekat untuk mengetahuinya iaitu dengan cara menggunakan mesin timbang air yang berkeupayaan mengetahui ketumpatan emas anda cth 999.9, 916 dll dan berapa karat kategorinya.
Labels: Q n A 0 comments
How big is a tonne of gold?
Posted by Khairil Izwan Ahmad ArshadLabels: Q n A 0 comments
Does the demand for gold follow a seasonal pattern?
Posted by Khairil Izwan Ahmad Arshad- Western world: Christmas
- Islamic world: Eid Al Fitr at the end of Ramadan is a major gold giving occasion. Since the Islamic year is ten or eleven days shorter than the calendar year, the date of Ramadan moves each year. In 2006 the Eid Al Fitr was on October 23rd. Eid Al Adha (Feast of Sacrifice) takes place seventy days after the Eid Al Fitr and is also a significant gold-giving occasion. In 2006 Eid Al Adha fell on December 31st. Pilgrims going to Mecca and Medina may also buy gold; the main pilgrimage period, the Haj, culminates around the time of the Eid Al Adha.
- India: gold buying peaks during the wedding season and at the times of various festivals that vary from region to another. The biggest festival is Diwali, which usually falls in late October or November. The wedding season varies from region to region but is normally from November to May with a break from approximately mid-December to mid-January. In August, the two-week Shrad period is inauspicious for ceremonies associated with gold buying; every three years or so this is followed by an additional month (Adik Mas) which is also not a time for gold buying. (Exact dates vary since the Hindu calendar is a lunar one.)
- China and East Asia: Chinese New Year (last part of January or first half of February).
- Turkey: Demand is highest in the third quarter due to tourist purchases. The effect of a festival would normally show up earlier than the date in gold sales since people purchase in advance. Also, since data often represents retail or wholesale purchases demand may often reflect distributors stocking up for the season. The seasonal pattern does not affect price; it is well known in the gold markets and therefore discounted. There are many other factors in addition to demand which affect the price of gold.
Labels: Q n A 0 comments
Canada launches gold nugget package to honour first Olympic gold medal
Posted by Khairil Izwan Ahmad ArshadThe Royal Canadian Mint has launched a commemorative package to celebrate the country's first gold medal at the 2010 Winter Olympics in Vancouver which includes nuggets containing the metals used in the actual creation of the medals for the games.
---
Provided by Teck Resources, the nuggets have been released along with a special souvenir medallion designed by the mint in honour of the country's achievement in sport.
---
"The mint congratulates Alexandre Bilodeau for his unprecedented victory and all members of the Canadian Olympic team for their lifelong dedication to sport and for bringing the country together to watch each thrilling moment of the Vancouver 2010 Olympic games," commented minister of state Rob Merrifield.
---
A 22-c C$200 Olympic gold coin has also been minted in Canada to celebrate hosting the international event.
---
Bilodeu won the gold for his performance in the men's moguls freestyle on February 14th - becoming the first Canadian to win a gold medal in the event on home soil - and is set to be presented with one of the 2,010 limited-edition gold collectibles at a special presentation at the Royal Canadian Mint Pavilion within the coming days
Labels: News 0 comments
Gold Egg
Posted by Khairil Izwan Ahmad ArshadLabels: Thought 0 comments
US Invation on Iraq
Posted by Khairil Izwan Ahmad Arshad
By this time the only valuable things are only oil and gold. Iraq dinar? no value at all... that means all fiat money at this time not more than just a piece of paper only...
Labels: Thought 0 comments
Faktor Turun Naik Emas
Posted by Khairil Izwan Ahmad ArshadTidak ramai yang sedar akan pulangan yang lumayan daripada pelaburan emas. Cara yang baik untuk melabur emas ialah dengan membeli syiling emas atau emas keping selain barang kemas. Untuk makluman, suatu auns bersamaan dengan 31.10 gram. Bagaimana pun harga jualan emas di institusi kewangan berbeza-beza kerana harga emas bukannya sesuatu yang terkawal. Banyak kos perkhidmatan seperti insurans diambil kira oleh institusi-institusi ini. Syiling dan emas keping ini boleh diperolehi di bank-bank seperti Maybank dan OUB. Ada juga yang menggunakan buku pas seperti Public Bank atau Maybanktetapi pelanggan tidak menyimpan dan melihat emas sebenarnya hanya jumlah dan harga semasa pembelian dimasukkan ke dalam buku pas. Kini ada pembelian dan penjualan boleh juga dilakukan dengan Public Gold yang mempunyai agen di seluruh negara.
Kenaikan harga emas tertakluk lazimnya atas tiga faktor utama.
---
Pertama penyusutan nilai dolar Amerika. Apabila nilai dolar Amerika susut harga emas akan naik, apabila dolar Amerika stabil harga emas akan susut. Emas bertindak sebagai pelindung nilai menentang dolar Amerika. Pada masa ini dolar Amerika lemah dan menunjukkan tanda-tanda akan menjadi lebih lemah. Ada juga ura-ura negara Asia Barat dan China akan menggunakan mata wang lain selain dolar Amerika disebabkan kelemahan dolar Amerika ini. Walaupun peralihan kepada mata wang selain dolar Amerika (euro misalnya atau mata wang bentuk baru) bukan sesuatu yang boleh berlaku dengan segera, berita itu telah cukup untuk melonjakkan harga emas dunia.
---
Faktor kedua ialah harga emas akan naik selari dengan kadar inflasi. Apabila inflasi naik, harga emas akan naik selaras dengan inflasi. Dalam keadaan negara-negara di dunia termasuk kuasa-kuasa ekonomi besar menyuntik pakej rangsangan ekonomi dengan besar seperti AS$787 bilion pakej rangsangan Amerika Syarikat kesannya ialah peningkatan inflasi. Amerika hanya mengecap duitnya sesuka hati dan ini akan menyebabkan nilai duitnya akan turun.
---
Faktor ketiga ialah kenaikan harga petroleum akan menyebabkan harga emas naik selari dengan kenaikan kos penghasilan dan penghantaran barangan, jika harga petroleum jatuh. dijangka emas juga akan turun tetapi pada tahap minimum. Terdapat beberapa cara untuk melabur dalam bentuk emas dan diterangkan secara lengkap di dalam www.gold.org/value. Orang ramai boleh melabur secara langsung dengan membeli emas bulion (jongkong), syiling emas, dinar emas, atau secara tidak langsung melalui gold futures, options, waran atau sijil pelaburan. Salah satu cara paling popular dan cepat berkembang dalam sekuriti bursa di seluruh dunia yang dikenali dengan nama Gold ETF (Exchange Traded Fund). Antara bursa saham dunia yang menawarkan Gold ETF ialah di Australia, Amerika Syarikat, Perancis, Hong Kong, Jepun, Mexico, Afrika Selatan, Switzerland, Singapura, Turki dan United Kingdom. ETF ini dalam bentuk sekuriti dan disokong 100 peratus oleh emas secara fizikal. Pelaburan secara ini berkembang dengan pesat sehingga 38 peratus daripada pelaburan yang dikenal pasti terdiri daripada sekuriti bentuk ini. Di sini belum ada lagi Gold Emas ini diperdagangkan di bursa kita. Melihat pergolakan yang berlaku sekarang terutama sekali tergugatnya kedudukan Dolar Amerika ekoran krisis ekonomi yang berpunca di Amerika, daripada mereka dan merebak ke seluruh dunia. Orang ramai sudah tentu mencari sesuatu bentuk pelaburan yang lebih selamat daripada pergolakan harga.
---
Artikel oleh DATO’ SALLEH MAJID ialah bekas Presiden Bursa Saham Kuala Lumpur (kini Bursa Malaysia)
Labels: Artikel 0 comments
Benchmark (perbandingan) Harga Emas
Posted by Khairil Izwan Ahmad Arshad- Scotia Mocatta (salah satu bagian dari Bank of Nova Scotia)
- Barclays Capital
- Deutsche Bank
- Societe Generale (yang telah di gantikan oleh Johnson Matthey and CSFB bagi kerusi ke lima anggota london gold fix)
Grafik dibawah ini mewakili harga London Gold Fix (a.m) berdasarkan US Dollar, Great Britain Poundsterling, Euro sbagi 5 tahun terakhir.
Dibawah ini adalah statistik harga emas sejak tahun 1900 - 2005
Labels: Artikel 0 comments
Sejarah Emas di Dunia
Posted by Khairil Izwan Ahmad ArshadSejak dulu kita sering kali membaca artikel atau tulisan di internet ataupun di majalah tentang emas yang telah di pakai sejak berabad-abad lama nya, bahkan mungkin sejak beberapa millennium yang lalu. Berikut ini sejarah emas yang di mulai pada tahun 4000 Sebelum Masehi.
4000 Sebelum Masehi Sebuah kebudayaan yg berpusat di sebuah daerah yg pada ketika ini di sebut dengan Eropah Timur mulai menggunakan emas sebagai objek aksesoris & fashion. Kemungkinan besar emas tersebut berasal dari Transylvanian Alps atau mungkin juga berasal dari di daerah pegunungan Pangaion.
3000 Sebelum Masehi. Sebuah peradaban di iraq selatan menggunakan emas untuk menciptakan perhiasan yang sangat mengagumkan dan model perhiasan dari peradaban itu masih banyak di pakai sehingga sekarang.
2500 Sebelum Masehi. Raja Tomb of Djer di kuburkan bersama perhiasannya. Dia adalah raja pertama dari dinasti mesir di Abydos, Mesir.
1500 Sebelum Masehi. Daerah Nubia yang sangat kaya dengan kandungan emas membuat mesir menjadi negara yang sangat kaya setelah emas di kenal sebagai alat tukar untuk perdagangan internasional. Dimana standard unit di timur tengah pada waktu itu menggunakan coin emas shekel dengan berat 11.3 Gram. Shekel terbuat dari campuran logam 2/3 emas dan 1/3 perak yang disebut sebagai electrum.
1350 Sebelum Masehi. Babilon mula menggunakan api sebagai teknik untuk menguji ketulinan emas.
1200 Sebelum Masehi. Orang Mesir yang menguasai seni pembuatan emas memasukkan emas ke dalam daun untuk memperpanjang umur pakai nya, mereka juga mencampurkan emas dengan logam lain untuk meningkatkan kekerasan dan variasi warna emas yang di hasilkan (dengan campuran tertentu emas boleh merubah menjadi warna hijau, merah, ungu dll). Pada era ini mereka juga mulai menggunakan teknik lost wax dimana teknik lost wax ini masih menjadi jantung dari industri perhiasan. Kulit domba yang tidak dicukur mulai dipergunakan untuk memisahkan emas dari pasir sungai di timur laut, Laut Hitam. Setelah pasir dituang ke dalam kulit domba mereka lalu mengeringkan nya untuk mengeluarkan partikel emas. Teknik seperti ini menjadi inspirasi “Golden Fleece”
1091 Sebelum Masehi. Emas berbentuk kotak yang berukuran kecil mulai di gunakan di cina sebagai alat tukar yg sah (uang).
560 Sebelum Masehi Coin pertama yg dibuat dari emas murni di gali di Lydia sebuah kerajaan di Asia Minor.
344 Sebelum Masehi Raja Alexander melewati Hellespont bersama 40.000 prajurit dimana pada era ini dimulai penaklukan yang sangat besar dalam sejarah militer dan jumlah emas terbesar yang pernah di bawa dari kekaisaran Persia.
300 Sebelum Masehi Orang yunani dan yahudi di Alexandria kuno mulai mempraktikkan teknik kimia untuk memisahkan emas dari logam lainnya. Pencarian mencapai puncak dari akhir abad kegelapan melalui Renaissance.
202 Sebelum Masehi. Selama era Punic War dengan Carthage romawi mendapatkan banyak sekali akses perolehan emas di spanyol.
58 Sebelum Masehi. Setelah kemenangan ketenteraan di Gaul, Julius Caesar pulang dengan membawa emas yang jumlah nya sangat besar, sehingga dia boleh memberikan coin emas sebanyak 200 buah ke tiap prajurit nya dan membayar semua hutang-hutang Romawi.
50 Sebelum Masehi Romawi mulai mengeluarkan coin emas yang di namai Aures
476 Masehi Goth yang memecat Kaisar Augustus Romulas, menandai jatuhnya Kekaisaran Romawi.
699 Masehi Kekaisaran Byzantine melanjutkan projek penambangan di eropah tengah dan perancis, dimana area ini merupakan area penambangan emas yang tidak pernah di explorasi selama era kekaisaran romawi berkuasa.
814 Masehi Charlemagne menyerbu Avars dan merampas emas mereka dalam jumlah besar, yang membuatnya menjadi sangat berkuasa di eropah barat.
1066 Masehi Setelah terjadi nya penaklukan oleh Norman, standard mata wang logam akhirnya kembali diperakukan di Inggeris dengan diperkenalkannya sistem pounds, shillings, dan pence. Yang secara harfiah adalah Pounds bermaksud setengah kilo sterling silver.
1299 Masehi Marco Polo menulis jurnal dari perjalanan nya ke timur jauh (saat ini di sebut asia) dengan judul “gold wealth was almost unlimited.”
1284 Masehi Venice memperkenalkan Gold Ducat yang akhirnya menjadi Coin yang sangat terkenal di dunia dan terus menjadi sangat terkenal sampai lima abad setelah pelancarannya.
1284 Masehi. Great Britain mengeluarkan Coin emas utama untuk pertama kali, coin emas ini di beri nama Florin, yang seterusnya diikuti oleh pengeluaran coin bernama Noble, Angel, Crown dan Guinea.
1377 Masehi Great Britain merubah sistem kewangan mereka berdasarkan emas & perak.
1511 Masehi. Raja Ferdinand dari Sepanyol mengatakan kepada para penjelajah “jika boleh mendapatkan emas, tapi banyak bahaya untuk mendapatkan emas” yang akhir nya ekspedisi besar-besaran ke tanah yang baru di temukan di western hemisphere. Maka perkataan Gold Gospel dan Glory.
1556 Masehi Georgius Agricola menerbitkan buku yg berjudul De Re Metallica yang isinya menjelaskan proses pengujian emas menggunakan api yg biasa di gunakan di abad pertengahan.
1700 Masehi. Dengan dimenemukan cadangan deposit emas di brazil menjadikan brazil penghasil emas terbesar di dunia pada tahun 1720 dengan kapasiti produksi hampir mendekati 2/3 dari total kapasiti produksi seluruh dunia. Isaac Newton yang sebagai ketua pengangkutan menetapkan harga dalam satuan mata wang Great Britain sebesar 84 shillings 11,5 Pence per Troy ounce. The Royal Commission (Komission Kerajaan) yang terdiri dari Isaac Newton, John Locke, and Lord Somers memutuskan untuk menarik seluruh mata wang lama dan menerbitkan mata wang baru dari emas/perak dengan rasio 16:1. Dengan begitu harga emas pertama kali di didirikan pertama kali di Inggeris 200 tahun yang lalu.
1744 Masehi. Kebangkitan pertambangan emas di Rusia dimulai pada ketka ditemukan singkapan pasir pemerintah di Ekaterinburg pada tahun 1787. Coin Emas Amerika pertama kali di temukan oleh Ephraim Brasher yang berprofesi sebagai tukang emas.
1792 Masehi. Undang-undang mata wang logam Amerika Syarikat menetapkan standard bimetallic emas perak, dimana telah ditetapkan dolar AS setara dengan 24,75 gm emas grain dan 371,25 grain perak (1 grain = 0.0648 grams).
1799 Masehi. Gold Nugget seberat 17 Pon di temukan di Cabarus county, North Carolina yang mana penemuan ini merupakan penemuan emas yang pertama kali didokumentasikan.
1803 Masehi Penemuan emas di Little Meadow Creek, North Carolina yang memicu terjadi nya Gold Rush di Amerika untuk pertama kali nya.
1828 Masehi. North Carolina memasuk seluruh keperluan coin emas US Mint untuk skala domestik dengan peruntukan sebagai mata wang.
1816 Masehi Inggris secara rasmi mengikat pound sterling terhadap emas dengan kuantiti berat tertentu dimana mata wang inggeris dapat di gunakan sebagai nilai tukar.
1817 Masehi. Inggeris mulai memperkenalkan Sovereign iaitu sebuah koin emas berukuran kecil yang memiliki nilai setara 1 pound sterling.
1830 Masehi Heinrich G. Kuhn mengumumkan penemuan nya atas sebuah formula Fired on Glanz Gold.
1837 Masehi Berat emas dalam kesatuan US dolar di kurangi 23,22 grain sehingga nilai emas murni seberat 1 troy ounce emas akan setara dengan $ 20.67.
1848 Masehi John Marshall menemukan serpihan emas (gold flake) ketika sedang membangun sawmill milik John Sutter di dekat Sacramento, California. Penemuan John Marshall ini menyebabkan terjadinya Gold Rush di California.
1850 Masehi Edward Hammong Hargraves kembali ke Australia setelah perjalanan ke California, dia meramalkan akan dapat menemui emas di negara nya dalam waktu 1 minggu setelah kedatangannya. Dia menemukan emas di New South Wales seminggu setelah dia sampai di Australia.
1859 Masehi. Comstock Lode yg merupakan deposit perak pertama di amerika di temui di daerah yg pada ketika ini masih dikenali Virginia City, Nevada yang di dalam nya juga terkandung deposit emas.
1862 Masehi Latin Monetary Union ketetapan yang mengatur kadar, berat, ukuran dan nominal dari koin perak & koin emas negara Perancis, Italia, Belgia, Swiss, dan Yunani (pada tahun 1868) dan mewajibkan semua negara itu menerima koin emas & koin perak dari masing-masing negara tersebut sebagai alat pembayaran yang sah.
1868 Masehi George Harrison menemukan emas ketika menggali batu untuk membangun rumah, dimana emas tersebut ditemukan di Afrika Selatan, sejak saat itu sumber emas tersebut mendekati 40% dari total emas yg pernah di gali di Afrika Selatan.
1873 Masehi. Sebagai hasil dari perubahan undang-undang carigali dan koin, perak telah dihapuskan dari standard nilainya dan Amerika secara tidak resmi kembali ke standard emas.
1887 Masehi Hak Paten Inggeris dikeluarkan kepada John Steward MacArthur untuk penemuannya dalam proses recovery/pemurnian emas dengan menggunakan proses sianida. Proses sianida ini dapat menghasilkan emas sampai dua kali ganda dari jumlah produksi dunia sampai 20 tahun yang akan mendatang.
1896 MASEHIWilliam Jennings Bryan berpidato di konvensi nasional partai demokrat yang berjudul “cross of gold” dimana pidatonya ini berisi desakan agar kembali ke system bimetallism. Pidato ini menjadi kan Willian Jennings Bryan sebagai salah satu calon presiden dari parti democrat, tapi dia dikalahan pada saat Pilihanraya oleh William McKinley. (Dalam ilmu ekonomi Bimmetallism memiliki erti Standard kewangan yang mana nilai dari mata wang dalam system moneter sebuah negara di definiskan setara / senilai dengan sejumlah tertentu berat emas atau bisa juga setara / senilai dengan sejumlah tertentu berat perak.)
1898 MASEHI Dua orang pemancing ikan menemukan emas saat memancing di Klondike, Alaska yang menimbulkan gold rush di akhir abad ke 19.
1900 MASEHI Undang-undang Standart emas di Amerika Serikat menempatkan sistem ekonomi Amerika pada Standart emas, dengan komitmen bahawa Amerika akan mempertahankan nilai tukar mata wangnya terhadap negara lain berdasarkan Standard Emas.
1903 MASEHI Sebuah perusahaan bernama Engelhard memperkenal kan sistem untuk mencetak emas di atas permukaan sebuah objek. Ini pertama kali nya emas di gunakan sebagai dekorasi dengan menggunakan system ini dan Teknologi untuk Microcircuit Printing.
1913 MASEHI Undang-Undang bank sentral Amerika menetapkan bahwa USD akan di dukung dengan emas sebanyak 40%.
1919 MASEHI Standard emas di hentikan sementara oleh beberapa negara termasuk Amerika, Inggris selama perang dunia 1.
1927 MASEHI Penelitian bidang kedoktoran dalam skala besar yang dilakukan di Perancis membuktikan emas memiliki nilai yang sangat berharga dalam pemakaian nya untuk pengubatan / perawatan penyakit rheumatoid arthritis (Rheumatoid Arthritis (RA) merupakan penyakit autoimun [penyakit yang terjadi pada saat tubuh diserang oleh sistem kekebalan tubuhnya sendiri] yang mengakibatkan peradangan dalam waktu lama pada sendi. Penyakit ini menyerang persendian, biasanya mengenai banyak sendi, yang ditandai dengan radang pada membran sinovial dan struktur-struktur sendi serta atrofi otot dan penipisan tulang. Pada Gambar 1, ditunjukkan bahwa RA dapat mengakibatkan nyeri, kemerahan, bengkok dan panas di sekitar sendi. Berdasarkan studi, RA lebih banyak terjadi pada wanita dibandingkan pria dengan rasio kejadian 3 : 1.
1931 MASEHI Inggeris meninggalkan sistem emas standard logam mulia.
1933 MASEHI Untuk mengurangi kepanikan sektor perbankan, Presiden Amerika Franklin D. Roosevelt melarang warga negara Amerika memiliki koin emas, emas jongkong dan emas certificate.
1934 MASEHI Menindak lanjuti atas terjadi nya Great Depresion yang terjadi di Amerika pada tahun 1934 dan atas permintaan presiden Roosevelt akhir nya pada 30 Januari 1934 undang–undang Gold Reserve memberikan hak tetap atas semua yang berhubungan dengan emas dan penghentian produksi koin emas. Undang-undang ini juga mengizinkan sertifikat emas di pegang oleh Bank Sentral yang mana menempatkan standard moneter di Amerika pada standard logam emas. Dimana penarikan emas dalam satuan dollar hanya boleh dilakukan oleh Bank Sentral dan individu yang telah mengantongi surat izin untuk melakukan hal ini. Presiden Roosevelt mengurangi nilai dollar dengan cara menaikkan nilai emas menjadi $35/ounce.
1935 MASEHI Western Electric Alloy #1 (69% Emas, 25% Perak, 6% Platina) menemukan pemakaian material tersebut untuk di gunakan sebagai switching contacts peralatan telekomunikas milik AT&T. Tahun 1937 telah dibuka tempat penyimpanan logam mulai emas jongkong di Fort Knox, Kentucky.
1942 MASEHI Presiden Franklin D. Roosevelt Perpres yang isi nya menutup semua tambang emas yang berada di negara Amerika Syarikat.
1944 MASEHI Tahun 1945 DPR amerika meratifikasi perjanjian Bretton Woods, mendirikan standart tukar emas dan mendirikan dua lembaga internasional baru iaitu International Monetary Fund (IMF) dan World Bank (Bank Dunia)
1945 MASEHI Federal Reserve Note (FRN/Fiat Currency) yang di dukung oleh emas dikurangi sampai 25.5%
Sources:J. Aron/Goldman Sachs & CompanyGold Fields Minerals ServicesThe Gold Information CenterThe Gold Institute (former)The MentorThe Money EncyclopediaUnited States Bureau of MinesThe Egyptians, Cyril Aldred, 1961.Gold – An Illustrated History, Vincent Buranelli, 1979.The Story of Civilization, Will Durant, 1954.Life in Ancient Egypt, Adolf Erman, 1971.The Gold Companion, Timothy Green, 1993.World of Gold, Timothy Green, 1991.Love of Gold, Emily Hahn, 1980.Archaic & Classical Greek Coins, Colin N. Kraay, 1976.Gold Fever, Kenneth J. Kutz, 1987.Your Gold and Silver, Henry A. Merton, 1981.Gold Institute (former) website, 2004
Labels: History 0 comments
Diversify Pelaburan Anda
Posted by Khairil Izwan Ahmad ArshadSememangnya saya telah diversifiedkan semua duit saya kepada perkara2 yang dikategorikan sebagai pelaburan. Contohnya 60% dari pendapatan keseluruhan tetap saya melabur untuk Insuren Kesihatan, Public China Iktikal, Medical card dan koperasi Darussyifa yang mana pulangannya adalah 20% / annum. Membeli rumah juga satu pelaburan untuk jangka masa yang panjang. Rumah tidak kira yang bertanah atau tidak asalkan ada sudah memadai dan lebih baik kalau rumah itu terletak dalam kawasan yang strategik.
Sebagaimana pengguna kad kredit lain saya seorang pengguna aktif kad kredit dengan jumlah had kad yang maksimum setiap bulan . Adakah cara ini baik? Kalau anda ingin berhutang semberono ini adalah tindakan menjerut leher dan selangkah ke TITLE BANKRUP!!! Jangan gunakan kad kredit jika tidak dapat membayarnya kerana ANDA nanti akan tergolong dalam golongan PENGHUTANG dan PENYUMBANG duit 'Magic".
macam mana pula tu? MAGIC??!
Senang jee... Bank beri anda kad plastik yang murah nilainya. Anda pakai, duit masuk akaun bank. Duit ini yang saya maksudkan MAGIS!!! Anda beri bank duit instead of bank beri anda plastik keras!!! Murah hati anda kan!!!
Saya pula memang menggunakan kad semaksimum mungkin kerana saya mampu membayar sepenuhnya. Dari penggunaannya saya dapat nilai tambah bermacam2 perkara. Point saya bertambah, dapat tawaran melancong percuma, dan point itu saya tukarkan menjadi WANG semula secara tiba2 macam ANDA buat kepada bank! Berbeza bukan anda dengan saya.
Pelaburan lain yang saya terlibat adalah antaranya standard orang melayu A.S.B dan tabung Haji. Beberapa hari lepas Tabung Haji umumkan dividen sebanyak 5% setahun. Alahai sikitnya. ASB pula 7% KWSP 4.25%. Sebenarnya berapa % selayaknya saya dapat? Memang menyedihkan. Kalau macam ni laa pulangan saya perolehi dan berkadaran dengan simpanan bulan saya lambatlaa saya boleh menunaikan haji.
Emas. Berbalik kepada Emas simpanan anak saya. Pada satu hari bulan 12 2009, tiba2 saya dapat panggilan dari rakan lama saya seorang pakar insuren dan pelaburan. Beliau bertanya saya ada simpan emas tak? Then sudah tentulaa. So saya pun semak harga belian saya yang tidak sampai setahun itu. WOW! kenaikan 43%. Baru saya tersedar tentang satu lagi cabang pelaburan ini. EMAS!
Labels: History 0 comments
Bagaimana semuanya bermula??...
Posted by Khairil Izwan Ahmad ArshadHadiah dari hadirin atau tetamu berupa angpow menjangkau .RM .. k. Oleh yang demikian saya memikirkan kaedah terbaik untuk Putera saya ni. Ahmadinejad Syahmi nama diberi. So apa lagi kaji punya kaji selidik punya selidik saya diversifiedkan pelaburan kepada 2, emas dan public china ektikal public bank. Emas ?? mula beli rm 78/ gm sekarang??? huhuh.... Public china etikal pula? kenaikan hampir 200%.
Setahun kemudiannya saya buat 1st birthday party jemput kumpulan marhaban neneknya 1 bas panjang penuh!!. Biasa laa bapa business party items n toys http://aipartyntoys.blogspot.com/ meriah laa apa lagi. Nak pendekkan cerita dapat lagi collection hadiah dari uncle2 and aunt2, orang ramai, kawan2 mama n babah dia, menjangkau RM ....k so laburkan lagi ke bentuk emas. Emm... macam biasa beli dulu tak sampai RM100/ gm sekarang???
Labels: History 0 comments