Party Items n Toys for your love one

Membeli Surat Pajak dan Emas Terpakai

Saya memahami tidak ramai yang memiliki sejumlah wang untuk terus menjadi agen emas ai Love Gold . Oleh yang sedemikian jadilah sub agen dengan group ai Love Gold dengan mendapat potongan RM bagi setiap gram emas yang dibeli dan mendapat RM bagi setiap gram yang dibeli oleh pihak lain dari nilai semasa belian emas. call/ sms segera.

Harga jualan lebih rendah dari harga pasaran bagi rantai tangan dan rantai leher emas 999 24k, gold bar GCP (999), pam suisse (999.9) dan 1 dinar 999.9 24k begitu juga belian semula lebih tinggi dari harga pasaran.

Dinar Emas by Tun Mahathir

Dr. Mahathir Mohamad

1. Izinkan saya jelaskan pandangan saya terhadap kegunaan dinar emas yang saya cadangkan.

2. Saya telah cadang dinar emas digunakan untuk dagangan antarabangsa sahaja. Saya tidak pernah cadang dinar emas diguna sebagai matawang mana-mana negara untuk kegunaan harian.

3. Walaupun harga emas lebih stabil daripada matawang, tetapi nilai emas juga bergerak. Semasa Perjanjian Brettonwoods satu auns emas bernilai $35 Dolar Amerika. Tetapi sekarang satu auns emas bernilai $1,300 Dolar Amerika. Ini bermakna nilai Dolar telah jatuh degan teruk. Namun untuk dagangan antarabangsa Dolar masih diguna.

4. Jika satu syiling emas diberi nilai 1 Ringgit hari ini umpamanya dan kemudian nilai emas meningkat maka sudah tentu pemilik syiling emas tidak akan gunanya untuk membeli-belah dengan bernilai satu Ringgit. Mereka akan guna wang kertas 1 Ringgit. Syiling emas akan disimpan.

5. Lama kelamaan semua dinar emas yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa akan hilang dari pasaran. Walau banyak mana sekali pun pihak berkuasa mengeluar dinar emas akhirnya akan habis emas yang disimpan. Inilah yang berlaku pada Amerika Syarikat yang pada satu masa memiliki 80 peratus daripada simpanan (reserve) emas dunia.

6. Mekanisma yang lain akan diguna untuk dagangan antarabangsa dengan dinar emas. Simpanan matawang emas tidak perlu dalam bentuk syiling tetapi sebagai bata atau jongkong emas yang nilai-nilai akan mengikut harga emas dalam pasaran.

7. Bayaran untuk dagangan akan dibuat oleh bank pusat setelah dihitung nilai eksport dan nilai import antara dua negara. Jika import melebihi eksport maka negara berkenaan akan bayar dengan nota kredit bersamaan jumlah nilai emas sebanyak kelebihan nilai import tolak nilai eksport.

8. Jika pada bulan hadapan eksportnya ke negara berkenaan melebihi nilai import maka bayaran untuk kelebihan ini boleh dibuat dengan nota kredit bulan lepas.

9. Dengan cara ini tidak ada keperluan membayar dengan emas walaupun emas menentukan nilai barangan yang didagangkan. Hanya bayaran dibuat untuk lebih atau kurangnya eksport dengan import secara total dengan negara-negara berkenaan tiap bulan atau minggu. Jika nilai import adalah sama dengan eksport, bayaran tidak perlu dibuat. Ia menjadi dagangan secara barter (tukar barang).

10. Dengan menggunakan emas untuk menentukan nilai dagangan, Dolar Amerika yang jelas tidak stabil tidak perlu digunakan lagi. Permainan oleh penyangak matawang juga akan terhenti.


http://chedet.co.cc/chedetblog/2010/09/dinar-emas-1.html

0 comments

Promosi Raya !!!




0 comments

Asal Usul Thesury Bond

Asal usul tresury bond.

Katakan kita ambil imbangan dagangan antara China dengan US. Cina jual dan beli barang dari US. US jual dan beli barang dari China. Yuan dan USD saling bertukar tangan. Kira punya kira, net exchange menyebelahi China katakan USD 100billion setahun. Ini bermaksud US tak dapat Yuan China. China pula mengumpul USD sebagai reserve tukaran asing mereka. Setahun.. dua tahun .. tiga tahun USD semakin bertimbun dalam perbendaharaan China. Kalau biar macam ni habislah USD semua berpindah ke China sebab lebihan dagangan yang besar menyebelahi China.

Karajaan US perlu ambil balik USD tersebut. Secara idealnya ia boleh dicapai dengan menjual produk. Namun kita lihat perkembangan dagangan senantiasa menyebelah China. Ini bermaksud menjual barangan US di China tidak munkin dapat membawa kembali USD di China. Jadi apa lagi nak buat? Perang? Cetak USD lebih banyak lagi? Mungkin lebih demokratik jika USD menjual treasury bond. China yang memang tak memerlukan USD yang banyak akan lebih suka menyimpan bond jangka sederhana & panjang. Jadi China akan pulangkan USD 1 trillion dan perbendaharaan US akan menulis nota jaminan akan membayar balik sebanyak katakan USD 1.1 trillion sepuluh tahun dari sekarang. Tresury bond tu sebenarnya hutang kerajaan yang disandarkan kepada kedaulatan negara.

Untuk pengetahuan, Chinapun munkin tak mahu treasury bond US lagi. Macam mana kerajan US nak dapat duit nak jana ekonomi mereka? Melanun? Itulah yang mereka lakukan di Aghfanistan dan Iraq. It didn't work well. Next cetak USD banyak-banyak. itulah yang dilakukan oleh Pr GW Bush. Bush mencetak USD lebih banyak dari kesemua USD yang dicetak oleh bekas-bekas presiden US. Obama pula mencetak USD lebih banyak dari kesemua bekas2 presiden US termasuk Bush? What does it mean? USD crash point is very close. USD perlu dicetak dengan jumlah meningkat secara exponential. Ingat Presiden Mugabe? USpun dah ikut kaedah Mugabe kerana kaedah ini paling mudah. Kesan positif ekonomi boleh dirasa secara hampir serta-merta. Akan tetapi kesan negatif dimasa hadapan amat-amatlah menyakitkan.

China, Jepun, Arab Saudi dan lain-lain negara di dunia ni dah mula tunjukkan mereka hilang sabar dengan pentadbiran US yang mencetak USD sewenang-wenangnya..

Bijak pandai ada menyatakan " Salah satu kaedah untuk mengelakkan dari melapetaka bikinan "bubble economy" adalah jangan cipta "bubble" tersebut sejak dari awal lagi". Aku harap kerajaan 1Malaysia mengambil mesej ni secara serius kerana "there will be no bubble economy if we don't create it in the first place.

0 comments

Economic Chain Reaction

Kenaikan harga emas akan berlaku apabila pengguna kurang yakin kepada nota kertas samada bond atau mata wang. Mereka mencari safe heaven untuk kecairan mereka. Emas mempunyai nilai yang universal yang mana nilainya adalah kebal dari pengaruh kejatuhan nilai nota kertas.

Kegagalan sistem ekonomi Greece tu sebenarnya bayang-bayang kepada kegagalan sistem ekonomi antrabangsa. Sistem tersebut terlalu kompleks dan saling kait mengait. Banyak negara lain yang model ekonominya sama macam Greece ni sebenarnya. Keadaan bolehlah dianggap retak menanti belah...

Anda tengok format sistem tu gagal. Mula-mula sub prime di US. Lepas tu Lehman pula tersungkur. Lepas tu Greece. Next one probably the biggest one. USD crash. korporat yang gagal kerajaan bail. Kalau kerajaan US yang gagal ekonominya siapakah pula yang akan bail? Setakat ni China, Jepun, Korea, dll negara yang termasuk Malaysia bagi life support system dengan tidak melambakkan USD & bond perbendaharaan US. Jika mereka lakukan, USD jadi abu matawang dunia jadi arang. Kesemuanya dalam situasi kalah-kalah. USlah yang paling teruk terjejas. Namun berapa lama mereka akan support? China sudah mula membeli emas dalam masa yang sama mengurangkan reserve dalam USD.

Treasury bond ni macam duit juga. Cuma ia dalam bentuk nota jaminan kerajaan US yang bond tu mempunyai nilai sebagaimana ditulis di atasnya. Masalah besar dengan tresury bond adalah ia boleh dicairkan dengan mudah. Macam USD juga. Jumlahnya pula adalah hampir 30 kali lebih banyak dari USD dalam edaran. Kesan melambakkan tresury bond USD dalam pasaran macam pencarum bank mengeluarkan semua simpanan mereka dari sesebuah bank. Apakah yang berlaku kepada bank tersebut?

0 comments

Saje terfikir pasal emas nih!!!

Sorry bahasa jalanan...

yupp... belian emas x merugikan sebab emas tu store value. kat sini aku nak betulkan pendapat yang kata harga emas akan naik... & kalau jual leh untung... salah persepsi ni sebab hakikat nyer harga emas x naik / turun..... sebab harga emas x terpengaruh ngan inflasi/ speculation.

Tapi dengan keadaan ekonomi dunia seperti sekarang inilah yag menyebabkan peningkatan harga emas yang mana membolehkan keuntungan diperolehi dalam sekitar 27% kenaikan setiap tahun. Ini adalah amat baik beikutan wang fiat yang langsung tidak menunjukkan kenaikan terutama di malaysia malah semakin hari semakin susut nilai!!!

emas cuma store value against other comodity. Contoh.. sekarang harga 1 gram emas lebih kurang 150... pada zaman ni, dgn 1 gram emas tu kita leh beli 3 kampit beras siam wangi (1 kampit -10kg dlm RM50.00).... 10 tahun akan datang, mungkin masa tu 1 gram emas, 1500/-... memang kenaikan 10 kali ganda... tapi HAKIKAT NYER, masa tu 1 gram emas tu tetap leh beli 3 kampit beras. kenapa??? sebab harga beras tu open to speculation & inflation. Masa tu mungkin sekampit beras leh cecah sampai 500 sekampit!!! Lagi satu contoh... kalau dulu, dengan 1 keping dinar emas, boleh beli kambing seekor, masa sekarang, dengan 1 keping Dinar Emas tu jugak boleh dapat seekor kambing!!!

Balik pada isu keruntuhan financial market. Actually keruntuhan financial market ini mmg dah di jangka sejak nilai matawang tidak lagi di sandarkan pada rezab emas. Hal ini berlaku sejak 1988, kalau x silap aku di mana US telah mempelopori langkah mencetak kertas. Sejak itu, mana2 Federal Reserve cuma print kertas yg di terima pakai semua pihak sebagai satu instrumen yg mempunyai kuasa membeli. Nilai kertas ini disandarkan pada kedudukan ekinomi sesebuah negara. Sebab tu nilai Korea Won jatuh merudum masa krisis kewangan 97.

sumer org speculate kata economic cycle dunia ni akan berlaku setiap 10 tahun. Tapi kalau kiter lihat kebelakang, katakan kalau kiter amik 1997 sebagai point of reference, kita akan dapati SEBENARNYER economic cycle ni mengambil masa 14 tahun utk complete 1 Cycle di mana setiap 7 tahun akan berubah... Seperti dalam riwayat Nabi Yusoff AS menafsir mimpi di mana 7 tahun makmur dan 7 tahun kemarau....

di sebabkan 1997 adalah tahun kemelesetan ekonomi yg paling hampir ngan kita, elok laaa kita jadikan tu sebagai our point of reference. kalau kita imbau 7 tahun kebelakang 1997 iaitu antara 1989-1996, waktu ini adalah waktu yg cukup makmur buat semua org. Kita imbau lagi 7 tahun ke belakang dan kita akan melalui era 1982-1988. Aku rasa, bagi yg berumur lebih dari 30 akan ingat lagi dalam period ni sumer org susah nak carik makan.... begitulah seterusnyer kalau kiter imbau terus2an ke belakang....

Looking forward, 1997-2003, masa ni leh laaa kita anggap sebagai zaman recession. (recession merujuk kepada kejatuhan ekonomi sesebuah negara melebihi 2 Suku kewangan) So, maknanyer bermula dari 2004 hingga 2010, kita sebenarnyer dalam keadaan makmur... So assumption kata 2011 ekonomi akan jatuh lebih teruk tu, ader kemungkinan akan berlaku!!!

oleh itu sebagai persediaan, kumpul laa emas setakat termampu... JANGAN bukak akaun emas kat Maybank atau Public Bank. Sebab kalau bukak akaun emas, tiada emas fizikal, cuma nilai nyer sahaja... Pastikan beli emas 999 dalam bentuk syiling seperti Public Gold coin atau wafer, ader dalam sukatan 20gm, 50gm, 100gm & 1kg.

Kalau x dapat emas, Tanah juga satu komoditi yg berguna... cuma aper2 hal pun, Sediakan payung sebelum hujan... kalau ader wang beribu kat bank pun tak guna nyer kalau nilai matawang tu jatuh... Masa zaman the Great Depression, org guna duit utk di bakar sebagai bahan pemanas badan di musim sejuk!!!!

Masalah di Malaysia mengenai emas adalah owner kedai emas x bersikap adil... Emas 999 susah nak jual kalau kita pegi kedai emas. Tokey emas cuma berani offer 60% dari harga market emas... siap kata kena tolak cukai laaa... konon x laku laaa... Come on laaaa.... korang ni sajer jer nak untung lebih!!!

Emas 999 adalah 99.99% pure gold... kalau kedai emas amik, depa akan cairkan campur ngan bahan lengai utk wat jewelery... tu yg jadik emas 913 dan segala bagai... makna nyer 91.3% saja emas, 8.7% adalah bahan lengai... makna nyer kalau tokey emas dapat emas 999, biler cairkan, baper banyak lebihan yg dier ader lepas campur bahan lengai tu??? x kan macam tu pun nak bayar 60% from actual gold value??? dah lah nak bayar 60% jer... siap nak tolak cukai lagi.... dah untung lagi mau untung ??? kalau kat India, emas 999 harga x jatuh walau satu sen pun!!! tu delimma kalau nak simpan emas nih!!!

0 comments

Ekonomi dunia akan runtuh

Pakar2 ekonomi telah menjangkakan ekonomi dunia akan runtuh dgn runtuhnya US dollar. Ia akan mewujudkan chain reaction yg dasyat sampai seluruh dunia habis hancur ekonominya. Pendek kata Ringgit Malaysia akan jadi serupa duit pisang masa zaman Jepun kalah dulu. Ingat lagg dgn pakej rangsangan ekonomi 60 billion yg Najib pernah umumkan dulu? That is nothing but printing money out of thin air!! Serupa juga dgn pakej rangsangan yg Barrack Obama lancarkan sebnyk 789 billion. Sistem kapitalis pasti akan runtuh & khabar angin yg popular sekarang ia akan bermula bulan November ini!!!(?)

Tinggal x sampai 2 bulan nak beli emas. Sy rasa start bulan 11 ni bila ekonomi jatuh teruk dalam masa yang sama harga emas akan melambung

APA YG HARUS KITA LAKUKAN ?







0 comments

Dollar falls, gold soars on global economy jitters

LONDON (AFP) - – The dollar fell against the euro and gold prices rose as investors took stock of global economic prospects and sought refuge in assets seen as safe havens.

The US currency also tumbled against the yen and the Swiss Franc which -- like gold -- attracts investors as a sure bet in times of trouble.

The euro in late day trade was up to 1.3018 dollars from 1.2880 on Monday.

The dollar meanwhile was trading at 83.04 yen against 83.64 on Monday. But at one point the greenback plunged to 82.93 yen, its lowest reading since May 1995, after Prime Minister Naoto Kan easily overcame a challenge to his party leadership from veteran powerbroker Ichiro Ozawa.

The news led traders to buy the yen as they considered a win for Kan meant that any immediate intervention on the currency markets to stem the yen's rise was unlikely.

The dollar also fell to 0.9944 Swiss francs from 1.0076 on Monday.

The price of gold rose to 1,270.00-1,271.00 dollars an ounce

"Renewed sovereign debt concerns" have driven up gold, said Robin Bhar, senior metals analyst at Credit Agricole bank.

Fears of a resurgent eurozone debt crisis are likely to stunt European economic growth prospects this year, the EU warned on Monday.

"The global recovery is still expected to be uneven and is surrounded by major uncertainties," the European Commission said in its autumn forecast, citing "the resurfacing of global imbalances, high debt levels and lingering tensions in sovereign-debt markets."

Gold, whose two main drivers are jewellery and investment buyers, is also regarded as a good store of value in times of high inflation.

In another development, metals consultancy GFMS predicted that gold was set to reach a record high above 1,300 dollars an ounce this year.

"I think we could easily see gold spike comfortably above 1,300 dollars before the year's out," GFMS chairman Philip Klapwijk said in the independent group's latest annual survey of the precious metal.

"We'll probably get a fair bit of profit taking as we head into the New Year but I wouldn't take that as a sign that the party's over -- further gains in 2011 are far from out of the question."

The euro began the day by losing ground against the dollar after data showed a collapse in German investor confidence.

The euro stumbled as the ZEW institute's sentiment indicator for Europe's biggest economy plunged 18.3 points to minus 4.3 points in September -- its fifth consecutive monthly drop and its second unexpectedly sharp loss in a row.

Tuesday's survey "reflects the idea that growth in Germany is expected to fall back significantly during the next six months, following the exceptionally strong growth seen in the first half of the year," said ABN AMRO bank economist Aline Schuiling.

But sentiment shifted later in the day as the dollar came under pressure on macroeconomic concerns.

While US retail sales were reported to have risen for the second straight month in August, economists at Briefing.com warned that sales were "likely to remain weak for quite a while given the current trends in employment, and the negative wealth impact for depressed prices for homes and stocks."

In London on Tuesday, the euro changed hands at 1.3018 dollars against 1.2880 dollars on Monday, 108.07 yen (107.74), 0.8361 pounds (0.8347) and 1.2942 Swiss francs (1.2974).

The dollar stood at 83.04 yen (83.64) and 0.9944 Swiss francs (1.0076).

The pound was at 1.5572 dollars (1.5428)

0 comments