Party Items n Toys for your love one

Membeli Surat Pajak dan Emas Terpakai

Saya memahami tidak ramai yang memiliki sejumlah wang untuk terus menjadi agen emas ai Love Gold . Oleh yang sedemikian jadilah sub agen dengan group ai Love Gold dengan mendapat potongan RM bagi setiap gram emas yang dibeli dan mendapat RM bagi setiap gram yang dibeli oleh pihak lain dari nilai semasa belian emas. call/ sms segera.

Harga jualan lebih rendah dari harga pasaran bagi rantai tangan dan rantai leher emas 999 24k, gold bar GCP (999), pam suisse (999.9) dan 1 dinar 999.9 24k begitu juga belian semula lebih tinggi dari harga pasaran.

BLR Bank Di Malaysia

Salam Sejahtera tuan-tuan dan puan puan, ladies and gentlemen tukang batu dan tukang simen kapten Marble dan Superman...


Akibat kenaikan OPR dari Bank Negara 25 asas kadar dasar dan OPR ke 3 % baca sini maka akibatnya merujuk rajah inilah hasilnya untuk rakyat marhein.


Apa maksudnya? maksud disini ialah jika anda buat loan rumah rm100,000 untuk 30 tahun maka akan ada kenaikan 0.30% kepada bayaran bulanan anda menjadi RM20 pertambahan sebulan. (kredit ke bebas hutang.com untuk jadual, klik rajah untuk pembesaran)


Salah satu tujuan kenaikan OPR dan BLR ialah untuk membendung inflasi. Kebanyakan kita bukan pakar ekonomi jadi kita sendiri tentu sukar untuk memahami bagaimana menaikan kadar pinjaman asas boleh membantu mengurangkan inflasi. Hakikatnya kita terpaksa mengeluarkan lebih banyak wang untuk membayar hutang.


Apa yang difahami secara mudah (mungkin betul atau salah pemahaman ini) ialah kenaikan OPR dan BLR akan menaikkan kadar faedah bagi simpanan. Secara teorinya ini akan menggalakkan orang ramai menabung bagi mendapat faedah yang tinggi. Dengan penabungan iaitu menyimpan di bank, orang ramai akan kurang berbelanja. Ini akan mengurangkan permintaan (teori penawaran dan permintaan) sekaligus menurunkan harga barangan. Penurunan harga barangan akan menurunkan inflasi.
Namun persoalan yang jarang dijawab oleh pengamal ekonomi yang mahu mengawal inflasi melalui kaedah ini ialah apakah inflasi hari ini disebabkan permintaan yang lebih daripada penawaran atau kerana peningkatan harga barangan keperluan di luar kuasa pembeli? senang kata peniaga nak kaya cepat?credit ke merdekareview untuk 3 perenggan diatas


Cerita nak kaya cepat ni ambil contoh kenaikan gula sekilo naik 20 sen tapi sekilo gula dapat berapa gelas air? 30 gelas? 40 gelas? tapi peniaga sesuka hati naikkan harga segelas air dari RM 1.00 ke RM 1.50?? gila apa? Peniaga ni beli takkan sekilo gula sahaja biasanya seguni 10kg/ 50kg? ini tentunya dapat harga lebih murah bukan?

Contoh lain pula untuk kenaikan harga gula baru ni, apa yang terjadi sebenarnya? nak jimat 116 juta subsidi kepada rakyat setahun? tapi bagaimana pula dengan Syarikat Penjana Tenaga Bebas IPP yang berjumlah 19 bilion setahun? Kerajaan diminta janganlah dibenarkan sesuatu perniagaan hanya dimonopoli oleh satu syarikat sahaja.baca sini


Apa yang berlaku adalah pembelian Malayan Sugar Manufacturing Co Sdn Bhd (MSM) yang sebelum ini dimiliki oleh Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok. pembelian itu dilakukan menerusi anak syarikat Felda, iaitu Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH). (ini kes nak cover cepat duit keluar beli saham syarikat MSM)


Ceritanya ialah inflasi negara sememangnya sedang meningkat naik jadi semestinya kenaikan harga minyak ron 95 tidak dapat dibendung lagi. Semua rakyat diminta bersedia dengan kenaikan harga minyak Ron 95 dalam masa terdekat. Jika ini berlaku pastinya petaka kepada rakyat keseluruhan...

0 comments:

Post a Comment