Party Items n Toys for your love one

Membeli Surat Pajak dan Emas Terpakai

Saya memahami tidak ramai yang memiliki sejumlah wang untuk terus menjadi agen emas ai Love Gold . Oleh yang sedemikian jadilah sub agen dengan group ai Love Gold dengan mendapat potongan RM bagi setiap gram emas yang dibeli dan mendapat RM bagi setiap gram yang dibeli oleh pihak lain dari nilai semasa belian emas. call/ sms segera.

Harga jualan lebih rendah dari harga pasaran bagi rantai tangan dan rantai leher emas 999 24k, gold bar GCP (999), pam suisse (999.9) dan 1 dinar 999.9 24k begitu juga belian semula lebih tinggi dari harga pasaran.

Pajakan 30% + 70% / 35% + 65%

Salam hormat kepada semua peminat blog saya.

Hujung minggu ini saya telah dihujani banyak panggilan telefon berkaitan skim pelaburan emas sebegini yang bertanyakan adakah ia dibolehkan atau tidak?

Jawapan saya ada 2

Boleh dan Tidak Boleh

Jawapan lebih panjang lebar saya bukanlah orang yang layak untuk memperkatakannya tetapi berdasarkan pembacaan, saya cuba terangkan mengikut rujukan orang yang arif.

Jawapan boleh / dibenarkan adalah merujuk kepada kaedah perniagaan yang diamalkan itu sendiri yang mana emas yang hendak dibeli itu dibayar sejumlah amaun wang pendahuluan 10% / 20% / 30% / 35% dahulu dan selebihnya dibayar secara ansuran. Seperti mana di kedai-kedai belian emas dilakukan dengan mengunakan kad kredit atau secara bayaran ansuran. Kaedah ini tersebar luas diamalkan oleh peniaga emas.

Rujukan kaedah perniagaan sebegini ini adalah merujuk kepada warta kerajaan jilid 38 no 15. Mengikut warta ini belian tersebut perlulah dinyatakan detail dalam resit Berat barang, kandungan ketumpatan emas tersebut, harga logam tersebut / gm, kos upah (pembuatan), harga keseluruhan, tanda tangan penjual + alamat syarikat dan tarikh belian barulah jual beli ini diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Jika tidak ada maka ia tidak sah dari segi undang-undang.

Jawapan yang tidak boleh pula adalah berdasarkan kaedah muamalat kewangan islam yang mana ia menghukumkan ia adalah riba kerana syarat pembelian emas ini adalah tidak boleh bertangguh atau bayaran secara ansuran. Maknanya kalau nak beli juga kaedah yang boleh digunakan adalah :-



  • Anda mengumpul duit anda secara berdikit-dikit, bila dah cukup bayar cash atau


  • membuat loan bank cara islam untuk membeli emas (harus)

Rujukan hukum halal dan haram ini saya petik dari laman sesawang Ustaz Zaharuddin (seorang pakar kewangan Islam). sini

Untuk makluman semua dalam presentation yang saya adakan TIDAK pernah saya sebutkan kaedah belian secara ansuran ini (30% / 35%) kecuali kaedah beli pajak beli pajak semula dan pinjaman sahaja yang saya terangkan. Mungkin ada salah faham berkenaan maklumat yang saya sendiri terima dari yang bertanya saya mohon banyak-banyak kemaafan.

Namun begitu sebahagian ulamak menghukum pelaburan ini hanya terpakai untuk gold bar sahaja dan tidak pada barang kemas mengikut sebahagian ustaz yang menjalankan Ar Rahnu ini. Apa pun cubalah anda bertanya lagi kepada yang lebih arif dan jika saya ada nyatakan sebarang kesalahan diharapkan dapat menghubungi saya untuk pembetulan.

Kepada yang telah buat kaedah ansuran emas bar tersebut cubalah menebus kembali emas-emas tersebut dengan cara membuat loan dari kaedah islam. Jika urusan tersebut telah lama berlaku anda tidak perlu risau kerana jika anda tebus semula emas anda, anda masih lagi mendapat keuntungan dari kenaikan harga emas tersebut pada tika ini.

Apapun pilihan anda, jika ada perasaan was-was mengenai pelaburan 30%-70% atau 35% + 65% ini atau sebagainya maka seeloknya tinggalkanlah urusan tersebut.

0 comments

Harga petrol tidak jadi dinaikkan

Jumaat 27hb adalah harga tertinggi bagi penarafan di Bank Rakyat iaitu RM 176.77 WOW!! tinggi ni! Jangan risau ia bakal menjadi RM200 / gm hujung tahun ini.

Kenapa harga boleh jadi begini ya? Sedangkan kerajaan umumkan bahawa semua kenaikan bagi minyak ron95, gas dan minyak masak tidak dinaikkan?



Jawapannya adalah pasaran saham tidak yakin dengan pengumuman ini. Saya ulang lagi bukan rakyat tetapi pasaran saham tidak yakin dengan pengumuman ini. Part ini tidak dinaikkan adalah kerana Belum Pilihanraya lagi jika lepas pilihanraya nanti maka tunggulah PASTI ia akan dinaikkan! Jika dinaikkan sekarang, Undi Parti Pemerintah akan merosot dengan mendadak.

Berita kabinet yang meluluskan harga elektrik dinaikkan pula menampakkan adalah teramat berat sebelah dan menyedihkan kerana IPP sejumlah 19 syarikat masih diberi subsidi sejumlah RM 22 Billion! sebaliknya rakyat diminta membayar harga kenaikkan elektrik pula!

Inilah antara sebabnya harga emas terus melambung tinggi! kepada yang memiliki emas pula sekarang adalah masa yang terbaik untuk kontrakan surat pajak anda dan mendapat pulangan tambahan kemudian dengan duit itu anda beli lagi emas. Kepada yang teringin menjual pula sekarang adalah masanya.

Projection Minggu Depan 30 Mei 3 Mei

Pasaran dunia sekarang lebih berhati-hati (risau) akan keadaan fisikal negara Greece. Berkemungkinan besar next funding dari IMF dan eropah tidak akan diteruskan, maksudnya Greece akan tumbang untuk dilapah beramai-ramai...


Pelabur dunia juga meramalkan harga emas akan menurun sedikit minggu depan berikutan krisis hutang negara eropah.

Bagaimana ini berlaku? selalunya jika negara-negara yang bergantung kepada dolar mengalami krisis kewangan maka secara automatisnya jumlah dolar akan dinaikkan dan ini akan memberikan tekanan kepada harga emas. Walaupun begitu kaedah ini tidak akan bertahan lama kerana kerapuhan nilai dolar itu sendiri yang dagangkan. Jangka masa panjang dolar PASTI akan hancur!

Negara China juga sudah mula memperlahankan ekonomi mereka.

Bagi yang belum memiliki emas bersegeralah menyimpannya.

0 comments

Harga Emas Bercampur-bercampur pada minggu hadapan 23/5-27/5

Salam pada semua yang meminati logam emas dan perak.



Berikut adalah analisa teknikal dari saya untuk minggu hadapan sebagai panduan anda dalam penentuan pembelian atau pelaburan anda.


Harga emas berkemungkinan akan lebih kukuh pada minggu mendatang manakala Silver pula masih dalam keadaan mudah berubah-rubah dan mengikut data ekonomi seluruh dunia permintaan kepenggunaannya dalam industri adalah menurun.



Pakar analisa teknikal di Barclays Capital menyatakan jika harga emas melepasi tahap USD 1,460, maka berkemungkinan ia akan menurun ke USD 1,410, sebaliknya bagi silver pula jika ia menurun bawah USD 32.30, maka ia akan terus merudum ke USD 29.40-USD 30. Jika ini berlaku maka bersedialah untuk membeli SIlver kerana ia bakal mencecah harga term baru terendah. Ingat kenaikan Silver julatnya adalah tinggi tapi turun juga tinggi yaa.


Menurut rekod-rekod lepas seperti dinyatakan oleh Pengarah Ira Epstein dari Group The Linn Epstain bulan Jun adalah bukan bulan yang disukai oleh emas dan perak tetapi sebaliknya tidak kepada barangan kemas 916.


Apa pun kemungkinan emas akan meningkat naik pada minggu depan adalah tinggi. Tambahan hutang Greece semakin menunjukkan tahap kritikal dan jika Greece tidak menjual asetnya maka kemungkinan untuk Greece membayar hutangnya ke IMF akan menjadi persoalan.


Sepanyol juga diambang kejatuhan namun apapun pemerhati masih menunggu hasil pilihanraya nya. Pengkaji merencanakan parti pemerintah (Socialist) akan kecundang iaitu dari undian 9 dari 13 negerinya akan tumbang kerana parti pemerintahnya tidak berjiwa rakyat dan bukan parti berkebajikan. Hutangnya sejumlah USD 165 billion! Naya laa parti baru yang memerintah nanti untuk menyelesaikan masalah yang menimpa.


Seperti mana sama dengan negara Malaysia parti pemerintah tidak peka keperitan hidup rakyat yang mana akan menaikan harga petrol bagi menambahkan beban kepada seluruh rakyat dan yang terbahana sekali adalah yang tinggal dikota. Di suruh berjimat? sekarang ni belum naik harga petrol pun sememangnya dah berjimat cermat!! Apa kata tarik dulu subsidi yang diberikan kepada IPP yang mana boleh menjimatkan sejumlah 19 billion setahun wang negara! subsidi ini hanyalah untuk 4 5 kerat kroni sahaja sedangkan rakyat sejumlah 27 juta! wake up PM!!! Pengampu Media tolong jangan mengampu terlalu lebih kerana anda juga terlibat sama dalam kenaikan ini yaa, Ingat!


Untuk makluman, pengguna di Negara China telahpun melebihi pengguna negara India dalam penggunaan emas ini dan ini pastinya akan memberika nilai syiling baru harga bagi emas nanti.

0 comments

China Gold Imports to Rise After Investment Overtakes India

May 20 (Bloomberg) -- Gold imports by China may increase after investment demand more than doubled in the first quarter, with the country overtaking India to become the largest market for gold coins and bars, the World Gold Council said.


China produced 340 metric tons of gold last year and consumption was about 700 tons, leaving a gap of 350 tons to 360 tons, Albert Cheng, Far East managing director at the council, said yesterday. “With increasing demand in China we will have to rely on imports to fill the gap between demand and supply.” China is the world’s largest gold producer and second-largest in overall consumption.


China’s investment demand jumped 123 percent to 90.9 tons in the first three months, compared with an 8 percent rise to 85.6 tons for India, the council said. Bullion jumped to a record $1,577.57 an ounce this month as investors sought a store of value amid rising inflation and concerns about the strength of the global recovery.



0 comments

Kenaikan Harga Gula RM 0.20




Dalam masa terdekat semua negara di dunia akan menghadapi ancaman inflasi impak daripada harga minyak dunia yang meningkat secara mendadak. Apa itu inflasi? Inflasi adalah suatu keadaan di mana harga barang secara umum mengalami kenaikan dan berlangsung dalam waktu yang lama terus menerus. Harga barang yang ada mengalami kenaikan nilai dari waktu sebelumnya dan berlaku di mana-mana dan dalam rentang waktu yang cukup lama.


Hari ini negara kita telah mengalami kenaikan harga gula RM0.20 dan impaknya akan tampak dalam sedikit waktu lagi. Kemungkinan besar harga makanan, minuman dan kuih muih akan turut merasai gelombang inflasi ini. Semua ini kita tidak dapat menghalangnya dari berlaku, justeru itu masyarakat sendiri perlu mengambil inisiatif untuk mula mengamalkan cara hidup berjimat cermat dan menjadi pengguna berhemah.


Kenaikan minyak dunia juga telah menjadi isu kepada harga minyak petrol ron97 mengalami kenaikan harga. Jadi apa yang bakal berlaku semua penduduk dunia perlu menghadapinya. Persediaan mental dan fizikal perlu kita atur bagi melalui ini semua. Mengenai subsidi negara, setiap warganegara menikmatinya. Namun oleh kerana kekangan ekonomi yang tidak konsisten semua ini perlu diakui oleh warga Malaysia bahawa kita perlu mula hidup berdikari dan jangan hanya mengharap bantuan semata-mata.

Impak kenaikan minyak adalah pencetus utama kepada perubahan struktur ekonomi isi rumah setiap negara. Oleh itu langkah drastik perlu kita ambil mulai sekarang, contohnya mula mengamalkan sikap berjimat cermat dengan berjimat cermat kita dapat mengatasi masalah perbelanjaan secara berlebihan. Selain itu kita juga perlu mula amalkan sikap suka menabung kerana dengan menabung akan menjamin masa depan kita lebih baik dan dapat melalui waktu kritikal yang datang secara tiba-tiba. Sebagai pengguna dan masyarakat yang berhemah kita perlu mula mengatur langkah dan strategi dalam menghadapi gelombang inflasi yang melanda dunia pada hari ini.


Kenaikan harga gula ini adalah permulan kenaikan kepada rantaian semua yang berasaskan gula. Kenaikan ini adalah tidak selari dengan gaji yang diterima oleh pekerja akibatnya akan berlaku krisis dalam mengaturcarakan semula perjalanan harian kehidupan. Sudah pastinya banyak yang akan terjejas.


Pada pendapat saya harga minyak yang melambung diseluruh dunia sekarang tidak menjejaskan harga minyak di Malaysia adalah kerana pilihanraya umum belum dijalankan... Jika tidak, sudah pasti ia perlu dinaikkan. Jika ini berlaku semua perkara dalam kehidupan turut terlibat dengan kenaikan harga minyak tersebut dengan kata lain semua barang dan perkhidmatan akan mengalami kenaikan... Seterusnya Harga Emas Akan Terus Meningkat secara tersiranya. Ini kerana emas adalah kalis kepada inflasi :)

0 comments

Harga Emas dan Minyak

Pada masa emas dan perak digunakan sebagai matawang, barang yang boleh dibeli dengan 1 dirham perak akan kekal begitu 10 atau 50 tahun lagi, bahkan ratusan tahun. Pada zaman moden ini, usahkan 50 tahun, dalam masa lima tahun, kita sudah dapat melihat kenaikan harga barang yang ketara.


Sebalik kenaikan harga barang yang dialami, perkara yang terjadi kepada kita sebenarnya ialah duit kertas yang digunakan mengalami susut nilai. RM10 yang kita pegang 10 tahun lepas tidak sama dengan RM10 sekarang, nilainya semakin berkurangan.Mereka yang mencadangkan amalan hutang tanpa riba dengan cara, RM500 yang dipinjamkan kepada peminjam dan disuruh dibayar balik RM500 beberapa tahun kemudiaannya tanpa dikenakan apa-apa nilai tambahan akan mendapati ketidakadilan berlaku kepada dirinya sendiri. RM500 yang dipinjamkan dahulu apabila dipulangkan mempunyai nilai yang kurang. Barang yang boleh dibeli dengan duit RM500 beberapa tahun lepas sudah tidak dapat dibeli pada harga yang sama, kerana harganya sudah meningkat. Dengan kata lain, kuasa beli yang ada semakin berkurang.


Mungkin ada yang berkata, jika diperkenalkan semula dinar emas, belum tentu harga barang tidak naik. Faktor lain termasuklah kes peniaga menyorokkan barangkan untuk mewujudkan kekurangan bekalan, sekaligus boleh menaikkan harga barang. Hal ini memang betul. Untuk seketika, cuba kita imbas kembali lima tahun kebelakangan ini. Sedar atau tidak, setiap tahun kita mengalamai lebih daripada dua kali kenaikan harga minyak. Kesannya pula, setiap kali harga minyak naik, harga barang turut naik. Kesan domino kenaikan harga minyak memang sukar untuk dibendung. Persoalannya, mengapa begitu kerap minyak mengalami kenaikan harga? Kekurangan bekalan bukanlah faktor utama. Perang di Iraq yang berlaku beberapa tahun lepas sememangnya ada menjejaskan bekalan minyak dunia.


Walau bagaimanapun, hal itu merupakan faktor sementara dan bukan faktor penyumbang kepada kenaikan harga minyak pada setiap tahun. Untuk lima tahun kebelakangan ini, faktor utama yang menyumbangkan kenaikan harga minyak ialah kejatuhan nilai matawang dolar AS dalam kegiatan eksploitasi peniaga dalam pasaran minyak untuk mengaut untung.


Ekonomi AS semenjak beberapa tahun lepas, mengalami penguncupan. Banyak faktor yang menyumbangkan kelembapan ekonomi AS. Serangan 11 September telah membuka tirai penguncupan ekonomi negara kuasa besar dunia. Hal ini diikuti perang di Iraq, bencana besar alam seperti taufan Wilma, dan kebakaran hutan yang membawa kerugian berbilion dolar, krisis gadai janji subprima, jenayah urus tadbir korporat yang melibatkan syarikat-syarikat gergasi seperti worldcom, arthur anderson, enron dan lain-lain.


Kesan daripada kejadian yang berlaku itu ialah penarikan besar-besaran modal pelabur luar (terutamanya pelabur Arab) ke negara lain, jumlah pengangguran yang semakin meningkat, peningkatan hutang korporat dan hutang lapuk, serta peningkatan defisit belanjawan negara AS yang keterlaluan.


Ekonomi yang lemah berkait rapat dengan kedudukan mata wang sesebuah negara. Matawang yang lemah boleh memberikan kesan kepada ekonomi negara. Ekonomi yang lemah boleh menyumbangkan kesusutan nilai mata wang. Kedua-duanya boleh memberikan kesan antara satu sama lain. Diperingkat global, permasalahan yang timbul adalah kerana urusan jual beli minyak dilakukan dalam mata wang dolar AS. Oleh sebab matawang tersebut susut nilai, lebih banyak dolar AS yang diperlukan berbanding dengan waktu sebelumnya untuk mendapatkan kuantiti minyak yang sama. Akibat kegiatan penyangak, perniagaan minyak turut menyumbangkan kenaikan harga minyak global. Mereka, kerap kali berusaha menyebarkan khabar angin kononnya harga minyak akan naik melambung dalam tempoh beberapa bulan lagi. Kemudian akan keluarlah pelbagai analisis dan versi cerita yang menarik untuk menyokon kesahihan khabar angin ini. Oleh sebab termakan dengan hujah-hujah khabar angin tersebut, pasaran minyak pun akan menjadi lebih agresif.


Dengan mudah, harga pasaran kemudiannya boleh naik mendadak. Kononnya, lebih baik membeli minyak dalam kuantiti yang banyak sekarang dengan harga yang 'agak tinggi' sedikit berbanding dengan membeli minyak yang mahal pada masa akan datang. Penyangak-penyangak ini dengan mudah berjaya mencipta untung atas angin melalui eksploitasi pasaran hadapan minyak dalam masa yang singkat. Berlainan situasinya jika kita menjalankan jual beli minyak dengan menggunakan emas dan perak. Tidak timbul situasi kita perlu mengambil peduli kelembapan ekonomi AS. Mungkin satu tong minyak boleh ditetapkan bersamaan 10 dinar emas yang mempunyai 4.25 gram sedinar.


Sebagai langkah untuk mengelakkan spekulasi pasaran minyak, sudah tiba masanya perdagangan minyak antarabangsa dilakukan secara terus tanpa perlu banyak melibatkan peniaga atau 'orang tengah'. Negara pengeluar seperti Malaysia menjual minyak terus kepada negara yang ingin membeli minyak, misalnya nation to nation trade. Setiap pembelian pula dicadangkan menggunakan emas atau perak sebagai medium pembayaran.


Pergantungan kepada dolar AS dalam urusan jual beli minyak telah banyak membuka ruang kepada eksploitasi. Jika dolar AS diabaikan dan digantikan dengan matawang yang lain seperti Euro atau Yen, perkara yang sama akan berulang. Pihak tertentu mengaut keuntungan berbilion dolar, tetapi penduduk dunia merana menanggung kehidupan bertambah miskin.


Penggunaan emas dalam jual beli minyak boleh menjamin harga minyak yang lebih stabil. tiada lagi alasan untuk penyangan perdagangan minyak membuat ramalan kenaian harga minyak dengan hujah-hujah seperti kelembapan ekonomi AS, nilai dolar AS yang semakin lemah, ketidaktentuan pasaran saham dunia atau sebagainya, untuk 'bermain' dengan harga minyak.


Kesimpulannya nilai Dolar ini menjadi bernilai adalah kerana ianya masih berterusan digunakan oleh seluruh dunia termasuk negara Islam. Jadi nilai dolar ini tidak akan kekal lama dan PASTI akan jatuh tidak berapa lama lagi...

0 comments

Emas Menurun...

Wow harga sedang dalam pembetulan nampaknya...

Harga hari ini mencecah pada USD 1,490 dan gagal di USD1,498, tapi kemudiannya kembali ke harga tertinggi USD 1,504.36 untuk mencapai resistance dan akhirnya berhenti ke harga terendah USD1,488.85. Akhirnya ia stabil di harga USD 1,488. Esok (Selasa) di US jika harga emas lebih rendah dari harga USD 1,488 saya berpendapat ia akan terus menurun untuk tempoh 2 minggu hingga maksimum 6 minggu mendatang.

Kenapa harga menjunam ya??? Antara faktor terbesar ialah George Soros!

Ingat nama ni tak? nama yang mula kita kenali ketika Mantan PM selalu menyebut namanya yang menjatuhkan ekonomi Malaysia. Tapi bagaimana?

Si Soros ini telah melepaskan pegangan saham untuk suku pertama tahun ini sebaliknya melabur dalam 2 pelombong emas terbesar dunia iaitu Barrick Gold (ABX) dan Goldcorp (GG).Sahamnya menokok dalam Barrick ke 8,500 dan Goldcorp ke 7,600 saham.

Sebaliknya Mamat ni mengurangkan pegangan dalam saham SPDR Gold (GLD) ke 49,400 dan NovaGold (NG) ke 3.5 juta dari 12.91 juta. Soros juga menempatkan diri dalam posisi dalam Freeport McMoRan Copper & Gold (FCX) jadi 301,300 saham dan menambah ke Great Basin Gold (GBG) menjadi 6 juta saham. sini dan sini

Tak habis-habis laa mamat nih! kes morality Bos International Monotary Fund (IMF) En. Dominique Strauss-Kahn pun tengah panas membara disebabkan tuduhan yang dikenakan di New York atas kes sexual assault resulting in charges including attempted rape, sexual abuse, forcible touching, and unlawful imprisonment. (sori bahasa inggeris sebab tak sedap untuk disebut dalam malay word) Lagi malu nak sebut kalau sodomy + pelacur murahan macam dalam YouTube yang tersebar luas tu.

Kalau fitnah lagilah amat bahaya, bukan sahaja boleh menjatuhkan individu malah negara boleh hancur dan apalah sangat setakat harga emas nih! Itulah sebabnya fitnah dihukum sebagai Dosa Besar. Ingat-ingatlah balasan di hayat lain nanti yee...

0 comments

BLR Bank Di Malaysia

Salam Sejahtera tuan-tuan dan puan puan, ladies and gentlemen tukang batu dan tukang simen kapten Marble dan Superman...


Akibat kenaikan OPR dari Bank Negara 25 asas kadar dasar dan OPR ke 3 % baca sini maka akibatnya merujuk rajah inilah hasilnya untuk rakyat marhein.


Apa maksudnya? maksud disini ialah jika anda buat loan rumah rm100,000 untuk 30 tahun maka akan ada kenaikan 0.30% kepada bayaran bulanan anda menjadi RM20 pertambahan sebulan. (kredit ke bebas hutang.com untuk jadual, klik rajah untuk pembesaran)


Salah satu tujuan kenaikan OPR dan BLR ialah untuk membendung inflasi. Kebanyakan kita bukan pakar ekonomi jadi kita sendiri tentu sukar untuk memahami bagaimana menaikan kadar pinjaman asas boleh membantu mengurangkan inflasi. Hakikatnya kita terpaksa mengeluarkan lebih banyak wang untuk membayar hutang.


Apa yang difahami secara mudah (mungkin betul atau salah pemahaman ini) ialah kenaikan OPR dan BLR akan menaikkan kadar faedah bagi simpanan. Secara teorinya ini akan menggalakkan orang ramai menabung bagi mendapat faedah yang tinggi. Dengan penabungan iaitu menyimpan di bank, orang ramai akan kurang berbelanja. Ini akan mengurangkan permintaan (teori penawaran dan permintaan) sekaligus menurunkan harga barangan. Penurunan harga barangan akan menurunkan inflasi.
Namun persoalan yang jarang dijawab oleh pengamal ekonomi yang mahu mengawal inflasi melalui kaedah ini ialah apakah inflasi hari ini disebabkan permintaan yang lebih daripada penawaran atau kerana peningkatan harga barangan keperluan di luar kuasa pembeli? senang kata peniaga nak kaya cepat?credit ke merdekareview untuk 3 perenggan diatas


Cerita nak kaya cepat ni ambil contoh kenaikan gula sekilo naik 20 sen tapi sekilo gula dapat berapa gelas air? 30 gelas? 40 gelas? tapi peniaga sesuka hati naikkan harga segelas air dari RM 1.00 ke RM 1.50?? gila apa? Peniaga ni beli takkan sekilo gula sahaja biasanya seguni 10kg/ 50kg? ini tentunya dapat harga lebih murah bukan?

Contoh lain pula untuk kenaikan harga gula baru ni, apa yang terjadi sebenarnya? nak jimat 116 juta subsidi kepada rakyat setahun? tapi bagaimana pula dengan Syarikat Penjana Tenaga Bebas IPP yang berjumlah 19 bilion setahun? Kerajaan diminta janganlah dibenarkan sesuatu perniagaan hanya dimonopoli oleh satu syarikat sahaja.baca sini


Apa yang berlaku adalah pembelian Malayan Sugar Manufacturing Co Sdn Bhd (MSM) yang sebelum ini dimiliki oleh Raja Gula, Tan Sri Robert Kuok. pembelian itu dilakukan menerusi anak syarikat Felda, iaitu Felda Global Ventures Holdings Sdn Bhd (FGVH). (ini kes nak cover cepat duit keluar beli saham syarikat MSM)


Ceritanya ialah inflasi negara sememangnya sedang meningkat naik jadi semestinya kenaikan harga minyak ron 95 tidak dapat dibendung lagi. Semua rakyat diminta bersedia dengan kenaikan harga minyak Ron 95 dalam masa terdekat. Jika ini berlaku pastinya petaka kepada rakyat keseluruhan...

0 comments

Ar Rahnu Bank Agro

UNTUK MAKLUMAN SEMUA PELABUR BARU DAN LAMA.


AGRO BANK Seluruh negara mulai semalam JUMAAT 13 MEI 2011 SEHINGGA diberitahu kelak TIDAK AKAN MENERIMA PAJAKAN EMAS WAFER/ SYILING BAGI SEMUA JENIS PENGELUAR EMAS DI MALAYSIA (Serambi Emas, Public Gold, Swiss Pamp,GCP dll) kecuali Bar dari kedai emas Malaysia sahaja.


Masalah dari kedai emas ini pula adalah secara automatik apabila pak/salutan plastik emas dibuka, emas anda akan susut nilai sehingga 30% apatah lagi kalau dipajakkan ke Ar Rahnu kemudian di jual semula ke kedai berkenaan. Kalau calar lagi haru!!


Bagi mengatasi masalah ini ai Love Gold menawarkan alternatif untuk emas pelaburan ini yang mana semua Ar Rahnu tetap akan terima terutama Ar Rahnu Agro Bank dan semestinya Ar Rahnu Bank Rakyat. Produknya adalah Bangel/ Rantai leher/ Rantai Tangan EMAS 999, 24K.


HARGA? PASTINYA TERMURAH DI PASARAN DENGAN SPREAD YANG SANGAT RENDAH BAGI SEMUA JENIS EMAS JEWELLERY DAN EMAS PELABURAN.


JADI TUNGGU APA LAGI?

0 comments

Kenaikan Harga Emas




Dalam masa terdekat semua negara di dunia akan menghadapi ancaman inflasi impak daripada harga minyak dunia yang meningkat secara mendadak. Apa itu inflasi? Inflasi adalah suatu keadaan di mana harga barang secara umum mengalami kenaikan dan berlangsung dalam waktu yang lama terus menerus. Harga barang yang ada mengalami kenaikan nilai dari waktu sebelumnya dan berlaku di mana-mana dan dalam rentang waktu yang cukup lama.
Hari ini negara kita telah mengalami kenaikan harga gula RM0.20 dan impaknya akan tampak dalam sedikit waktu lagi. Kemungkinan besar harga makanan, minuman dan kuih muih akan turut merasai gelombang inflasi ini. Semua ini kita tidak dapat menghalangnya dari berlaku, justeru itu masyarakat sendiri perlu mengambil inisiatif untuk mula mengamalkan cara hidup berjimat cermat dan menjadi pengguna berhemah.
Kenaikan minyak dunia juga telah menjadi isu kepada harga minyak petrol ron97 mengalami kenaikan harga. Jadi apa yang bakal berlaku semua penduduk dunia perlu menghadapinya. Persediaan mental dan fizikal perlu kita atur bagi melalui ini semua. Mengenai subsidi negara, setiap warganegara menikmatinya. Namun oleh kerana kekangan ekonomi yang tidak konsisten semua ini perlu diakui oleh warga Malaysia bahawa kita perlu mula hidup berdikari dan jangan hanya mengharap bantuan semata-mata.

Impak kenaikan minyak adalah pencetus utama kepada perubahan struktur ekonomi isi rumah setiap negara. Oleh itu langkah drastik perlu kita ambil mulai sekarang, contohnya mula mengamalkan sikap berjimat cermat dengan berjimat cermat kita dapat mengatasi masalah perbelanjaan secara berlebihan. Selain itu kita juga perlu mula amalkan sikap suka menabung kerana dengan menabung akan menjamin masa depan kita lebih baik dan dapat melalui waktu kritiakal yang datang secara tiba-tiba. Sebagai pengguna dan masyarakat yang berhemah kita perlu mula mengatur langkah dan strategi dalam menghadapi gelombang inflasi yang melanda dunia pada hari ini.

Kenaikan harga gula ini adalah permulan kenaikan kepada rantaian semua yang berasaskan gula. Kenaikan ini adalah tidak selari dengan gaji yang diterima oleh pekerja akibatnya akan berlaku krisis dalam mengaturcarakan semula perjalan harian kehidupan. Sudah pastinya banyak yang akan terjejas.

Pada pendapat saya harga minyak yang melambung diseluruh dunia sekarang tidak menjejaskan harga minyak di Malaysia adalah kerana pilihanraya umum belum dijalankan... Jika tidak, sudah pasti ia perlu dinaikkan. Jika ini berlaku semua perkara dalam kehidupan turut terlibat dengan kenaikan harga minyak tersebut dengan kata lain semua barang dan perkhidmatan akan mengalami kenaikan... Seterusnya Harga Emas Akan Terus Meningkat secara tersiratnya. :)

0 comments

Harga Emas dan Minyak

Pada masa emas dan perak digunakan sebagai matawang, barang yang boleh dibeli dengan 1 dirham perak akan kekal begitu 10 atau 50 tahun lagi, bahkan ratusan tahun. Pada zaman moden ini, usahkan 50 tahun, dalam masa lima tahun, kita sudah dapat melihat kenaikan harga barang yang ketara.


Sebalik kenaikan harga barang yang dialami, perkara yang terjadi kepada kita sebenarnya ialah duit kertas yang digunakan mengalami susut nilai. RM10 yang kita pegang 10 tahun lepas tidak sama dengan RM10 sekarang, nilainya semakin berkurangan.Mereka yang mencadangkan amalan hutang tanpa riba dengan cara, RM500 yang dipinjamkan kepada peminjam dan disuruh dibayar balik RM500 beberapa tahun kemudiaannya tanpa dikenakan apa-apa nilai tambahan akan mendapati ketidakadilan berlaku kepada dirinya sendiri. RM500 yang dipinjamkan dahulu apabila dipulangkan mempunyai nilai yang kurang. Barang yang boleh dibeli dengan duit RM500 beberapa tahun lepas sudah tidak dapat dibeli pada harga yang sama, kerana harganya sudah meningkat. Dengan kata lain, kuasa beli yang ada semakin berkurang.


Mungkin ada yang berkata, jika diperkenalkan semula dinar emas, belum tentu harga barang tidak naik. Faktor lain termasuklah kes peniaga menyorokkan barangkan untuk mewujudkan kekurangan bekalan, sekaligus boleh menaikkan harga barang. Hal ini memang betul. Untuk seketika, cuba kita imbas kembali lima tahun kebelakangan ini. Sedar atau tidak, setiap tahun kita mengalamai lebih daripada dua kali kenaikan harga minyak. Kesannya pula, setiap kali harga minyak naik, harga barang turut naik.Kesan domino kenaikan harga minyak memang sukar untuk dibendung. Persoalannya, mengapa begitu kerap minyak mengalami kenaikan harga? Kekurangan bekalan bukanlah faktor utama. Perang di Iraq yang berlaku beberapa tahun lepas sememangnya ada menjejaskan bekalan minyak dunia.


Walau bagaimanapun, hal itu merupakan faktor sementara dan bukan faktor penyumbang kepada kenaikan harga minyak pada setiap tahun. Untuk lima tahun kebelakangan ini, faktor utama yang menyumbangkan kenaikan harga minyak ialah kejatuhan nilai matawang dolar AS dalam kegiatan eksploitasi peniaga dalam pasaran minyak untuk mengaut untung.


Ekonomi AS semenjak beberapa tahun lepas, mengalami penguncupan. Banyak faktor yang menyumbangkan kelembapan ekonomi AS. Serangan 11 September telah membuka tirai penguncupan ekonomi negara kuasa besar dunia. Hal ini diikuti perang di Iraq, bencana besar alam seperti taufan Wilma, dan kebakaran hutan yang membawa kerugian berbilion dolar, krisis gadai janji sumprima, jenayah urus tadbir korporat yang melibatkan syarikat-syarikat gergasi seperti worldcom, arthur anderson, enron dan lain-lain.


Kesan daripada kejadian yang berlaku itu ialah penarikan besar-besaran modal pelabur luar (terutamanya pelabur Arab) ke negara lain, jumlah pengangguran yang semakin meningkat, peningkatan hutang korporat dan hutang lapuk, serta peningkatan defisit belanjawan negara AS yang keterlaluan.


Ekonomi yang lemah berkait rapat dengan kedudukan mata wang sesebuah negara. Matawang yang lemah boleh memberikan kesan kepada ekonomi negara. Ekonomi yang lemah boleh menyumbangkan kesusutan nilai mata wang. Kedua-duanya boleh memberikan kesan antara satu sama lain. Diperingkat gloal, permasalahan yang timbul adalah kerana urusan jual beli minyak dilakukan dalam mata wang dolar AS. Oleh sebab matawang tersebut susut nilai, lebih banyak dolar AS yang diperlukan berbanding dengan waktu sebelumnya untuk mendapatkan kuantiti minyak yang sama. Akibat kegiatan penyangak, perniagaan minyak turut menyumbangkan kenaikan harga minyak global. Mereka, kerap kali berusaha menyebarkan khabar angin kononnya harga minyak akan naik melambung dalam tempoh beberapa bulan lagi. Kemudian akan keluarlah pelbagai analisis dan versi cerita yang menarik untuk menyokon kesahihan khabar angin ini. Oleh sebab termakan dengan hujah-hujah khabar angin tersebut, pasaran minyak pun akan menjadi lebih agresif.


Dengan mudah, harga pasaran kemudiannya boleh naik mendadak. Kononnya, lebih baik membeli minyak dalam kuantiti yang banyak sekarang dengan harga yang 'agak tinggi' sedikit berbanding dengan membeli minyak yang mahal pada masa akan datang. Penyangak-penyangak ini dengan mudah berjaya mencipta untung atas angin melalui eksploitasi pasaran hadapan minyak dalam masa yang singkat. Berlainan situasinya jika kita menjalankan jual beli minyak dengan menggunakan emas dan perak. Tidak timbul situasi kita perlu mengambil peduli kelembapan ekonomi AS. Mungkin satu tong minyak boleh ditetapkan bersamaan 10 dinar emas yang mempunyai 4.25 gram sedinar.


Sebagai langkah untuk mengelakkan spekulasi pasaran minyak, sudah tiba masanya perdagangan minyak antarabangsa dilakukan secara terus tanpa perlu banyak melibatkan peniaga atau 'orang tengah'. Negara pengeluar seperti Malaysia menjual minyak terus kepada negara yang ingin membeli minyak, misalnya nation to nation trade. Setiap pembelian pula dicadangkan menggunakan emas atau perak sebagai medium pembayaran.


Pergantungan kepada dolar AS dalam urusan jual beli minyak telah banyak membuka ruang kepada eksploitasi. Jika dolar AS diabaikan dan digantikan dengan matawang yang lain seperti Euro atau Yen, perkara yang sama akan berulang. Pihak tertentu mengaut keuntungan berbilion dolar, tetapi penduduk dunia merana menanggung kehidupan bertambah miskin.


Penggunaan emas dalam jual beli minyak boleh menjamin harga minyak yang lebih stabil. tiada lagi alasan untuk penyangan perdagangan minyak membuat ramalan kenaian harga minyak dengan hujah-hujah seperti kelembapan ekonomi AS, nilai dolar AS yang semakin lemah, ketidaktentuan pasaran saham dunia atau sebagainya, untuk 'bermain' dengan harga minyak.


Kesimpulannya nilai Dolar ini menjadi bernilai adalah kerana ianya masih berterusan digunakan oleh seluruh dunia termasuk negara Islam. Jadi nilai dolar ini tidak akan kekal lama dan PASTI akan jatuh tidak berapa lama lagi...

0 comments

Bank Negara Malaysia

Bank Negara Malaysia, BNM, hari ini mengumumkan kenaikan 25 mata asas Kadar Dasar Semalaman, OPR kepada 3 peratus.Turut dinaikkan, Nisbah Keperluan Rizab Berkanun, SRR, daripada dua peratus kepada tiga peratus berkuatkuasa 16 Mei .


Kadar lantai dan siling koridor OPR masing-masing dinaikkan kepada 2.75 peratus dan 3.25 peratus. Dalam kenyataannya, BNM berkata walaupun pemulihan ekonomi global berterusan pada suku pertama tahun ini pertumbuhan yang dicatatkan tidak seimbang bagi rantau ini.


Kadar pertumbuhan itu dilihat mendatar dan sokongan pengukuhan banyak dipacu pertumbuhan domestik.Keputusan kenaikan itu turut dibuat bersandarkan peningkatan kadar inflasi yang berterusan, sehingga mencecah paras tiga peratus Mac lalu. Secara purata, kadar inflasi negara bagi suku pertama 2011, 2.8 peratus ekoran peningkatan harga makanan dan api..


0 comments

Gold-Buying Central Banks May Signal Bullion Extending Record Price Rally

Central banks that were net sellers of gold a decade ago are buying the precious metal to reduce their reliance on the dollar as a reserve currency, signaling demand that may extend a record rally in prices.
As developing countries accelerate purchases, gold may reach $2,000 an ounce this year, compared with a record of $1,569.80 today in New York, said Robert McEwen, the chief executive officer of producer U.S. Gold Corp. Euro Pacific Capital’s Michael Pento, who correctly predicted gold’s highs for the past two years, forecasts a 2011 high of $1,600.
Prices reached a record 15 times this month on demand from investors seeking an alternative to the dollar after the currency slumped to the lowest since 2009, US debt widened, and the Federal Reserve signaled April 27 that borrowing costs will remain near zero percent for an extended period. The economy in China, the biggest foreign holder of U.S. Treasuries, grew 9.7 percent in the first quarter.
China is out to have more gold than America, and Russia is aspiring to the same,” McEwen said yesterday in an interview at a Bloomberg Link conference in New York. “When you have debt, you don’t have a lot of flexibility. China wants to show its currency has more backing than the U.S.”
In 2010, central banks became net buyers for the first time in two decades, adding 87 metric tons in official-sector purchases by countries including Bolivia, Sri Lanka and Mauritius, according to World Gold Council data. China, with more than $3 trillion in foreign-currency reserves, plans to set up new funds to invest in precious metals, Century Weekly reported this week. Russia purchased 8 tons of gold in the first quarter.

China’s Gold Reserves
China, which has just 1.6 percent of its reserves in gold, may invest more than $1 trillion in bullion, Pento said. “China wants to be an international player, and they need to own more gold than they currently have.”

The U.S. Treasury Department projects the government could reach its debt ceiling of $14.3 trillion as soon as mid-May and run out of options for avoiding default by early July. The Fed has kept its benchmark rate between zero percent and 0.25 percent since December 2008 to help stimulate the economy, driving the dollar down 11 percent against a basket of six major currencies during the past year. “Until monetary policy changes, you’re going to continue to see gold go up,” said Michael Cuggino, who helps manage $12 billion at Permanent Portfolio Funds in San Francisco.

“Ultimately the best thing we can do to create strong fundamentals for the dollar in the medium term is first, keep inflation low, which maintains the buying power of the dollar, and second, create a stronger economy,” Fed Chairman Ben S. Bernanke said on April 27.

U.S. Reserves
As of April, China was the sixth-largest official holder of gold, with 1,054.1 tons, according to World Gold Council estimates. The U.S. has the most, with 8,133.5 tons, or 74.8 percent of the nation’s currency reserves, council data show. Central-bank buying may have the same impact on gold as the introduction of exchange-traded funds, Cuggino said. Prices have more than tripled since the SPDR Gold Trust, the biggest ETF backed by bullion, was introduced in November 2004.

Central banks in emerging markets may aim to hold 2 percent to 8 percent of their foreign-currency reserves in gold, Francisco Blanch, the head of commodities research at Bank of America Merrill Lynch in New York, said in an interview. Gold is “close to” its cyclical high, said Blanch, who expects the metal to average $1,500 this year.

Gold’s Enemies
“The enemies of gold are rising interest rate and a balanced budget,” said Pento of Euro Pacific Capital in New York. “I look for a summer swoon once Bernanke exits the bond market. You’re going to have a temporary rise in real interest rates.”

The Fed said it would buy $600 billion in U.S. Treasuries through June. The Federal Funds rate would have to rise to “Volcker” levels before gold enters a bear market, said Gold Corp.’s McEwen, who expects the metal to rise to $5,000 over three to four years.

Prices have advanced 10 percent this year, extending a decade of gains in which gold jumped sixfold from a low in 1999. The all-time inflation adjusted record is $2,338.92, based on the value on Jan. 21, 1980, according to a calculator on the Web site of the Federal Reserve Bank of Minneapolis. Former Fed Chairman Paul Volcker ended gold’s rally to a then-record $873 by raising borrowing costs to 20 percent in March 1980.


0 comments

Amaran IMF - Hutang dunia terlalu tinggi (hujung tanduk)


The world's banks face a $3.6 trillion (£2.2 trillion) "wall of maturing debt" in the next two years alone, but must compete against governments to secure new financing, the fund said.

"These bank funding needs coincide with higher sovereign refinancing requirements, heightening competition for scarce funding resources," the latest global financial stability report from the IMF warned.

Irish and German banks faced the most "acute" need to rollover their debt, with as much as half of all their outstanding debt due in the next two years, said the IMF, which saw Europe's banks as posing a particular threat to the financial system.

"Many institutions – particularly weaker European banks – are caught in a maelstrom of inter-linked pressures that are intensifying risks for the system as a whole," it said.

With a number of European banks – "nearly all" of those in Greece, Ireland and Portugal, as well as some in Spain and Germany – now priced out on of the wholesale funding markets, there is a risk that negative news could see more institutions join them, said the IMF



0 comments