Party Items n Toys for your love one

Membeli Surat Pajak dan Emas Terpakai

Saya memahami tidak ramai yang memiliki sejumlah wang untuk terus menjadi agen emas ai Love Gold . Oleh yang sedemikian jadilah sub agen dengan group ai Love Gold dengan mendapat potongan RM bagi setiap gram emas yang dibeli dan mendapat RM bagi setiap gram yang dibeli oleh pihak lain dari nilai semasa belian emas. call/ sms segera.

Harga jualan lebih rendah dari harga pasaran bagi rantai tangan dan rantai leher emas 999 24k, gold bar GCP (999), pam suisse (999.9) dan 1 dinar 999.9 24k begitu juga belian semula lebih tinggi dari harga pasaran.

Harga Persatuan 29hb


Update terbaru harga persatuan perniaga emas selaras dengan penurunan harga emas dunia.

0 comments

Kejatuhan Harga Emas! Beli Jangan Tak Beli!

Buat kesekian kalinya harga emas merudum dengan komposisi yang besar!

Kenaikan harga Dolar US menyebabkan harga emas merudum buat masa ini dan jangkaannya berkemungkinan tidak bertahan lama dan terus jatuh kerana secara totalnya Dolar sebenarnya masih lemah.

Tapi sebenarnya bukan emas sahaja merudum ya...

Pasaran saham Asia juga merudum, Perak turun sehingga 6% dan harga minyak juga turun beberapa dolar setong.

Pada ketika dan saat ini harga emas masih dalam pembetulan dan kemungkinan besar akan naik semula menjelang minggu depan. Jadi ini adalah masa terbaik untuk mendapatkan emas bagi simpanan jangka panjang anda semua!

0 comments

Harga Emas Jatuh!

Kenapa harga emas jatuh ketika ini? ini antara jawapannya...

Pengukuhan nilai dolar AS antara punca penyusutan hampir 20 peratus

ALIRAN kenaikan jangka panjang emas terhenti selepas mencapai kemuncaknya tiga minggu lalu dengan kejatuhan hampir 20 peratus daripada paras tertinggi yang dicatat pada 6 September lalu.

Kontrak semasa emas semalam terus mengalami penyusutan dengan kejatuhan 5.8 peratus kepada AS$1,561.69 seauns kejatuhan harian terbesar sejak Oktober 2008.
Penganalisis berkata, kejatuhan mendadak harga logam berharga itu sejak kebelakangan ini adalah berikutan pengukuhan dolar Amerika Syarikat (AS), penjualan oleh dana lindung nilai untuk mendapat tunai bagi menampung kerugian di pasaran lain serta ketidaktentuan terhadap daya tarikan emas sebagai instrumen pelaburan selamat.

Bagi kontrak semasa perak, yang mana harganya lebih berkait rapat dengan pertumbuhan ekonomi susulan kegunaan dalam industri, mencapai paras terendah sejak Januari dan susut 45 peratus daripada paras tertinggi yang dicatat pada April. Ahli Ekonomi Kanan Penyelidikan UOB, Alvin Liew, berkata sebelum ini tunai digunakan untuk melabur dalam komoditi khususnya emas dan perak.

Bagaimanapun, katanya emas kini bukan lagi instrumen menarik untuk melindungi pelaburan daripada inflasi susulan masalah hutang Eropah dan jangkaan inflasi Amerika Syarikat (AS).

Kedua-dua masalah itu menyaksikan dana mengalir kembali ke AS, yang mana menyaksikan peningkatan semula nilai dolar.

Namun begitu, dalam jangka panjang, emas masih memiliki nilainya yang tersendiri dan harganya akan meningkat dalam tempoh akan datang, jelasnya.


0 comments

Harga Baru Persatuan (FGJAM ) 26 Sept 2011

Minggu baru dimulakan dengan berita penurunan harga emas...

0 comments

Kelebihan Ar Rahnu Bank Rakyat


Salam berhujung minggu.

Kali ini saya ingin berkongsikan sedikit ilmu bagaimana hendak memaksimakan pelaburan emas anda!

Seperti sedia maklum emas terdiri dari pelbagai kategori 999.9, 999, 950, 916 dll.

Kebiasaannya adalah emas 999.9, 999 atau 916. Sekarang rasanya ramai yang sudah tahu sistem manipulasi pajakan emas. Sebelumnya pemain emas lebih terarah ke Gold Bar.

Tapi sejak bulan Mei lepas Emas Bar dah kena BAR dari semua bank... aduhai. Kenapa kena bar ye? Kemungkinan besar Persatuan Peniaga Emas membuat aduan kepada Bank Negara, emas mereka tidak laku sangat sebab mahal. Kemudian dalam masa sama timbul rantai emas 999 pelaburan pula. Orang sebutkan juga emas 10.

Sistem pajakan emas adalah sama untuk semua Ar Rahnu. Kepada sesiapa yang biasa membuat pajakan pelaburan atau pernah tentu sudah maklum kelebihan ini kerana jika emas disimpan sahaja setahun kenaikan adalah 20% - 30% keuntungan tapi emas anda perlu dijual (emas takde lagi dalam tangan) jika pelaburan pajakan ini emas anda tetap kekal dengan anda malah anda dapat extra sama 20%-30% keuntungan! detail kiraan saya akan postkan kemudian.

TAPI jika dengan kelebihan turun naik harga emas yang ditawarkan Bank Rakyat (BR) anda sebenarnya boleh dapat tambahan keuntungan sekitar 10%-20% lagi! Ia dinamakan Kontra surat Pajak atau Renew Surat Pajak anda!

Jadi total keuntungan setahun (Biasanya tak sampai setahun, 7 -9 bulan sahaja!) [kaedah nya macam mana? call saya untuk maklumat lanjut atau tunggu posting saya lain kali] menjadi 40% setahun! Jika anda melabur RM100,000 emas anda mendapat pulangan RM 40,000 extra tidak sampai setahun! Best kan?!!

Apapun perlu ilmu dan ini bukan pelaburan merapu bak kata Dato Ustazah Siti Nor Bakyah.. Anda Buat Anda Dapat :)

0 comments

Terbunuh ketika melombong emas


Al fatihah kepada mangsa dan takziah kepada keluarga mangsa.

Mohd Shafadrul maut apabila terowong di dalam lubang sedalam lebih lima meter yang digalinya di ladang sawit milik Pertubuhan Kebajikan Anak Yatim (PKAYM) di kilometer 13, Jalan Endau-Mersing di sini, runtuh kira-kira jam 9 malam.


Dalam kita menjalani kehidupan ini perlulah ada satu panduan yang perlu kita patuhi dan ikuti barulah hidup kita ini teratur dan memberikan jaminan keselamatan kepada kita.

Seperti mana memandu ada undang-undang yang perlu dipatuhi begitu juga kerja melombong atau cari gali ini.

mengikut undang-undang Kanun Tanah Negara Sec 4 Berkaitan tanah ialah :

"Apa sahaja yang berada di atas dan dibawah dan terlekat padanya adalah tanah" inilah yang membezakan antara Pajakan tanah 60, 99 dll tahun atau Freehold (pegangan bebas). Jika pajakan tanah itu tamat tempoh rumah anda sudah ditakrifkan sebagai tanah. Jadi milik kerajaan! Harta anda adalah yang boleh alih sahaja!

Disini dalam melombong juga ada undang-undang. Perlu kebenaran melombong dan kaedah melombong yang dibenarkan. Perlu mohon permit mengeluarkan batuan di pejabat tanah. JANGAN buat sesuka hati kerana perlu ambil kira kekuatan tanah, kontur tanah, aliran air dll. Tambahan jika tanah tersebut ada tuan punya seperti yang terjadi kepada mangsa.

SIKAP TAMAK SEMEMANGNYA MEMBAWA KERUGIAN, ORANG TAMAK SELALU RUGI!
RUGI DUNIA TAKPA LAGI TAPI JANGAN RUGI DI AKHIRAT!

0 comments

Ulasan Pasaran: Kejatuhan 2 hari berturut-turut

HARGA saham di Bursa Malaysia mencatat penurunan buat hari kedua berturut-turut pada penutup semalam apabila pelabur mengurangkan pegangan berikutan kebimbangan yang meningkat terhadap ekonomi dunia yang semakin lemah.

Prestasi pasaran, yang dibuka 3.11 mata lebih rendah kepada 1,410.01, bergerak dalam julat 1,404.27 dan 1,412.53 mata sepanjang dagangan semalam.

Kerugian terbesar dicatatkan oleh Petronas Chemicals, yang menyumbang kira-kira 6.471 peratus daripada jumlah wajaran FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI), mengheret turun indeks petunjuk pasaran 2.48 mata lebih rendah untuk ditutup pada 1,410.64.

Seorang penganalisis berkata tiada berita perkembangan korporat tempatan, dan menyukarkan pelabur, terutama pelabur asing, untuk membuat keputusan pelaburan.

Beliau berkata sentimen lemah di seluruh dunia membimbangkan pelabur, menyebabkan mereka keluar dan mendapatkan aset yang kurang berisiko seperti emas dan dolar Amerika Syarikat.


0 comments

Negara Greece Sekarang

Salam

Sebentar tadi saya dapat bersembang "chat" dengan rakan dari luar negara. Katanya banyak berita dari negara Greece yang tidak di ceritakan sebenar-benarnya...

Mengapa? kerana sebenarnya mereka sedang di take over oleh satu kuasa lain dan mereka menjadi seperti boneka sahaja.

antara petikan ayat2 dari satu web chat dari rakyat Greece di luar negaranya :-

"Negara kami sudah dibawah kawalan bankrupsi semenjak beberapa bulan lepas"

"Sekarang kita sedang menonton drama epilog Greece dan saya rasa ia tidak akan berakhir lagi. Sebenarnya secara praktikalnya tidak langsung....

"Penganggur (part time tak kira) dah lebih 30%"

"Kerajaan kenakan cukai yang sangat mengarut untuk menutup lubang fiskal, dan rakyat tidak mampu untuk membayar lagi" - macam sama je dengan kerajaan Malaysia GST 6% (lepas menang pilihanraya full swing sekarang pon tax dah jalan, servis tax 4-6%( kita beli ambil sendiri pon kena cukai servis, gila!), cukai telco prabayar 6% tangguh-sama gak lepas menang pilihanraya akan diteruskan, tol akan naik, minyak masak akan naik sebab dah di control bekas raja gula (Robert Kwok), minyak petrol akan naik, gas masak tunggu masa je ni, begitu juga yang lain2... gaji? tetap macam tu!

"Satu dari dua famili telah mencecah taraf miskin" di Malaysia jika pendapatan keluarga bawah RM 3000.00, anak 2 orang dan tinggal di bandar besar seperti Pulau Pinang, KL dan JB, maka ia dikategorikan miskin!!!

"Perdana Menteri mengumumkan bahawa kerajaan akan memastikan atleast seorang dalam famili tersebut mesti ada kerja" hah?!!

"Ekonomi kita dah hancur! kita tidak lagi mengeluar tetapi mengimport"

"Potongan dalam semua perbelanjaan, hidup makin susah dan barangan semakin mahal! tapi gaji tetap kecil!, bayangkan hidup semakin mahal melebihi 7-8% setahun tapi gaji atau pencen dipotong/ defisit sehingga 20%! masukkan ini kepada cukai yang bukan-bukan pula, semua dah tak sanggup" ermm macam sama kat Malaysia je rasanya nih

"PEMIMPIN SEMUA LARI DARI TANGGUNGJAWAB DAN MEREKA KAYA RAYA, TENTUNYA HASIL DARI SALAH GUNA KUASA" ni pon sama rasanya di Malaysia... jadi wakil rakyat sepenggal, kaya 7 keturunan!

dan berlambak2 lagi komen, keluh kesah dari rakyat Greece yang boleh anda tanya Pakcik Google...

Sedikit dari saya, Fikir-fikirkan lah untuk masa depan negara kita nanti. Jangan terlalu emosi dan mengikut perasaan sangat. Kaji, baca, dengar dari semua pihak jangan harap dari satu pihak sahaja. Buka minda anda seluasnya. Pilihan ditangan anda! Daftar lah sebagai pengundi demi kelangsungan Malaysia dan terutamanya keluarga anda.



0 comments

Kunjung Mengunjung...

Selamat Mengunjungi teman dan sahabat handai di hujung minggu ini.

Jalan raya sudah tentunya dilimpahi dengan kenderaan tetapi kerana semangat kunjung mengunjungi kita tetap teruskan juga. Itulah sebabnya saya berbangga dengan rakyat Malaysia.

Perjalanan yang mengambil masa tidak sampai 30 minit telah menjadi sejam setengah! Jalan sikit tol! keluar je simpang tol! nak pergi kena tol! nak balik kena lagi tol! sehari berjalan di sekitar lembah kelang tidak kurang RM 20 dihabiskan untuk TOL!!!!

Minggu depan atau dalam short term ini jangkaan dari petunjuk ekonomi dunia akan menyaksikan harga emas akan menurun sedikit. Ini saya lihat atau menjangkakan hasil dari keputusan Bank Cetral Eropah yang akan mengkoordinat pasaran dengan dolar supaya bank-bank eropah akan mendapat liquid dari short-term. ini mungkin akan cool down sedikit kerisauan terhadap kredit tetapi tidak menyelesaikan hutang pesisir.

Pada masa sama juga saya merasakan US Federal Reserve akan mengumumkan program stimulus untuk ekonomi mereka. Budget ketenteraan Britain juga telah dikurangkan sebanyak 10b Paun Sterling


0 comments

Harga Baru Perniaga Emas 9 September



Salam. Semalam menunjukkan kenaikkan lagi harga emas dari persatuan untuk semua peniaga emas di seluruh malaysia

0 comments

Harga Persatuan 3 September

Salam. Makluman kepada semua harga emas sudah mula dinaikkan pada semalam iaitu 3 September kerana permulaan jangkaan harga emas di US yang akan meningkat naik akibat belian besar dari individu sebagai pegangan keselesaan dari terbahana dengan kegawatan ekonomi mereka terutama di eropah

0 comments

Duit Raya, Harga Emas & Tol...



Selamat bertemu kembali kepada semua...

Setelah puas beraya kini tiba masanya kita kembali kepada kehidupan normal kita seharian...

Pergi kerja balik kerja. Apa pun pada hari raya ini rata-rata sejumlah besar duit akan bertukar tangan. Tentu anda setuju dengan saya bukan.

Kepada orang yang memiliki lebihan sedikit wang akan menghadiahkan sejumlah wang kepada orang tertentu dan sudah tentunya kanak2 tidak ketinggalan manakala bagi yang telah mengeluarkan wang pula mendapat kenalan dan mengeratkan silaturahim sesama kita.

Bagi kanak2 yang telah memperolehi wang ajarkanlah supaya menabung atau jika mencukupi tukarkanlah kepada 1,5 atau 10 Dinar sebagai ganti wang kertas tersebut. Cantik bukan?

Keadaan diluar sana adalah masih tidak meyakinkan lagi. Penganggur di negara uncle Sam semakin bertambah, manakala negara eropah juga tidak kalah... Portugal sudah senak, Greece dalam ICU, lain2 bakal menyusul...

Adakah jika kegawatan ini terjadi negara Malaysia tercinta kita ini tidak akan tergugat? Jangan dengar kata media perdana sahaja bulat2, anda fikir sendiri dan cari juga dari sumber2 lain...



Bagaimana harga emas minggu depan? 5 September -9 september 2011? Mengikut trend isu semasa dan keadaan ekonomi US dan eropah saya menjangkakan kenaikan kepada harga emas!

Dapat beraya di Kampung sememangnya menyeronokkan kerana dapat bertemu saudara mara yang jauh dan hidup dalam suasana kampung tetapi masalahnya adalah perjalanan dan konsesi tol Malaysia!
kita bayar tol untuk memudahkan perjalanan tetapi sebaliknya kesesakan teruk pula yang dihadapi tanpa ada rasa bertanggung jawab untuk mengurangkan nilai tol kepada jumlah diskaun lebih besar misalnya 50% - 70% sebagai ganti rugi kesesakan yang dialami oleh rakyat Malaysia! Tol tetap akan naik walaupun apapun terjadi!

0 comments

Harga Persatuan Perniaga Emas

Salam kepada semua. Selamat Hari Raya dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan. Terima kasih kepada semua pejuang-pejuang kemerdekaan yang diiktiraf dan juga yang tidak disebutkan namanya. Lebih-lebih lagi kepada pejuang yang menumpahkan darah bertempur dengan musuh Tanah Melayu.

Emm maaf kerana terlambat untuk menyatakan disini iaitu pada 26 Ogos lepas (ketika mood raya tahap maksimum) harga emas telah diturunkan sedikit bagi peniaga emas.

Namun perubahan harga ini tidak akan bertahan lama kerana session bullish untuk harga emas akan bermula sehingga Krismas nanti... bersedia untuk mengaut keuntungan anda...



0 comments