Party Items n Toys for your love one

Membeli Surat Pajak dan Emas Terpakai

Saya memahami tidak ramai yang memiliki sejumlah wang untuk terus menjadi agen emas ai Love Gold . Oleh yang sedemikian jadilah sub agen dengan group ai Love Gold dengan mendapat potongan RM bagi setiap gram emas yang dibeli dan mendapat RM bagi setiap gram yang dibeli oleh pihak lain dari nilai semasa belian emas. call/ sms segera.

Harga jualan lebih rendah dari harga pasaran bagi rantai tangan dan rantai leher emas 999 24k, gold bar GCP (999), pam suisse (999.9) dan 1 dinar 999.9 24k begitu juga belian semula lebih tinggi dari harga pasaran.

Harga Emas Kekalkan Kenaikan

Kenapa harga emas dalam minggu lepas sehingga hari ini berterusan sky rocket?


Ini adalah kerana US Dollar terus menunjukkan kejatuhan. Merujuk kepada pengumuman Ben Bernanke's (Pengerusi US Federal Reserve) setelah sekian lamanya menyepikan diri pada jumaat lepas buat pertamakalinya mengumumkan yang mana kadar untuk interest akan berterusan kekal rendah yang mana antara faktor ini menentukan nilai pertukaran matawang. Manakala euro pula sebaliknya.

Minggu lepas dolar jatuh lagi ke 7.1 mata dan terus kekal rendah di mata 73.05. Secara teknikalnya saya percaya ia akan terus menuju ke mata 70.70 (2008 terendah) dan akan datang akan mengarah ke 40. Apa maknanya ni? Apa lagi bahasa mudahnya harga emas akan terus naik dan naik sehinggalah sesuatu dilakukan terhadap dolar US.

Jangkaan saya buat minggu mendatang ini harga emas akan terus sky rocket so sesiapa yang memiliki emas dan anda seorang player yang rough cadang saya jika anda belum jual emas anda atau kontrakan surat pajak anda silalah berbuat demikian.


0 comments

Harga Emas Kekal Tinggi - Berita Harian 21 April



Logam pelaburan paling selamat lepasi paras AS$1,500 seauns HARGA emas buat pertama kali dalam sejarah melepasi paras AS$1,500 (RM4,524) seauns semalam, apabila kelemahan nilai dolar Amerika Syarikat (AS) ditambah pula dengan kebimbangan terhadap kadar inflasi yang tinggi serta krisis hutang yang membelenggu negara Eropah menyebabkan pelabur beralih membeli logam yang dianggap pelindung nilai paling selamat itu


Harga logam itu mencecah AS$1,502.32 seauns pada satu ketika dalam sesi dagangan di Pasaran Jongkong London semalam sebelum ditutup pada AS$1,499.32 seauns.

Harga logam perak turut mencatatkan harga tertingginya dalam tempoh 31 tahun semalam iaitu AS$44.48 seauns. “Harga emas kekal tinggi, apabila tekanan inflasi jangka pendek dan ketidaktentuan ekonomi telah mencetuskan peralihan kepada pelaburan lebih selamat,” kata Penganalisis Komoditi Kumpulan Kewangan Rusia, VTB Capital, Andrey Kryuchenkov.

Emas dilihat sebagai pelindung nilai paling selamat dalam situasi ekonomi yang tidak menentu. Harga emas mula melonjak untuk bergerak ke paras AS$1,500 pada Isnin lalu selepas agensi penarafan antarabangsa, Standard & Poor’s (S&P) menyemak semula tinjauan penarafan hutang kedaulatan AS kepada negatif daripada stabil.

Penarafan S&P itu mencabar penarafan ‘AAA’ Washington, apabila ia memberi amaran bahawa ahli politik AS dilihat tidak mampu menyetujui pelan untuk mengurangkan defisit bajet yang besar, iaitu kira-kira 10 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara itu.


Penurunan penarafan itu juga mengheret turun harga saham dunia pada Isnin, di tengah-tengah meningkatnya kebimbangan terhadap inflasi dengan China, India dan zon euro bergelut untuk membendung kenaikan harga. Minggu lalu, firma perunding logam, GFMS mengunjurkan harga emas akan melonjak melepasi paras AS$1,600 tahun ini, dipacu terutama oleh kebimbangan ke atas inflasi yang tinggi.

Kryuchenkov berkata: “Emas melonjak selepas S&P menurunkan penarafan tinjauan hutang kedaulatan AS kepada negatif dan ia dibuat ketika adanya kebimbangan mengenai masalah ekonomi susulan kemunculan semula masalah hutang di zon euro.”


Harga emas telah meningkat enam peratus sejak awal tahun ini, memecah beberapa siri rekod tertingginya sepanjang tempoh itu. Harganya melepasi paras AS$1,000 buat kali pertama pada Mac 2008. “Emas akan terus menjadi tumpuan pelabur selagi kebimbangan terhadap inflasi dan hutang berterusan,” kata Penganalisis kumpulan perdagangan Spread Co, Ian O’Sullivan. – AFP



0 comments

Linda Rafar berniaga emas

Fenomena emas sudah melanda (Gold Rush) di Malaysia sudah bermula. Baguslah sebegitu semakin ramai sudah sedar akan kerapuhan wang fiat dalam pasaran...

Pelbagai kaedah yang dilakukan seperti juga syarikat yang diwakili selebriti kita ini. lihat sini cumanya perbezaan jualan beliau dengan saya sangat berbeza kerana saya bukan sahaja mencari keuntungan semata tetapi saya dan rakan2 ai Love Gold lebih kepada mendidik mengenai ilmu emas ini.

Kepelbagaian dalam jualan juga sebenarnya memainkan peranan dalam promosi seperti syarikat beliau wakili kerana bagi saya ilmu itu adalah lebih berharga berbanding simpanan yang syarikatnya jalankan.

Sebagai contoh jualan beliau hanyalah terhad kepada jumlah besar 100gm 500gm dan 1 kg emas. Tetapi ai Love Gold mencakupi semua aspek emas jualan dari sekecil 10gm, 20gm, 50gm 100gm, 500gm dan 1 kg emas bar (jongkong) untuk sessi emas pelaburan dan semua jenis barangan kemas 916 (jewellery) untuk pakaian perhiasan diri wanita...


Harga? sudah tentu lebih murah dari harga pasaran dan bagi barang kemas tanpa kos upah!

0 comments

PENGUMUMAN

Buat sementara waktu ini semua tempahan barangan kemas 916 tidak dapat diteruskan.

Ini adalah kerana permintaan jualan secara terus stok sediada bagi syarikat sendiri adalah tidak tertampung. Penangguhan ini hanya untuk seketika sahaja sehingga diberitahu kelak.


Segala kesulitan amat dikesali


Harap Maaf

0 comments

Public Gold

Secara rasminya saya ingin mengumumkan bahawa saya menarik diri (sehingga diberitahu kelak) dari menjadi agen Public Gold! kenapa?

Ada beberapa sebab ingin saya ketengahkan disini!


  1. Order barang, tapi terima terlalu lama (sebulan!) Macam mana nak kontrakan surat pajak?

  2. Pembayaran pandai pula perlu diselesaikan segera!

  3. Barang sudah ada dan nak ambil perlu pula tunggu sehingga 3-4 jam!!

  4. Pada masa tempoh menunggu barang pula, kenderaan perlu bayar 'Parking Kereta' siapa nak bayar?

  5. Bila pembeli berkelapangan nak ambil barang sistem pula bermasalah!

  6. Pembayaran keuntungan diterima agak lambat iaitu sebulan sekali!

  7. Keuntungan perniagaan terlalu rendah!

  8. Mempergunakan orang melayu (98% Pembeli adalah dari kalangan orang melayu tetapi pekerja Public Gold tak sampai 2% orang melayu). Buka racist tapi ini realiti

  9. Lu pikir laa sendiri... (kata nabil)
So inilah antara sebabnya saya nak berehat seketika dari menjadi Agen Public Gold so barang dalam tangan saya sekarang saya akan umumkan untuk dilelong dengan jumlah keseluruhan RM 65 000 ringgit. Pastinya lebih murah dari harga pasaran!!!

Antara barangannya ialah 5 dinar, 10 dinar, 50gm syiling 999.9 kepada sesiapa yang berminat sila call saya . Siapa cepat dia dapat!!!

0 comments

Kontrakan Surat Pajak

Hai hai hai hai...

Hari ini 20April 2011 saya dah kontrakan surat pajak saya dengan keuntungan kenaikan dari RM 153/gm dan harga Ar Rahnu bank rakyat terkini RM 171.49/gm.

Susah ke nak buat kontrakan surat pajak tersebut?

Taklah senang super senang!!! dan saya mendapat beza keuntungan RM18.49/gm!!! berapa banyak pula rantaian surat pajak saya tersebut dan nilai jumlah berat emas yang saya miliki untuk rantaian ini?

Apa pun yang utamanya saya telah mendapat keuntungan yang berganda untuk tempoh 2 bulan sahaja!!!

Kaedahnya? cth

*Awal Pajak Arrahnu Bank Rakyat

Dulu nilai pajakan saya 202.45 gm (rm153/gm -marhun)
= RM30,974.85 - 70% pinjaman = RM 21,682.40

Upah simpan 2 bulan = RM162.61 x 2 bulan = RM 325.24

[Rm 100.00 upah RM 0.75 so (21,685.40/100)x .75 = sebulan] <---charge dari Ar Rahnu

*Latest kontra surat pajak pertama saya

Kini nilai pajakan saya 202.45 gm (rm171.49/gm -marhun)

= RM34,718.15 - 70% pinjaman = RM 24,302.71

Keuntungan saya?

RM 24,302.71 - RM 21,682.40 (pinjaman pajak awal) - RM 325.24 (upah simpan awal)

= RM 2,295.07 ini baru keuntungan surat pajak pertama sahaja ada 5 steps lagi surat pajak saya untuk circle yang ini.

Hu hu hu

So duit ni nak buat apa? beli balik emas masa harga menurun untuk fasa kedua circle emas tahun ini...

Sekarang anda faham macam mana nak buat duit?


  1. Follow arahan saya melalui blog saya

  2. Call saya untuk bertanya andai masih tidak faham

  3. Ada wang beli emas dari saya (murah dari pasaran + ada diskaun lagi)

  4. Pajakkan ke Ar Rahnu

  5. Nak beli dengan harga lagi murah? Jadi agen / stokis saya

  6. Berniaga emas
Berikutnya kita tunggu harga menurun semula yaa... analisa teknikal dari saya bakal menyusul

Tungguuuu...

0 comments

Metro 14 April

GIMIK ke nih???

Apapun yang pasti harga emas sememangnya melambung sekarang ini. Kepada sesiapa yang sudah memilikinya Alhamdulillah...

Ingat apa saya pernah beritahu dahulu ? Dari harga terendah sehingga 1st kenaikan tertinggi berlaku bila? baca sini dan sini

Pada bulan April ini adalah masa yang baik untuk anda menjual emas yang ada ditangan anda dan mendapatkan cash kemudian bila harga emas menurun nanti mulakan dengan membelinya semula dan buat semula pajakan kerana dari harga terendah pada bulan Februari lepas sehingga harga terkini anda sudahpun mendapat keuntungan 7-8%.

0 comments

Barang Kemas (Jewellery) 916

Alhamdulillah 1 April 2011 ( 27 Jamadil Akhir 1437H) semua perancangan telah berjalan dan persiapan telah mencapai 90%. Tinggal web sahaja masih dalam tindakan sentuhan terakhir dan Inysaallah minggu depan segara perancangan akan berjalan sepenuhnya.


Saya membuka peluang kepada semua yang berminat dalam berniaga terutama barangan kemas 916 ini boleh menghubungi saya untuk menjadi agen atau stokis dengan harga tawaran yang sangat menarik yang mana harga tawaran adalah sangat jauh dari yang ditawarkan oleh pekedai emas dengan TANPA KOS UPAH DAN HARGA LEBIH RENDAH DARI HARGA PASARAN SEMASA!!!

Barang kemas saya adalah terdiri dari rekaan evergreen sehingga yang terkini "up to date". Kaedah pembelian adalah tempahan dan belian terus. Pilihan untuk cincin pula akan mengikut saiz jari anda.

Berikut adalah sedikit 'Glimpse' antara barangan yang saya tawarkan... selebihnya boleh merujuk sila klik : - rantai tangan, anting-anting, set barang kemas dan half set.













0 comments

Dinar Negeri Perak



Alhamdulillah perkembangan bagi dinar dan dirham nampaknya melangkah setapak lagi dengan Negeri Perak menjadi negeri ke-2 selepas Kelantan sebagai peneraju matawang dinar ini...


Berikut adalah zoom foto dinar dan dirham dari dekat.


Tengok syiling ya, bukan orang yang memegang syiling huhu apa pun tidak dinafikan yang memegang syiling ni sejuk mata memandang nya.


Dinar emas dan dirham ini dikeluarkan oleh Goldnet International Sdn Bhd, anak syarikat Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) dengan kerjasama KFH (Malaysia) Sdn Bhd



0 comments