Party Items n Toys for your love one

Membeli Surat Pajak dan Emas Terpakai

Saya memahami tidak ramai yang memiliki sejumlah wang untuk terus menjadi agen emas ai Love Gold . Oleh yang sedemikian jadilah sub agen dengan group ai Love Gold dengan mendapat potongan RM bagi setiap gram emas yang dibeli dan mendapat RM bagi setiap gram yang dibeli oleh pihak lain dari nilai semasa belian emas. call/ sms segera.

Harga jualan lebih rendah dari harga pasaran bagi rantai tangan dan rantai leher emas 999 24k, gold bar GCP (999), pam suisse (999.9) dan 1 dinar 999.9 24k begitu juga belian semula lebih tinggi dari harga pasaran.

Krisis di Mesir

Salam hormat kepada pembaca blog saya semua.

Untuk beberapa hari kebelakang saya tidak berkesempatan untuk update harga emas dan posting saya kerana membawa famili berlibur ke negara jiran. Semua agen saya juga seharusnya begitu. Perlu sediakan masa untuk pencipta (agama), diri sendiri, keluarga, masyarakat dan negara. Kita semua adalah sama baik orang ber'wang' atau tidak. Jauh perjalanan luas pemandangan. Saya sudah semestinya memperuntukkan masa untuk aktiviti bersama keluarga dan antaranya adalah melancong. Melancong tidak kira dalam atau luar negara.

Anda juga harus sebegitu. Mengikut kaedah pelaburan seharusnya anda bahagikan (asingkan) dahulu perbelanjaan penting dan simpanan anda kemudian baki dari situlah baru belanja. Misalnya 10% dari pendapatan diperuntukan untuk insuren diri (cari yang ditawarkan at least 3 in 1 iaitu simpanan, medical card dan life insuren), 5% tabung melancong, Haji buka akaun dahulu dengan simpanan minium adalah memadai bagi mendapatkan tarikh kita ( biasanya 15 tahun mendatang ) Tidak perlu membuat simpanan bulanan kerana ada kaedah yang telah saya terangkan dalam post terdahulu disini , dan juga lain-lain bentuk simpanan termasuklah EMAS.

Bagi yang dapat membeli emas pada waktu saranan saya yang lepas terdahulu saya ucapkan tahniah kerana anda telah mendapat 'kick start' yang terbaik. Kenapa?

Kerana faktor-faktor luar negara terutama negara-negara pengeluar minyak sekarang sedang bergolak umpama 'api dalam sekam'. Apabila ada 'Hiccup" dalam pengeluaran minyak maka sudah pasti harga emas akan melonjak paling tidak dalam sebulan 2 mendatang ke 15% at least!.

Harus diingat terusan suez yang menjadi 'short cut' kapal2 dagang dan paip minyak bermutu tinggi bernama Sumed sepanjang 300 batu terletak disana. Oleh sedemikian barang dagangan juga akan menghadapi masalah nanti

Isnin lepas minyak melonjak ke USD89 / tong dan ini adalah yang terting di NYMEX sejak 2009.
manakala emas ke USD 1, 340.90 / auns.

Jadi jika anda ingin buat duit dari emas ini silalah hubungi saya atau agen2 saya kerana saya jamin dalam masa terdekat ini anda pasti akan beroleh keuntungan at least 15% untuk 2 3 bulan mendatang.

Percayalah kerana krisis di Mesir tidak akan berakhir disitu sahaja. Banyak negara boneka Amerika akan jatuh ke kancah pergolakan. Malaysia terlibat tak? tungguu...

0 comments

Teknikal Spot



Salam sejahtera kepada semua peminat Logam Rebutan ini. kalau anda mengikuti tulisan saya di blog saya sebelum ini saya ada menyatakan bahawa mengikut ramalan ahlil nujum negara harga emas pasti akan capai lower peak kan. Baca sini Iaitu jatuh pada 21 Januari 2011, jadi boleh dikatakan ramalan saya itu hampir tepat cumanya scope kajian saya adalah berdasarkan pasaran negara barat ( Ye laa sebab semua kan suka barat berbanding adat timur kita) jadi sebenarnya mengikut perkiraannya adalah jatuh hari ini sabtu pada waktu tempatan (kerana barat 24 lewat sehari) . Tapi ia tidak 100% tepat kerana ada beberapa faktor lain yang boleh mempengaruhi kenaikan/penurunan harga bagi minggu mendatang (Apa pun tidak berbeza terlalu ketara). Apa pon saya up percentage ramalan saya ke 90% dari 80% sebelum ini. huhuhu...

Jadi oleh kerana ini blog saya dan tiada siapa lagi yang nak puji, baiklah saya puji diri sendiri atas hampir tepatnya kajian saya ini. kalau main saham high risk bagus ni untuk kaya cepat tapi takpelaa dapat tak halal, kaya pun tak guna. Bukan boleh nak menongkat langit pun

Inilah hebatnya ilmu ya walaupun background saya kejuruteraan tapi dengan sedikit bacaan dan kajian membolehkan saya membaca ilmu pasaran dunia.( Puji diri sendiri laa ni )
Bila dah ada 'Lower Peak' mesti semua nak 'Highers Peak' betul tak? Ni laa pon antara target semua orang bukan? Saya pon sama juga hehehe boleh tambah2 duit skit buat beli susu anak dikala semua harga barang naik ni. Emas pon ada pasang surut tapi barang jualan lain? makanan? Minyak? Tol? tak pernah turun2.
Buat masa ni saya tak habis lagi kaji pasaran lepas-lepas lagi, ada baki dalam 30% lagi untuk settle. Next post saya akan paparkan hasil kajian saya untuk 'Highers Peak' terdekat pula. Apa pun kalau anda menggunakan teknik spot harga di Bank Rakyat jangka kenaikan untuk ke 'Highers Peak' akan beroleh peak berkala sehingga minimum 4 kali. Pada tika ini pon ada boleh buat duit sedikit.
Dengan pajakan untuk 100gm anda beroleh untuk spot harga dan peroleh RM cukup untuk 1 dinar emas bagi setiap spot... macam mana pula tu? nantila saya ajar. Hujung minggu ni nak layan TV Cabel Truevision Thailand dan Telkomvison Indonesia.
Selamat Berhujung Minggu

0 comments

Don: Use paper currency, not gold dinar

KUALA LUMPUR: Islamic countries should continue to use paper currency instead of gold dinar, said professor of comparative economic history at International Centre for Education in Islamic Finance Dr Murat Cizakca.

History had shown that the return to coinage system could increase interest rates and inflation would be difficult to control, he said.

Speaking at a public lecture on Islamic Gold Dinar: Myths and Reality organised by Association of Chartered Islamic Finance Professionals and Inceif yesterday, he said money should serve as a medium of exchange, not as a commodity.

“We need to continue with paper currency, and the central banks controlling paper currency should have full autonomy,” he said. He added that gold supply was dominated by non-Islamic countries.

“The gold dinar will be exposed to speculation as the gold price also has its ups and downs. Islamic countries should continue to use paper currency and increase trade among each other,” he said. - Bernama

http://biz.thestar.com.my/news/story.asp?file=/2011/1/18/business/7817150&sec=business

comments :- Oh what a pitty mr murad as a proffessor make such a foolish idea. Come on give me a brake laa. my point :

  1. Paper currency also exposed to manipulation due to long history. It also been traded in the open market and has it ups n downs. The value of the money decreasing every year. On those days back year 1980's, for 1 Ringgit we could buy a cup of coffee, Nasi lemak and still have balance about 40 sen. Now 2011? How much those cost?
  2. How could dinar system could increase interest rates and inflation ??? such a bloodyfool comment from person entitled proffesor. Do you know in the era of Prophet Muhammad Rasulullah s.a.w 1 Dinar can buy a sheep and after over 1400s' year till today 1 Dinar = RM 640 actually also can buy 1 sheep! How can this happen? Where is the inflations comes?
  3. The main problem in current world where we live actually not the dinar system (syariah system) but capitalism system control by jewish, and worsen all the islamic country follow this rubbish system such as Malaysia also.
  4. The return to Islamic trading is essentially a defence and enhance of trade. Why do we need to defend trade? Who/what is attacking trade? Trade has been abolished under the present legal and monopolistic order. To avoid misunderstanding we must clarify that what the World Trade Organisation (WTO) calls Trade, is not Trade in an Islamic sense, but is from an Islamic perspective what we might call monopoly distribution (capitalism).
  5. Economics is not neutral, it is an ideology based on presumptions quite opposite to Allah’s injuction “Allah has permitted trade and has forbidden usury”. Economics reveals a different one, “Economics has forbidden trade and has permitted usury”.
  6. Mr Murat referring back your foolosh idea about the concept of dinar actually we do not fear that the Sharia Currency (use dinar,) will fail, but we fear people mishandling the Islamic Dinar and then blaming the Islamic currency for their own inadequacies.
  7. The Return to the Gold Standard is often mistaken as the Return of the Shariah currency. The mistake has a natural logical appeal: First there were gold coins, then paper that represented in part gold (the gold standard), and now there is only pure paper not backed by any specie of any kind. It is therefore logical but incorrect to imagine that since we came from the gold standard to the present situation we should return to the gold standard on our way to go back to gold.
  8. Regarding the validity of the gold, its greatest strength is the fact that it is and it has been the best international money in history. The difficulty comes when gold is seen as interfering with the needs of management of the present debt economy by State institutions. Gold standard is seen by State instituons as being unfeasible or not practical because it does not allow the expansion of credit which is critical to the survival of the debt economy: unable to solve the problem of “there is no enough money” (which is mathematically an endemic problem of the debt economy), and the impossibility gold poses to “bail-out solutions”.
  9. The problem is -and we will agree with them in this point- that you cannot slim a fat person by simply tightening a belt around his belly. The “solution” would kill him. Monetarists have blamed the “shortage of gold” as being the cause of all the economic crisis in the past. Their argument is that it does not allow for monetary expansion at the time of crisis. Since we are always in an state of crisis, or preventing a crisis, they see gold as a restriction in their primary concern “dealing with the crisis”.
  10. Last but not least mr murat, in my point of view i see that you are acctually confuse or maybe lack of knowledge, but need to speek on sake of your title or representative for somebody else. So what i can say is that Mr Murat please refer back to Quran that if you is a musleem :)

0 comments

Ketua jemaah tarik emas dicekup

KUALA LUMPUR: Wanita warga Indonesia yang mendakwa mampu menarik emas dan mempunyai kira-kira 20 pengikut membabitkan lelaki muda dan tampan, dicekup di rumahnya di Taman Meru Empat, Klang awal pagi semalam.

Ketika ditahan sepasukan anggota Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan Kawasan Rukun Tetangga (KRT) taman itu pada kira-kira jam 3 pagi, wanita berkenaan didapati sedang mengurut seorang pengikutnya di ruang tamu rumah mereka.

Seorang daripada anggota SRS yang enggan dikenali berkata, ketika tangkapan dibuat seorang lagi pengikut wanita berusia 40-an itu berada dalam sebuah bilik di bahagian belakang rumah.

Menurutnya, penduduk taman perumahan itu membabitkan anggota SRS dan KRT membuat serbuan selepas pemantauan dan intipan selama dua minggu selepas kisah wanita itu disiarkan Harian Metro pada 11 Januari lalu.

“Penangkapan dilakukan pada jam lebih kurang 3 pagi semalam. Ketika diserbu dua lelaki muda turut berada di dalam rumah, seorang daripada mereka ditangkap ketika diurut wanita itu.

“Seorang lagi yang berada di dalam bilik cuba melarikan diri menggunakan pintu belakang, namun ditahan pihak kami yang terlebih awal mengepung rumah itu,” katanya.
Katanya, sebelum serbuan dilakukan, mereka menghubungi Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), namun penguat kuasa jabatan itu tidak hadir walaupun sudah berkali-kali dihubungi.

“Berikutan itu, wanita itu dan dua lelaki yang juga dibawa ke Balai Polis Meru. Kami dimaklumkan, pada jam 10 pagi tadi (semalam) baru anggota Jais datang.

“Namun, kami agak kecewa kerana selepas disoal siasat kira-kira satu jam, wanita itu dan dua lelaki terbabit dibebaskan. Kami keliru mengapa dia tidak ditahan terus sedangkan kami diberitahu pas lawatan sosial milik wanita itu sudah tamat tempoh,” katanya.

Kegiatan wanita itu yang dipanggil Kak Emi atau Ibu oleh pengikutnya disiarkan akhbar ini 11 Januari lalu kerana dia dikatakan ligat memancing pemuda tampan berusia 20-an dijadikan pengikutnya bagi dilatih menjadi ejen perbuatan khurafat menarik emas dari alam ghaib.

Wanita berkenaan dikatakan menjalankan kegiatan penipuan itu sejak empat tahun lalu di sekitar Lembah Klang dan setakat ini, jumlah pemuda tampan yang menjadi pengikutnya mencecah 20 orang.
Kalau la betul boleh dapat emas dari alam ghaib bestnye... terus buka kilang lebur emas lepas tu buka kedai dan jual emas jual murah2 pun takde masalah sebab stock tak terhad.

0 comments

Harga Emas Terendah /Lower Peak


Gold Price
Close Today : 1368.10
Change : 7.70 or 0.6%

Silver Price Close Today : 28.910
Change : 0.592 cents or 2.1%

Gold Silver Ratio

Today : 47.32
Change : -0.717 or -1.5%

Silver Gold Ratio Today : 0.02113
Change : 0.000316 or 1.5%

S&P 500 : 1,295.02
Change : 1.78 or 0.1%

Dow In GOLD$ : $178.87
Change : $ (0.23) or -0.1%

Dow in GOLD oz : 8.653
Change : -0.011 or -0.1%

Dow in SILVER oz : 409.48
Change : 1.67 or 0.4%

Dow Industrial : 11,837.93
Change : 50.55 or 0.4%

US Dollar Index : 79.00
Change : -3.334 or -4.0%

Jadual diatas dipetik dari gold.org

Hari ini harga emas dan perak telah mencecah aras paling bawah Bollinger Band (nanti saya terangkan apa itu Bollinger Band ni poneng skit laa )

Ini adalah bahasa teknikal yang mana ia mengukur turun naik emas terhadap pasaran. Jika graf menaik maka bands juga menyebar / spread. Begitu juga vice versa kerana Bollinger bands adalah terdiri dari 2 standard deviations untuk 20 DMA keatas dan 20 DMA kebawah.

Ah sudah ada DMA lak pulak tambah pening laa anda semua kan, takpe saya saje nak cerita bagi anda ilmu sedikit sebanyak. DMA ini anda boleh rujuk pada graph yang saya lampirkan diatas yang mana ia adalah mean untuk Bollinger Band yang di smoothkan. Garis curveture merah dan biru.

Untuk pengetahuan anda kebiasaannya pada rujukan inilah harga emas ditetapkan dan sedikit tambahan bagi syarikat yang menjual emas secara harga harian seperti GCP atau Public Gold. Kalau harga emas kedai? Lagi laa mereka untuk berganda2 kerana harga mereka mungkin seminggu sekali baru bertukar, tambahan pula ada lak penolakan/ penambahan kos upah menjadikan ia spread 20%- 35% fuh!! Saya nak buka kedai emas juga lah macam nih hehehe…

Ok balik semula ke pada teknikal, emas kekal dibawah 50 DMA (USD 1,383), dan Silver diatas 50 DMA (2849c). Pasaran juga tidak beberapa bersemangat. Comex ( Pasaran Emas) pula menutup ke tahap USD 1,368.10 spike tertinggi tadi sekitar awal pagi semasa pembukaan di New York dan menunjukkan resistant menaik disana. Macam manapun setelah menurun ke paras USD 1,363.80. Pada awal januari lebih kurang 7 hb lepas emas menurun USD 1,355 dan sehingga akhir minggu lepas graph menunjukkan spike Double Bottom.

Bahasa lainnya emas sedang menurun sekarang dan tercari-cari resistant untuk naik semula dan kemudian bye bye harga terendah. Maksudnya sekarang ni tempoh yang terendah untuk harga emas sebelum melonjak ke harga baru memandangkan perayaan Chinese New Year dah dekat, ia akan start kick off. 2 minggu tempoh dari harga Double Bottom adalah mencukupi untuk pembetulan harga emas terendah. Saya merencanakan 7hb + 14 hari = 21hb = Jumaat adalah hari terendah. Tapi ini jangkaan sahaja mungkin 80% je tepat. Garis lurus merah graph 1.

Sebaliknya bagi peminat silver macam saya harganya telah melompat melepasi syiling 2906c hari ini tapi berkelompok dan masih bawah 29 mata. Namun Relative Strength Indicator (RSI) menunjuk masih neutral, sementara MACD menunjukkan kejatuhan. Pendapat saya harga silver akan ada 2 ke 3 kali lagi untuk turun naik sebelum mencapai sasaran resistant terakhir, kemudian akan naik semula ke bulan…

Dollar Index menurun ke 33.4 lebih dari titik asas (0.43%) ke 79.003, mungkin akan cecah 78.50. Jangan terpeeranjat Dollar akan naik semula esok

Euro pula sedikit ada baik hehe purata pada (1.3329) dan tutup 1.3380. Dow pula menokak ke 50.55 menjadi 11,837.93 dan S&P naik 1.78 ke 1,295.02 kalau anda main saham ini macam menarik tetapi hati2 kerana ia juga sedang mencari arasnya untuk digapai sebelum tenggelam hehehe agaknye laa sebab Eropah pon sekarang ni tengah sesak nak karam. Dalam list Sepanyol dah capai 37% Inflasi, Portugal dah join geng sesak… Iceland? Dah lingkup lama dah sekarang tengah lelong, anda nak beli boleh laa letak harga Iceland lepas tu leh jadi raja zaman moden sebab Iceland anda punya hahaha

Apa pun rujukan saya adalah untuk kadaran jangka masa pendek dan ada melaburlah mengikut primaray trend dan emas adalah primary trend dan sedang menaik sebenarnya. Takperlu tunggu sangat pasal harga ni asal beli je dulu. analisa saya adalah tidak terlalu detail dan 100% tepat tapi boleh laa kalau nak jadikan panduan.


0 comments

New Agent

Salam kepada En Muhammad Noor Azmi dari Raub Pahang Darul Makmur.

Alhamdullillah nampaknya sayap ailovegold telah berkembang ke negeri Pahang. En Azmi telah secara rasminya menjadi agen pada 18hb Januari 2011 iaitu semalam.

Beliau seorang Pakar Kerja Hydrography dan Oceanography (kerja -kerja engineering laut dalam) Selain mengagihkan pendapatan beliau ke pelaburan- pelaburan yang lain (standard ASB, Tabung Haji, KWSP) telah terbuka untuk menceburkan diri dalam bidang emas.

Kepada en Azmi, Tuan telah membuat pilihan yang tepat, dan masuk pada masanya sekarang iaitu harga tengah menurun untuk ketika harga masih mencari pembetulan untuk harga lowest peak.

Tahniah sekali lagi kepada tuan!

Argentum et aurum comparenda sunt -- -- meaning-Emas dan Perak mesti dibeli. :)

0 comments

Gold steady above $1,360; dollar strength weighs

On Tuesday 18 January 2011, 8:38

SINGAPORE, Jan 18 (Reuters) - Spot gold held steady on Tuesday, retaining small gains from the previous session, as investors watched for the latest news on the euro zone's solutions to its debt crisis, as strength in the dollar weighed.

FUNDAMENTALS

* Spot gold was little changed at $1,361.85 an ounce by 0007 GMT.
* U.S. gold futures were steady at $1,361.5.
* Euro zone finance ministers discussed on Monday ways to have more money in their rescue fund and cheaper emergency loans as part of a package of steps to end the sovereign debt crisis, but they made no firm decisions.
* Investors are expected to shift their focus from gold to industrial commodities and oil, Goldman Sachs' global head of commodities research said on Monday.
* Gold is set to rise this year, but may struggle to replicate last year's stellar performance as the euro zone debt crisis recedes and authorities around the world start to look towards tightening monetary policy, said Tom Kendall, an analyst at Credit Suisse.

MARKET NEWS

* The euro stayed on the backfoot early in Asia on Tuesday, having fallen across the board as uncertainty grew over whether officials would agree to beef up a euro zone safety fund this week, putting the currency on shaky ground again.

0 comments

Faktor-Faktor Pembelian Emas

Bagi memaksimumkan keuntungan, pelabur disarankan mengambil kira faktor-faktor berikut:


  1. Harga emas tersebut – semakin murah harganya maka semakin baik.(Jika tidakpun ada diskaun diberikan potongan RM)
  2. Emas fizikal atau akaun simpanan emas? Emas fizikal lebih baik (Boleh dipajak atau urus niaga tidak kira masa malam / subuh hehehe).
  3. Ketulenan emas – sebaiknya beli emas 999.9, 999 atau 916 Stok yang mudah diperoleh walaupun harga turun atau naik.
  4. Perbezaan harga belian dan jualan adalah rendah (spread) atau ada potongan diskaun.
  5. Syarat-syarat lain yang dikenakan contohnya emas tersebut tidak boleh calar, bengkok atau sumbing, resit asal perlu disediakan dan lain-lain lagi.
  6. Adakah anda ingin selalu menggadaikan emas tersebut? Kalau ya maka elakkan membeli syiling emas Kijang Emas dan syiling emas UOB Bank. Ini kerana kedua-dua bank berkenaan tidak akan menerima kembali syiling emas yang tercalar. Anda boleh membaca kisah Kijang Emas yang tercalar disini

Tambahan pula Ar Rahnu juga tidak menerima syiling berkenaan kerana ada unsur logo binatang bernyawa, kijang. So Kedai Pajak yang terima hanyalah kedai Pajak Ah Long

0 comments

Slow economy in 2011

WASHINGTON (AFP) - – The World Bank Wednesday forecast that the global economy will slow in 2011, and warned that rising commodity prices could spur a return to the sky-high inflation of 2008.

The Washington-based development lender estimated the world economy will grow 3.3 percent this year compared with 3.9 percent in 2010, a year of rebound from the 2009 recession.

Emerging and developing countries were expected to expand 6.0 percent, more than double the 2.4 percent annual rate of high-income countries, the bank said in its latest Global Economic Prospects report.

Overall, the pace of growth is too weak to give the recovery solid traction, it said.

"Unfortunately these growth rates are unlikely to be fast enough to eliminate unemployment and slack in the hardest-hit economies and economic sectors."

In addition, "serious tensions and pitfalls persist in the global economy, which in the short run could derail the recovery to differing degrees," it warned.

The World Bank expressed particular concern about rising commodity prices, including food and fuel, driven by loose monetary policies in the developed countries and solid demand in the emerging economies.

"Although real food prices in most developing countries have not increased as much as those measured in US dollars, they have risen sharply in some poor countries," it said.

"And if international prices continue to rise, affordability issues and poverty impacts could intensify."

"We are very concerned about the rise in the food prices... we see some similarities with the situation in 2008, just before the financial crisis," Hans Timmer, the bank's director of development prospects, said at a news conference at the bank's Washington headquarters


Here i attached referring back in 2008, graph for gold show that a very big fluctuate in that year. But at the end, the graph still rising up the sky....

So guys this year we will facing a lot of challengers due to slow economic growth, malaysia political scenario, furthermore we are facing a Pilihanraya Umum soon, rising in cost of living budget, fuel rising, low income then all of these will certainly effect the gold market price.

Others country also facing the same problem such as Spain, Portugal, US, and many other country too, so be careful guys..

see how spain economy will effect domino's of eurozone

But for silver player and lover graph back in 2008 show a dramatic decreasing, ya i mean a lot man. Its a drop shot!

See for your self. The twist a very dramatic, once in 10 years!


So, lets say, if the world bank says its true this year most likely would be as same as year 2008, then most probably the result would be the same as the graph i showed above. :) it all just...

0 comments

Logam Kaya

Ada beberapa perkara yang kita kena yakin bila dah start simpan emas ni...

Kenapa kita dikenakan zakat emas? Adakah Allah saja suka2 letak hukum untuk emas sahaja dikenakan zakat? Mengapa Allah angkat darjat emas tinggi daripada logam-logam yang lain? Sedangkan logam yang termahal di dunia sekarang ini adalah titanium, tetapi emas juga yang diangkat darjatnya sehingga ke syurga..


Mengapa orang yang buka kedai emas, dari dulu sampai sekarang,
jarang kita dengar mereka tutup kedai disebabkan bangkrap. 20 tahun lalu depan kedai tu, esok pergi pun masih ada lagi kedai tu kat tempat yang sama. Yang peliknya, bukan pun hari2 orang datang beli emas macam beli barang di supermarket tu. Sedangkan supermarket pun boleh bangkrap dan bertukar2 tokey! China pun dah tekan US mereka beli terbaru 300tan emas, Kerajaan China sudah mula war-warkan rakyatnya menyimpan emas begitu juga jiran negara kita Singapura...Hakikatnya, USD semakin jatuh nilainya, Bulan lepas Obama luluskan lagi pencetakan dolar 300 billion USD base on apa? cetak suka2 jee.

Ada hadis mengatakan, "Akan tiba satu zaman di mana tiada apa lagi yang bernilai maka simpanlah dinar dan dirham (yakni emas dan perak)"

Kita tak tahu bila zaman yg dimaksudkan oleh hadis Baginda SAW tersebut, tetapi tiada siapa berani menafikan kiamat makin dekat. Justeru, zaman yg dimaksudkan juga tidak boleh dinafikan makin hampir.


Jadi, kalau ragu2 terhadap hadis tersebut, terpulanglah... sejarah telah membuktikan simpan wang kertas boleh menyebabkan masyarakat pada satu hari tiba2 akan jatuh muflis kerana wang kertas yang disimpan tiba2 langsung tidak bernilai sepertimana be
rlaku di Vietnam suatu ketika dahulu, malah Zimbabwe juga hanya dengan satu tindakan sahaja telah menyebabkan Dollar mereka terus jahanam dan hanya diukur menggunakan timbang berat sahaja.
Anda jamin nilai RM akan terus bertahan untuk selamanya? Beringat sebelum terlambat... Jangan fikir sangat nak melabur emas untuk kaut untung. Untung tu bukan tak boleh kaut, tapi kautlah bersama dengan ilmu... Tetapi emas perlu disimpan utk masa depan kita...

Bak kata hero filem tamil kegemaranku dari dulu padayapaa Rajnikhant... hehehe

"
apabila seseorang itu sudah jatuh ke bawah,tiada tempat lain dia mesti di pergi melainkan ke atas..."... amma (dah translate dari tamil)

0 comments

Silver Dirham and Gold Dinar

Satu artikel menarik penerangan mengenai Perak, Dirham dan Dinar emas


0 comments

Kilang Emas Terbesar

JEDDAH: Bandaraya Jeddah yang memiliki industri emas yang berkembang maju akan mempunyai kilang emas terbesar dunia.

“Kilang pengeluaran itu akan menjadi realiti pada akhir tahun ini,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Taiba for Gold & Jewels Co Ltd, Essam A Aziz Sultani dalam sidang media, semalam.

Sidang media itu dianjurkan sempena pelancaran Peraduan Golden Plume untuk pereka emas di Dewan Perdagangan dan Industri Jeddah (JCCI).

Peraduan itu dianjurkan Majlis Emas Dunia (WGC) dengan kerjasama Badan Pentaksir Emas Jeddah, Taiba serta Pusat Usahawan Wanita Khadija Khowailid. - Agensi

http://www.hmetro.com.my/articles/KilangemasterbesarduniaakandibinadiJeddah/Article/

0 comments

Mengunakan buku akaun bank, PASSBOOK

Kebelakangan ini terlalu ramai yang menelefon saya bertanyakan tentang pelaburan emas passbook ini. Bagi saya tidak kesahla kerana apa sahaja kaedah pelaburan yang melibatkan emas ni maka sudah memadai daripada langsung tidak melabur dalam emas, rugi beb. Wang fiat kita semakin hari semakin susut nilainya.

Oleh yang demikian saya sediakan ringkasan berkenaan Pelaburan Emas Passbook sebagai guide kepada anda semua.

Terdapat 2 buah bank yang menawarkan pelaburan sedemikian iaitu Public Bank dan Maybank
Selain daripada membuat pelaburan emas melalui emas fizikal, pelabur di Malaysia boleh
membuat pelaburan emas dengan cara membuka akaun simpanan emas.

Terdapat 2 bank yang menawarkan kemudahan akaun simpanan emas iaitu :

1. Maybank : Gold Saving Passbook Account (GSPA)
2. Public Bank : Gold Investment Account (GIA)

Buku akaun simpanan emas Maybank dan Public Bank

Dengan membuka akaun simpanan ini pelabur tidak mendapat emas fizikal, sebaliknya
nilai belian emas akan direkodkan di dalam akaun simpanan emas berkenaan. Harga emas pula adalah berdasarkan kepada harga emas semasa.

AKAUN PUBLIC BANK GOLD INVESTMENT ACCOUNT (GIA).

Anda boleh membuka akaun ini di mana-mana cawangan Public Bank di seluruh Malaysia.
Untuk mengetahui Public Bank yang berhampiran tempat anda, sila lawati sini

Anda juga boleh membeli dan menjual emas sepanjang waktu beroperasi Public bank. Kos membuka akaun simpanan GIA adalah kecil. Anda cuma perlu membeli minimum 20 gram emas sahaja sebagai permulaan. Jika nak tambah pelaburan emas anda, minima ialah 5 gram dan dalam gandaan 1 gram. Selain itu spread cuma 3.89%.

Harga Harian Emas GIA

Kenaikan atau penurunan harga emas boleh dilihat pada paparan di sini.

Selling Price = Harga emas yang dijual oleh bank kepada pelabur
Buying Price = Harga belian semula bank daripada pelabur

Saya sendiri telah membuka akaun Public Bank GIA di Public bank Kampung Baru Kuala Lumpur. Jadi saya ingin berkongsi maklumat dengan anda tentang akaun Public Bank GIA ini secara terperinci.

Untuk membuka akaun Public Bank GIA, anda diminta membuka akaun akaun simpanan (saving) dengan Public Bank jika masih tidak ada lagi.

Terdapat 2 jenis akaun simpanan yang boleh anda pilih iaitu: -

1. Akaun simpanan biasa (Basic- deposit RM20)

2. Akaun simpanan Al-Wadiah-i (deposit RM250)

(yang ini lepas buka akaun boleh keluarkan wang semula jika nak guna, takde masalah, pakai guna buat tambang teksi nak balik rumah hehehe)

Selepas buka salah satu daripada akaun simpanan di atas, baru boleh buka GIA. Kalau anda dah ada akaun simpanan Public Bank, maka anda boleh terus membuka akaun GIA.

MAYBANK GOLD SAVING PASSBOOK ACCOUNT (GSPA)

Maybank juga menawarkan akaun simpanan pelaburan emas. Sama seperti GIA, GSPA ini
hanya melibatkan pembelian emas melalui buku. Namun GSPA menawarkan kemudahan
mengeluarkan emas fizikal di dalam bentuk 10gram, 20 gram dan 50 gram di cawangan
tertentu. Namun akan dikenakan bayaran bagi pengangkutan dan insuren berdasarkan jumlah emas fizikal tersebut ( Aduhai keluar duit lain laa pulak, Nak buat fulus duit pula loose. Mana bank nak rugi) ).

SYARAT-SYARAT MEMBUKA AKAUN:

1. Pelaburan minimum ialah 5 gram
2. Boleh buka akaun individu atau kongsi sehingga 4 orang
3. Spread 4.1%
HARGA EMAS MAYBANK GSPA


Harga emas GSPA boleh di pantau di laman web Maybank2u.com disini

KOMEN SAYA:

  1. Dari segi spread, Public Bank GIA adalah lebih rendah berbanding Maybank GSPA.2. Public Bank GIA tidak ada penukaran emas fizikal, maka ustaz Zaharudin menghukumkannya HARAM dan anda sememangnya rugi. rujuk sini
  2. GSPA menawarkan kemudahan mengeluarkan simpanan dalam bentuk jongkong emas sedangkan Public Bank GIA tidak menawarkan pengeluaran di dalam bentuk emas fizikal. Namun bayaran akan dikenakan keatas penukaran ini untuk insuren dan penangkutan.
  3. Kelemahan yang ketara untuk pelaburan emas melalui akaun simpanan emas ialah anda tidak mendapat emas fizikal. Jadi anda tidak boleh memajak emas sekiranya memerlukan wang. Selain itu anda juga tidak boleh menjual emas jika belum mendapat keuntungan, jika tidak anda akan rugi jika menjual pada harga lebih rendah daripada harga belian. Masa jual dan beli hanya waktu pejabat (Weekend offday) Isnin bolehlaa...(Ayat Sargent Brahim dalam cerita Ali baba dan 40 orang penyamun)
  4. Namun simpanan emas anda selamat kerana tidak menyimpan emas secara fizikal so tak laa takut emas anda hilang

Akhir kata penutup bicara...

Kesimpulannya... tepuk dada tanya selera

Credit kepada laman web http://jutawanemas.com

0 comments

Harga emas cecah RM4,650 seaun

Petikan yang saya ambil dari utusan bertarikh 7 Januari 2011 (semalam). Jangkaan emas bagi sesi tahun 2011 ini oleh pengarah urusan Poh Kong. So guys be prepare untuk making money dengan buy gold now.

Oleh SARAH NADLIN
ROHIMsarah.rohim@utusan.com.my

KUALA LUMPUR 6 Jan. - Harga emas dunia bakal mencecah paras AS$1,500 (RM4,650) satu auns pada tahun ini, kata Pengerusi Eksekutif dan Pengarah Urusan Poh Kong Holdings Bhd. (Poh Kong), Datuk Eddie Choon. Katanya, peningkatan itu dijangka berlaku memandangkan trend semasa dan permintaan berterusan di pasaran.

''Pada tahun lalu, harga emas bagi satu auns adalah sekitar AS$1,400 (RM4,340) dan ia terus meningkat. ''Walaupun pada awal tahun ini, harganya mengalami sedikit penurunan, tetapi kami yakin ia bakal mencecah AS$1,500 satu auns,'' katanya.

Beliau berkata demikian selepas di minta mengulas mengenai harga pasaran semasa emas pada sidang media selepas mesyuarat agung tahunan Poh Kong di sini hari ini. Hadir sama, Ketua Perhubungan Korporat, Pentadbiran & Sumber Manusia, Margaret Hon dan Akauntan, Hoh Sze Haw.

Tahun lalu, harga komoditi mengalami lonjakan positif apabila ditutup pada paras yang tinggi terutama bagi emas hingga ke minyak mentah.

Harga emas ditutup pada paras AS$1,421.40 (RM4406.34) satu auns pada hari terakhir 2010, naik kira-kira 31 peratus berbanding tahun sebelumnya.

Para penganalisis menjangkakan trend peningkatan harga akan berterusan pada tahun ini kerana emas merupakan komoditi paling cemerlang dari aspek peningkatan harga pada tahun lalu.

Secara tradisinya ia dilihat sebagai pelaburan perlindungan nilai dan sering digunakan sebagai mekanisme lindung nilai terhadap deflasi


0 comments

Selamat Tahun Baru

Tahun 2011, lebih besar dugaan dan cabaran yang akan menanti...kenaikan harga barang, kenaikan service tax ke 6%, kenaikan BLR yg dijangka akan bermula dari bulan January, interest rate akan naik, harga minyak, barang keperluan harian seperti makanan...

semoga kita lebih bersedia dan tabah dalam menghadapi dugaan di Tahun 2011 ini.

0 comments

Persediaan Untuk Melabur

Salam hormat.


Terima kasih kepada yang bertanya bagaimana cara buat wang dengan emas ni dan bagaimana cara meningkatkan nilai emas anda. Apapun anda perlu bersedia dari segi antaranya ilmu dan tentunya wang.

Namun jika tiada wang dan anda sanggup meminjam juga tidak bermasalah andai anda mampu untuk membuat bayaran bulanan. Bagi saya kalau nak berhutang buatlah hutang menjana keuntungan tidak kira jangka pendek, sederhana atau panjang.

Bagi saya semua orang berhutang antaranya beli rumah (jangka masa panjang sangat baik), tanah, kereta (jangka panjang turun nilai, kos tinggi), perabut (saya tidak kearah ini kerana anak saya sangat lasak ), Emas (saya buat juga awal dahulu kaedah ni) dan seterusnya lain2.

Apapun pilihan anda saya akan ketengahkan kaedah emas.

Untuk menjadikan emas sebagai pelaburan anda perlu memahami perkara-perkara asas seperti dibawah:

  • Emas adalah pelaburan jangka masa sederhana dan panjang. Ia memang akan menguntungkan pelabur. Tempoh masa untuk pelaburan emas disarankan sekurang-kurangnya 1 tahun ke atas. Kesabaran penting kerana ia melibatkan proses menunggu harga emas naik dan turun. (Ada kaedah daily juga nanti saya ketengahkan)
  • Di dalam pelaburan emas, anda perlu menggunakan konsep mulakan sekarang. Beli emas dulu kemudian tunggu (buy first then wait), bukannya tunggu masa yang sesuai untuk bermula. (kaedah ini kalau untuk hardcore seperti saya)
  • Sebagai komoditi, harga emas sentiasa ada turun naiknya tetapi di dalam jangka masa panjang harganya akan meningkat naik. Pelaburan emas tidak menjamin pendapatan tetap setiap bulan. Jika anda mahu menjana pendapatan setiap bulan maka pelaburan emas bukanlah jawapannya. Jawapannya ialah perniagaan emas. Ya! Anda kena melabur sambil berniaga emas. (Tidak pun jadi sub agen ailovegold)
  • Pelaburan emas yang sebenar bukanlah dengan cara menyertai skim-skim pelaburan emas. Anda akan temui beberapa syarikat yang menawarkan pulangan lumayan jika anda melabur emas dengan syarikat mereka (contohnya memberikan pulangan tetap 2%-3% sebulan). Ini kerana risikonya adalah tinggi. Sudah banyak syarikat yang menawarkan pelaburan emas telah diserbu oleh Bank Negara Malaysia atau cabut lari.
  • Semakin banyak ilmu yang anda perolehi maka menjana pendapatan dengan emas akan menjadi lebih mudah. Justeru anda perlu rajin membaca laman-laman web yang berkenaan emas. Saya lampirkan contoh laman web berkaitan. Lagi mudah baca blog2 emas yang selalu diupdatekan walaupun kadang2 cerita sedikit tersasar macam saya hehehe...
i. Kitco (www.kitco.com)
ii. The Bullion Desk (www.thebulliondesk.com)
iii. Goldsilver.com (www.goldsilver.com)
iv. Mineweb (www.mineweb.com)
v. Casey Research (www.caseyresearch.com)
vii. Bullionvault Gold News (http://goldnews.bullionvault.com/)
viii. World Gold Council (http://www.gold.org/)

0 comments

Perbandingan Pelaburan


Seperti yang saya paparkan adalah realiti semasa jenis pelaburan yang terdapat di Malaysia yang mungkin popular dikalangan bumiputera.

Satu lagi saya tertinggal adalah simpanan tabung haji yang mana perbandingan telah saya postkan pada sebelum ini sila lihat sini. Nak dipendekkan cerita 4% je setahun.

Peluang hartanah nampaknya baik dan agak tinggi tetapi panjang ceritanya dan urusannya. (lambat) tapi memang berbaloi-baloi dan ini juga saya telah lakukan tambahan dengan teknik manipulasi Overdraf Bank (OD). Teknik ini budak KL sebut sebagai 'makan luar dan dalam' dan saya tidak akan sentuh pada waktu ini kerana pada tahun 2010 lepas sekitar ogos telah diberhentikan penggunaannya.

Emas secara purata adalah 26.73% setahun dan pula ada teknik yang saya buat menjadikan sehingga 43% setahun maksimum dan belum lagi termasuk keuntungan dari jual beli yang saya buat.

Jadikan tahun ini azam untuk menyimpan emas dan semestinya boleh hubungi saya untuk mendapatkannya dengan harga lebih murah dari harga pasaran dan belian semula lebih tinggi dari harga pasaran. Menarik??

0 comments

Tahun Baru 2011

Selamat tahun baru 2011 kepada semua

Setiap kali tahun baru pasti banyaklah cita-cita baru yang lahir dan cerita yang sama mungkin berulang untuk tahun ini juga... Kebanyakkan orang sebegitulah... Azam tetap disemat dan diperbaharui namun hasil hujung tahun tetap sama.

" Angan-angan yang diusahakan adalah cita-cita, dan cita-cita tanpa diusahakan adalah angan-angan" fikir-fikirkanlah

Apapun Selamat Berazam tahun baru dan setiap kali azam setiap kali itulah saya sarankan macammanapun pastikan Prinsip Asas pendapatan adalah menyimpanlah minima 10% dari pendapatan anda setiap bulan dan JANGAN simpan wang kertas dengan jumlah yang besar. INGAT!

Kaedah menyimpan tentulah pelbagai cara ada yang simpan Tabung Haji, ASB, beli saham dll. Namun pastikan ANDA masukkan simpanan emas walaupun 1 Dinar sebulan!!

0 comments